-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Perkembangan bayi sehingga 2 tahun

Info dikongsi dari PaMa


Perkembangan Bayi Dari Lahir Hingga Dua Tahun 

Sebagai ibu bapa, memang seronok melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Daripada lahir sehingga umur mereka dua tahun, pelbagai keletah dan kerenah dapat diperhatikan. Sesetengahnya mencuit hati dan adakalanya membuatkan anda berasa bangga menjadi ibu bapa mereka. Sebolehnya, kita mahu berada di sisi ketika mereka melakukan sesuatu buat kali pertama seperti ketawa, berdiri sendiri, berjalan, mengucapkan perkataan, memanggil mama atau papa dan sebagainya.
Biasanya, perkembangan awal kanak-kanak diukur daripada pertumbuhan dan perkembangan fizikalnya.  Bayi baru lahir akan diukur berat dan tingginya untuk dicatatkan dalam carta supaya boleh dijadikan rujukan. Carta ini digunakan untuk mengetahui sama ada seseorang bayi itu membesar secara normal atau tidak.
 
Tahap-tahap Pertumbuhan Bayi Adalah Seperti Berikut:

0 hingga 3 bulan
• Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
• Dalam tempoh ini juga, kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
• Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
• Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
• Pada usia lapan  minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
• Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
• Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
Tip: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarannya.  
  
3 hingga 6 bulan
• Pada usia 14 minggu, bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
• Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
• Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
• Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
• Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
• Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
• Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tip: Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya. Jadi, ajaklah anak tepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.

6 hingga 9 bulan
• Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
• Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
• Bayi juga mulai merangkak.
• Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
• Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, rak, meja dan sebagainya.
• Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
• Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.
Tip: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahirannya bercakap.

9 hingga 12 bulan
• Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
• Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
• Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
• Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
• Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
• Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
• Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.
Tip: Mengajak anak bermain ‘sembunyi-sembunyi’ akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.  

12 hingga 24 bulan
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda. 

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 

1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut. 

4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

Full Blood Count: Result & Interpretation

Bismillahirrahmanirrahim...

Sekadar berkongsi info mengenai darah.. Kadang-kadang doktor minta kita untuk menjalani 'blood test'  dimana sample darah kita diambil dan dihantar ke makmal untuk analysis.. Ini yang berlaku pada Syafiq dimana sample darahnya diambil sebanyak dua kali.. Both show unpleasant results.. Kali ketiga darah diambil dan dirujuk ke Pakar di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Results akan keluar sebulan selepas dirujuk...

