-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Masih berjaundis..

Khamis- 25 oct 2012 Syafiq dah boleh discharge.. Bacaan terkini 197.. Sikit jer turun dari hari sebelum tu..
Lepas keluar wad nampak ok sikit.. But after a few days, nampak balik kekuningan.. Kebetulan semalam mam gi follow-up utk post-natal, I bring him together.. Doctor yang check mama pun cakap nampak jaundis dia.. but she told us not to worry.. Walaupun dah masuk hari ke 15, usually based on her experience, baby boy memang tendency untuk dapat jaundis yang berpanjangan tinggi... Kadang-kadang sampai sebulan.. Ini disebabkan rhesus darah mama ngan baby x compatible.. Iyelah, mama darah O+, Papa AB+, Syafiq A+.. So memang akan take time untuk hilang jaundis compared to baby girl..

Lega sikit hati mama dengar.. Haritu tanya doktor pakar paeds pasal ni, dia kate tak dek masalah... Doctor mama kata, disebabkan mama fully breastfeeding, so body baby will take time to discard all blood dalam kandungan dulu.. Not to worry.. just keep breastfeeding and make sure he's active, banyak kencing dan buang air besar....

First time dapat baby boy and first time jugak anak kene kuning.. First time memang risau kan... Apa-apa pun, Alhamdulillah.. Syafiq sangat suke minum.. So mama tak risau sangat la....

P/s: Bila mama nak start buat paper work nie??? Tinggal 20 days jer lagi utk submission.. huhuhu

Risiko Jaundice/Demam Kuning

Sharing from http://sirasain.wordpress.com/2011/02/24/petua-atasi-jaudice/ for my knowledge :)

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.
Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan.
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Apa itu jaundis?

Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dalam masa sebulan selepas bayi lahir.

Apa itu bilirubin?

Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis.

Adakah sering terjadi jaundis di kalangan bayi?

Jaundis sering berlaku pada bayi. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

Jenis-jenis jaundis pada bayi dan penyebabnya?

  1. Fisiologi jaundis
  2. Merupakan jaundis yang paling sering terjadi pada bayi dan tidak merbahaya. Jaundis bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.
  3. Patologi jaundis
    • Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah ‘O’).
    • G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.
    • Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.
  4. Jaundis jenis ini bermula dalam masa dua hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat:

Apakah yang menyebabkan jaundis berpanjangan?

Jaundis dianggap berpanjangan apabila keadaan kekuningan berlanjutan sehingga melebihi 14 hari bagi bayi yang cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ianya disebabkan oleh:
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya ( breast milk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak membahaya pada bayi selagi ibu tidak megambil ubat-ubatan tradisional.
  • Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.
  • Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, seorang dari 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Haruskah saya bimbang jika anak saya jaundis?

Bayi anda mungkin sihat jika :
  • Bayi anda cukup bulan dan tidak berisiko untuk terjadi jaundis yang teruk.
  • Jaundis terjadi selepas 48 jam selepas lahir dan tiada peningkatan jaundis yang teruk.
  • Bayi anda sihat dan aktif.
Walau bagaimanapun sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian lanjut.

Apakah tanda-tanda bahaya yang patut saya perhatikan?

Anda harus dapatkan pemeriksaan doktor segera sekiranya :
  • Jaundis terjadi dalam masa 24 jam selepas dilahirkan.
  • Peningkatan kekuningan yang cepat
  • Bayi anda mengalami G6PD defisiensi
  • Anak anda terdahulu pernah mengalami jaundis teruk
  • Bayi anda kelihatan tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  • Najis bayi anda kelihatan pucat atau air kencingnya menjadi pekat

Apakah yang doktor akan lakukan?

Doktor akan memeriksa bayi anda dan melakukan ujian darah serta memberikan rawatan yang sesuai. Mereka juga akan memberikan nasihat yang berkaitan.

Apakah masalah yang akan timbul akibat jaundis teruk?

Kadar indirect bilirubin yang tinggi pada bayi baru lahir boleh mencapai tahap bahaya sehingga menyebabkan:
  • Gangguan pendengaran dimana terjadi kerosakan otak di bahagian kawalan pendengaran.
  • Kerosakan otak yang teruk (kernicterus)
Oleh itu intervensi awal perlu bagi mengelakkan terjadinya komplikasi yang teruk.

Apakah rawatan yang diberikan?

Terdapat 2 jenis rawatan iaitu:
  1. Rawatan foto
  2. Bayi akan diletakkan di bawah sinaran komponen cahaya biru tertentu sehingga indirect bilirubin akan ditukarkan kepada bahan yang tidak bahaya.
    Nota: jangan dedahkan bayi anda pada cahaya matahari pagi secara terus kerana ini membahayakan bayi anda.
  3. Pertukaran darah.
  4. Kadar bilirubin yang dianggap bahaya bagi bayi baru lahir adalah melebihi 20 mg/dL (340 umol/L). Rawatan pertukaran darah adalah pilihan cara terakhir bagi menghindarkan terjadinya kerosakan otak. Kadar bilirubin untuk rawatan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk usia bayi dan penyebab jaundis itu sendiri.

Pencegahan jaundis

Adalah penting untuk kita mengesan dan memantau bayi yang berisiko tinggi untuk terjadi jaundis yang teruk.
Tindakan awal mengesan jaundis dapat memastikan rawatan yang sesuai dan mengurangkan komplikasi.

Apakah yang perlu dilakukan kepada bayi yang mengalami jaundis yang teruk?

Semua bayi dengan kadar bilirubin lebih 20 mg/dL harus mendapat rawatan lanjut diklinik pakar kanak-kanak bagi memantau perkembangan dan pendengaran.
Sekiranya terjadi kerosakan otak akibat jaundis teruk, kanak-kanak tersebut harus dirujuk kepada sekumpulan pakar untuk pemulihan.

Apendiks

Senarai makanan, ubat-ubatan yang harus dielakkan oleh pengidap G6PD defisiensi:
  • Makanan : kacang parang
  • Herba cina yang tertentu
  • Ubat-ubatan(rujuk doktor untuk senarai yang lengkap)
    • Antibiotik seperti sulfamethozazol, nalidiixic acid
  • Bahan kimia
    • Ubat gegat (jangan gunakan pada pakaian.)

Jaundis Neonatal (penyakit kuning bayi juga disebut demam kuning)

Jaundis Neonatal serang bayi baru lahir
Oleh DR ASMUNNI YAHYA
Pakar Perunding Paediatrik

JAUNDIS NEONATAL atau penyakit kuning bayi (juga disebut demam kuning) adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran.

Lebih kurang 60 peratus bayi matang (lahir selepas genap 37 minggu kehamilan) dan 80 peratus bayi pramatang mengalami masalah ini. Jaundis pada bayi terjadi disebabkan pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu, menyebabkan kulit dan mata putih bayi kelihatan kuning.

Pada keadaan biasa, ada sedikit kuantiti bilirubin di dalam darah, tetapi apabila kuantiti bilirubin ini melebihi satu tahap (akibat sebab tertentu) pemendapan bilirubin ke tisu badan dan kulit akan berlaku.

Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat.

Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis.

Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.

Penyakit kuning tak berkonjugat

Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.

Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.

Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).

Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:
Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi – iaitu faktor rhesus atau ABO
Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)
Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)

Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan ‘breast milk jaundice’.

‘Breast milk jaundice’ boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen ‘beta glukoronidase’ yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.

Penyakit kuning berkonjugat

Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.

Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.

Kesan-kesan jaundis

Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).

Rawatan jaundis

Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.

Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.

Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.

Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui ‘home phototherapy; di rumah anda.

Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.

Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.

Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.

Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Ini dari pengalamanku sendiri:
Just nak share…mungkin lain orang lain ikhtiarnya dan berjaya sedikit mengurangkan masalah kuning anak2…
Macam saya baru melahirkan baby ke-4 dan  hari ini dah masuk ke-11 hari …baby boy kali nasib baik takde G6PD seperti Abang Longnya…yg kena warded sampai 10 hari sbb kuning teruk klu baby ada G6PD.
Apa yg saya buat…dpt tips dari sorang makcik masa kat klinik kesihatan bangi…dia kata mandikan baby dgn air aloe vera…dia wat utk cucunya…so lepas dpt tau..suami terus pergi beli kat Nursery kawannya kat depan HITACHI Bangi…saya terus cuba pada hari ke-5…sambil tu jgn abaikan pula kerap menyusu baby memang perlu diambil berat juga elakkan dari mengambil sebarang jamu..mudah2an dpt membantu.
Bacaannya ikut hari buat TSB…kali pertama hingga 3 kena 3 hari berturut2 ambil darah:
1)11.8mg
2)12 mg(baru amalkan mandian air aloe vera)
3)9.7mg(masih amalkan)
4)9.1mg(masih amalkan)
5)7.6mg(sehari sebelum dok bg minum air Zam2 juga jus anggur hijau juga petua nih)
***so doktor kata dah tak payah buat TSB cuma make sure menyusu badan kerap…alhamdulillah)
Lain2 Petua dari Orang2 Tua Dulu2:
1)Mandikan dengna air daun kucai.
2)Mandikan dengan air daun inai.
3)Mandikan dengan air daun belimbing dan buahnya sekali.
4)beri minum air anggur hitam atau hijau..kalau dapat pilih yg manis!