Sementara menunggu results keluar, aku cuba cari info pasal 'full blood count'. Semoga tiada apa yang abnormal pada Syafiq.. Jom.. baca info yang aku ambil dari disini
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
A complete blood count (CBC) gives important information about the kinds and numbers of cells in the blood, especially red blood cells camera, white blood cells camera, and platelets. A CBC helps your doctor check any symptoms, such as weakness, fatigue, or bruising, you may have. A CBC also helps him or her diagnose conditions, such as anemia, infection, and many other disorders.
A CBC test usually includes:
  • White blood cell (WBC, leukocyte) count. White blood cells protect the body against infection. If an infection develops, white blood cells attack and destroy the bacteria, virus, or other organism causing it. White blood cells are bigger than red blood cells but fewer in number. When a person has a bacterial infection, the number of white cells rises very quickly. The number of white blood cells is sometimes used to find an infection or to see how the body is dealing with cancer treatment.
  • White blood cell types (WBC differential). The major types of white blood cells are neutrophils, lymphocytes, monocytes, eosinophils, and basophils. Immature neutrophils, called band neutrophils, are also part of this test. Each type of cell plays a different role in protecting the body. The numbers of each one of these types of white blood cells give important information about the immune system. Too many or too few of the different types of white blood cells can help find an infection, an allergic or toxic reaction to medicines or chemicals, and many conditions, such as leukemia.
  • Red blood cell (RBC) count. Red blood cells carry oxygen from the lungs to the rest of the body. They also carry carbon dioxide back to the lungs so it can be exhaled. If the RBC count is low (anemia), the body may not be getting the oxygen it needs. If the count is too high (a condition called polycythemia), there is a chance that the red blood cells will clump together and block tiny blood vessels (capillaries). This also makes it hard for your red blood cells to carry oxygen.
  • Hematocrit (HCT, packed cell volume, PCV). This test measures the amount of space (volume) red blood cells take up in the blood. The value is given as a percentage of red blood cells in a volume of blood. For example, a hematocrit of 38 means that 38% of the blood's volume is made of red blood cells. Hematocrit and hemoglobin values are the two major tests that show if anemia or polycythemia is present.
  • Hemoglobin (Hgb). The hemoglobin molecule fills up the red blood cells. It carries oxygen and gives the blood cell its red color. The hemoglobin test measures the amount of hemoglobin in blood and is a good measure of the blood's ability to carry oxygen throughout the body.
  • Red blood cell indices. There are three red blood cell indices: mean corpuscular volume (MCV), mean corpuscular hemoglobin (MCH), and mean corpuscular hemoglobin concentration (MCHC). They are measured by a machine and their values come from other measurements in a CBC. The MCV shows the size of the red blood cells. The MCH value is the amount of hemoglobin in an average red blood cell. The MCHC measures the concentration of hemoglobin in an average red blood cell. These numbers help in the diagnosis of different types of anemia. Red cell distribution width (RDW) can also be measured which shows if the cells are all the same or different sizes or shapes.
  • Platelet (thrombocyte) count. Platelets (thrombocytes) are the smallest type of blood cell. They are important in blood clotting. When bleeding occurs, the platelets swell, clump together, and form a sticky plug that helps stop the bleeding. If there are too few platelets, uncontrolled bleeding may be a problem. If there are too many platelets, there is a chance of a blood clot forming in a blood vessel. Also, platelets may be involved in hardening of the arteries (atherosclerosis).
  • Mean platelet volume (MPV). Mean platelet volume measures the average amount (volume) of platelets. Mean platelet volume is used along with platelet count to diagnose some diseases. If the platelet count is normal, the mean platelet volume can still be too high or too low.
Your doctor may order a blood smear test to be done at the same time as a CBC but it is not part of the regular CBC test. In this test, a drop of blood is spread (smeared) on a slide and stained with a special dye. The slide is looked at under a microscope. The number, size, and shape of red blood cells, white blood cells, and platelets are recorded. Blood cells with different shapes or sizes can help diagnose many blood diseases, such as leukemia, malaria, or sickle cell disease.

Why It Is Done
A complete blood count may be done to:
  • Find the cause of symptoms such as fatigue, weakness, fever, bruising, or weight loss.
  • Find anemia.
  • See how much blood has been lost if there is bleeding.
  • Diagnose polycythemia.
  • Find an infection.
  • Diagnose diseases of the blood, such as leukemia.
  • Check how the body is dealing with some types of drug or radiation treatment.
  • Check how abnormal bleeding is affecting the blood cells and counts.
  • Screen for high and low values before a surgery.
  • See if there are too many or too few of certain types of cells. This may help find other conditions, such as too many eosinophils may mean an allergy or asthma is present.
A complete blood count may be done as part of a regular physical examination. A blood count can give valuable information about the general state of your health.

Harap-harap Syafiq ok.. Amin 

Syafiq & Cirit Biritnya...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah... masih berkesempatan bercerita pasal Syafiq... Sejak dia masuk 2 bulan ni, Syafiq diserang selsema & batuk... Kesian anak mama.... Bawa pergi klinik ambil ubat titik utk hidung.. Hopefully he will be fine sonner.. Cucuk utk 2 bulan pun terpaksa ditangguhkan sampai 27hb.. Tapi since last Sunday
(30/12/2012) dia start cirit birit.. dan yang paling buatkan aku tak sedap hati sebab najis dia berwarna hijau dan berlendir.. Dalam hati rasa cuak, mungkinkah disebabkan aku ambil supplement alfafa shaklee?? So aku stop sekejap pengambilan supplement itu sedangkan kalau secara logiknya ni bukan first time aku ambil supplement tu.. Walaupun aku stop pengambilan tersebut, cirit birit Syafiq still tak stop.. Malah makin teruk... Confirm bukan sebab pengambilan supplement tersebut..

Terfikir pulak, mungkinkah sebab pengambilan ubat titik hidung tu so kahak dikeluarkan melalui najis? So aku biarkan dulu dan monitor condition dia.. tambahan pulak dia looks fine and still active.. Kebetulan aku ambil cuti panjang sepanjang minggu nie.. so boleh la aku monitor sendiri condition dia.. Masuk hari keempat cirit birit dia still tak dek perubahan walaupun dia still active kan... Aku ambil keputusan bawak Syafiq ke klinik kesihatan seksyen 19 untuk dapatkan pandangan doktor....