Rujukan lain:
http://www.petuanenek.com/kesihatan/demam-kuning-atau-jaundice-kepada-bayi
 
Antaranya yang lain ialah:
  • Menjemur bayi pada sebelah pagi di bawah matahari yang tidak terlalu panas. Tutup mata bayi dengan kain supaya tidak terkena silau.
  • Beri bayi lebih air masak atau air zam zam(seelok2nya) supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  • Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
  • Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
  • Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
  • Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.
  • Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.(***info terbaru yg saya dpt kurang sesuai diamalkan)
  • Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
  • Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
  • Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Bicara Hati: Ujian darah baby hari ni turun 203.. tapi belum boleh discharge.. Kene tunggu esok pulak la... :(

Admit for Jaundice


   Photo: Ahmad Syafiq Aqeel under Jaundice treatment at SALAM

Sekarang aku berada di SALAM.. Semalam baby admitted sebab jaundis yang agak tinggi i.e. 383.. Actually this is the first time anak aku kene jaundis.. Anak-anak yang sebelum nie tak pernah kene jaundis.. Aku notice dia kekuningan masuk hari kelima.. Tapi aku cuba banyak menyusukan dia... Sebab dia memang kurang menyusu dan kurang buang air.. Actually itu cara untuk reduce jaundice... So aku bagi di menyusu sekerap yang mungkin.. Sometimes dia nak, most of the time, dia tido jer.. kejut pun tak mo bangun.. camne nak menyusu??

22 October 2012- Masuk hari kelapan, aku bawa baby ke SALAM for check-up. So doctor buat blood test and the results show his reading 383.. Agak tinggi buat at least not reach 400 la... So, he have to be admitted. Aku tak kisah la admit pun, asalkan dia sihat.. So sign admission letter, pay deposit and he's was putting under phototheraphy session.. Disebabkan bacaan yang agak tinggi, dia memerlukan 2 lampu dan satu neo-blue blanket..

Dia sangatlah tak selesa.. tak nak duduk bawah lampu tu kan... Lagipun his blood was taken twice a day.. Kesian baby.. kecik-kecik lagi dah kene cucuk kan... Walaupun dia meragam, tapi aku kuatkan semangat.. walaupun agak letih kene angkat untuk menyusukan dan letak semula.. then he's crying sebab tak mo duduk bawah tu kan... So aku memang tak leh nak tido.. Alhamdulillah sekurang-kurangnya aku bersalin normal.. so tak la teruk sangat.. Kalau kene operate haritu, tak taw la aku..

Kul 8 malam nurse take him for another blood test.. results dah turun ke 316.. Alhamdulillah... At night he doesn't want sleep at all.. asyik merengek jer... sebab biasanya memang malam dia berjaga dari pukul 12.30 mlm sampai 5.30 pagi.. tapi malam ni, kene duduk bawah lampu.. mana tak merengek kan.... Aku pun tak leh tido..

23 October 2012- Kul 6.30 pagi nurse datang ambil baby untuk dimandikan dan ambil darah.. Ni kali ketiga darah diambil... Kul 8 pagi hubby sampai tanya khabar sebelum gi kerja... So sempatla breakfast bersama.. hubby lambat la masuk kerja.. sebab bertolak dari sini pun dah kul 9 pagi... Sebab dia tak leh dapat compassionate leave for jaundice.. :( Dr. Nazir datang melawat dan kata yang results darah malam tadi dah turun.. tunggu results pagi ni camne.. Sebab baby tak nak duduk bawah lampu kan...

Dalam kul 10 pagi, nurse datang bagitau yang results dah keluar dan dah turun ke 261.. Alhamdulillah... Tapi kene tunggu sampai less than 200 baru boleh kuar wad.. Harap-harap esok boleh kuar.. So, lampu untuk baby dah boleh remove, tapi baby still kene guna neo-blue blanket.. This one senang sikit sebab aku boleh wrap baby dengan blanket tu dan he seems comfortable.. Tak merengek la.. guna blanket tu.. Tapi masalahnyer, terlalu comfortable la plak.. Sampai kejut utk menyusu pun tak mo.. Aduh baby... minumlah.. nanti leh buang air banyak-banyak dan hopefully esok leh balik....

So misi aku sekarang susukan baby sekerap yang mungkin.. Baby bagi kerjasama yer...:) BTW, nama baby hubby dah register semalam.. Welcome to the world Ahmad Syafiq Aqeel... Semoga menjadi anak yang soleh dan menyenangkan hati semua orang :)

Sikit jer lagi yer.. 383 ---> 316 ---> 216----------> Target: Below 200


Demam Kuning

Demam kuning adalah biasa dikalangan bayi yang baru lahir.. I think my little prince pun ade demam kuning sekarang nie.. cuma tak sure samada serius or not.. I still not referring to doctor.. What I do is breastfeeding him as much as he can.. Sometimes he looks ok, sometimes nampak kuning.. Yang penting sekarang aku make sure dia minum banyak-banyak susu ibu dan buang air besar..It's one of the treatment to ensure he's ok.. Jom share sikit info pasal demam kuning nie... Info ni aku ambil dari abimuslih. Insya-Allah aku akan bawa baby to see doctor this Monday and hopefully his jaundis in control..

Oleh: TAJAIYAH IHSAN
JAUNDIS merupakan penyakit yang biasa dialami bayi yang baru dilahirkan. Lazimnya ia dapat dikesan selepas 24 jam bayi itu dilahirkan. Hari ini, sekitar 50 peratus bayi yang dilahirkan mendapat jaundis. Biarpun jaundis adalah suatu penyakit yang biasa dihidapi bayi namun ia boleh menjejaskan kesihatan bayi.
Jaundis yang teruk, jika tidak ditangani dengan betul boleh mengundang risiko. Bayi boleh menjadi pekak dan kemungkinan kerosakan otak.
Pakar Kanak-kanak Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor Dr. Roliza Ibrahim dalam satu pertemuan, menasihatkan ibu bapa jangan memandang ringan penyakit jaundis ini.
“Jaundis berbahaya sekiranya bayi itu menghidap jaundis yang teruk dan kesannya boleh dilihat dalam proses perkembangan fizikal dan mental bayi,” kata Dr. Roliza serius.
Dr. Roliza juga menegaskan sehingga kini tiada yang pasti bahawa faktor pemakanan si ibu boleh mengundang jaundis. Di samping itu tidak ada bukti-bukti kukuh atau jelas menunjukkan jaundis itu hanya mempengaruhi etnik-etnik tertentu.
Apa itu jaundis?
Jaundis bermaksud kehadiran warna kuning di bahagian kulit bayi dan bahagian putih mata yang disebabkan oleh terlalu banyak mendapan bilirubin di dalam badan. Menurut Dr. Roliza, bilirubin dihasilkan secara berterusan di dalam badan tetapi ia dinyahkan daripada badan dengan pantas berbanding penghasilannya. Maknanya, jaundis tidak akan berlaku selagi bilirubin dapat disingkirkan dengan cepat berbanding penghasilannya di dalam badan.
Jaundis terjadi akibat pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lain-lain bahagian badan dan menyebabkan kulit menjadi kuning. Jelasnya, ia berkemungkinan disebabkan oleh proses penyingkiran bilirubin oleh organ hati yang begitu perlahan.
Risiko jaundis
Paras kepekatan bilirubin yang begitu tinggi dan berada lama di dalam darah boleh merosakkan otak bayi. Justeru ibu bapa perlu peka dengan keadaan bayi kerana kekuningan itu memberi isyarat, bayi perlu mendapat rawatan segera, tanpa mengira apakah puncanya. Apa yang penting, bayi perlu diberi rawatan di hospital secepat mungkin apabila paras kepekatan bilirubin sangat tinggi. Apa yang penting ia boleh mengelak terjadinya kenicterus.
Kenicterus yang asalnya daripada dua perkataan Greek adalah nama yang diberikan kepada kerosakan otak akibat bilirubin yang berlebihan dan melekat di otak. Ibu bapa tidak perlu risau sekiranya, paras jaundis bayi adalah rendah kerana ia tidak begitu membahayakan.
Jaundis fisiologikal
Selain jaundis biasa terdapat sejenis jaundis yang dikenali sebagai jaundis fisiologikal.
Jaundis ini berlaku di kalangan bayi yang baru lahir. Pada kebanyakan bayi yang baru dilahirkan, sel darah merah yang berlebihan akan pecah dan disingkirkan daripada tubuhnya. Sel-sel darah merah yang terpecah ini pula akan membebaskan pigmen bilirubin. Ia juga mungkin membebaskan pigmen bilirubin.
Hal ini terjadi, disebabkan hati bayi yang baru lahir itu belum matang dan tidak mampu mengendalikan penghasilan bilirubin yang berlebihan. Ini juga bermakna bilirubin ini tidak dapat disingkirkan dengan secepat yang dikehendaki lantas mengakibatkan jaundis. Biasanya jaundis fisiologikal ini berlaku di kalangan bayi yang berusia 3 – 4 hari dan mungkin berlarutan sehingga 5 – 7 hari.
Bagaimanapun, jaundis yang berakhir selepas 14 hari mungkin disebabkan beberapa masalah dan perlu menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut. Menurut Dr. Roliza, bayi sihat mahupun bayi yang tidak mengalami jaundis teruk sebenarnya mengalami jaundis fisiologikal. Kadangkala, jaundis disebabkan beberapa faktor lain dan bayi perlu menjalani pemeriksaan yang lebih lanjut.
Punca jaundis
Perbezaan kumpulan darah antara ibu dan anak juga boleh menyebabkan jaundis. Selain itu jaundis mungkin juga disebabkan sel darah merah yang tidak normal seperti kekurangan G6PD (Glucose-6-Phosphate- Dehydrogenase). Bayi yang menghidap jangkitan boleh juga mendapat jaundis. Bawalah anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Rawatan hospital
Sekiranya bayi dimasukkan ke wad kerana jaundis, ia tidak mengambil masa yang begitu panjang atau lama. Selalunya bayi masih mengalami sedikit kekuningan tatkala dibenarkan untuk dibawa pulang. Bayi yang mendapat jaundis ini akan diberi rawatan di bawah sinar cahaya atau rawatan fototerapi untuk beberapa hari. Kekuningan itu akan hilang dalam beberapa hari sahaja. Bagaimanapun adalah penting bagi ibu atau bapa memastikan jaundis yang dialami bayi akan pulih sepenuhnya selepas tempoh tersebut.
Demi memastikan bayi bebas jaundis, ibu bapa atau penjaganya perlu membawa bayi seminggu selepas bayi keluar dari hospital. Mengenai pengambilan susu kambing oleh bayi yang menghidap jaundis, Dr. Roliza menegaskan, perbuatan itu wajar dielakkan.
Ini kerana susu kambing mengandungi zat-zat galian yang lebih tinggi berbanding susu lembu dan susu badan. Menurut Dr. Roliza, ini juga bermakna ia tidak sesuai untuk bayi kerana organ-organ di dalam belum mampu untuk memprosesnya.
Katanya, “lagipun kebersihan susu itu diragui kerana proses perahan susu tidak dipastikan tahap kebersihan yang sepatutnya. Susu tersebut mungkin tercemar.
“Jika ini berlaku, ia boleh mengundang cirit-birit yang boleh memudaratkan bayi itu,” ujar Dr. Roliza lagi.
Beliau menasihatkan, ibu-ibu meneruskan penyusuan yang dapat membantu menurunkan kadar kekuningan bayi.
“Sememangnya susu ibu amat berharga dan terbaik dalam membantu mempercepatkan proses mengurangkan kekuningan pada bayi,” ujarnya lagi.
Setelah bayi mendapat susu yang cukup ia membantu mempercepatkan proses menyahkan bilirubin menerusi pembuangan air besar atau air kecil. Menjawab pertanyaan, Dr. Roliza menjelaskan, pengambilan jamu oleh ibu eloklah dihentikan sementara sehingga bayi benar-benar bebas daripada kekuningan jaundis.
Ditanya mengenai petua lama menjemur bayi pada sebelah pagi bagi menghilangkan kekuningan itu, Dr. Roliza menjelaskan, amalan itu sudah tidak sesuai lagi kerana ozon yang semakin menipis dan sinaran UV