Sesungguhnya gerak hati seorang ibu tak pernah salah.. Mulanya doktor kata normal untuk baby yang fully breastfeeding buang air besar 8 to 10 times in a day.. Check he's not have a fever.. Tapi doktor tu bagus jugak la... Dia recommend untuk buat blood test.. in case ade problem... Bila result darah keluar, doktor kata ok tapi bila dia go through the test one by one, she noted that he have a little bit infection.. to be specific viral infection detected in his blood...

But since he's looks active dan tak de demam, so she release him dan tak payah refer to hospital.. This is what I like about government clinic sebab bila perlu jer kene admit.. Kalau swasta confirm kene admit dah nie.. kan? Tapi he should come back on 9/1/2013 untuk repeat blood test to confirm the condition of the infection samada menurun atau menaik.. For the time being, kene monitor najis dia.. kalau keluar darah kene terus pergi hospital...

Tapi since semalam jugak Syafiq dah demam sikit.. Tapi aku cuba bertahan sampai 9hb.. But in case condition dia getting worst, aku akan bawak ke hospital immediately.. Tapi selagi dia active, aku percaya Syafiq boleh lawan infection dalam darah dia.. Aku harap dia kuat melawan infection tersebut tanpa bantuan ubatan hospital... He's still young to consume a lots of medicine.. :(



 Cepat sembuh Syafiq... your sisters, mum and dad love you :)

Kembali ke Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim..

Tahun ni 3 orang dah anak aku yg bersekolah.... Kakak dah masuk tahun tiga, Kak Ngah dah masuk tahun 1 dan Huda dah masuk Taski Abim...  sekadar mengabdikan kenangan hari pertama persekolahan mereka..

 We are sister.. ready for our school...

 Kak Ngah dalam kelas

Huda kusyuk main Lego :)

Telur kembar 3

Bismillahirrahmanirrahim..

Nak share jer... Asyik jumpa telur yang kembar jer kan... Ni rupa telur yg aku rebus untuk dimakan bersama nasi lemak weekend haritu.. suma ade... single.. kembar 2 dan kembar3.. Layan......

 

Hari Orientasi- SRAI Seksyen 19

Bismillahirrahmanirrahim..

Last friday  (28/12/2012) merupakan hari orientasi persekolahan bagi murid tahun satu Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19 Shah Alam.. Memandangkan Kak Ngah berjaya menempatkan diri ke sekolah tersebut, kami ibu bapa juga menghadirkan diri ke hari orientasi tersebut.. Perancangan awal, cuma cik abg ku saja yang akan menemani Kak Ngah semasa orientasi itu, aku tidak mengambil cuti pun.. sebab aku pun baru jer masuk kerja kan...

Orientasi bermula pukul 8 pagi sehinggalah 10.30 pagi.. semua murid-murid dikehendaki memakai pakaian sekolah... SRAI mempunyai 2 uniform.. Isnin hingga Khamis berkain biru dan hari Jumaat berkain hijau.. Berkasut hitam sepanjang sesi persekolahan.. Waktu persekolahan adalah dari pukul 7.30pagi hingga 4.00 ptg Isnin hingga Khamis dan 7.30 pagi hingga 12 Tengahhari pada hari jumaat...

Alhamdulillah.. hasrat kami agar anak-anak dapat memasuki sekolah ini termakbul juga.. walaupun kakak dulu tak dapat, sekurang-kurangnya Kak Ngah berjaya menempatkan diri ke sekolah ini... SRAI merupakan sekolah swasta dibawah JAIS.. Ini bermakna sekolah ini masih memerlukan ibu bapa membayar yuran persekolahan.. Tapi sekolah ini merupakan sekolah yang 'combine' KAFA dan sekolah rendah dalam satu sesi, maka ramai parent yang mempunyai hasrat untuk menempatkan anak-anak disekolah ini..

Jom layan gambar kak ngah masa hari orientasi tersebut...

 Cinoni jer Kak Ngah ni kan?

Ni la Sekolah Rendah Agama Integrasi  Seksyen 19, Shah Alam


 Tengah beratur mendaftarkan diri mengikut kelas masing-masing..



Parent yg hadir...

 Guru Besar

 Guru Penolong Kanan

Guru disiplin..

Harapan kami agar Kak Ngah berjaya dalam hidup dan semoga menjadi anak yang solehah....
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie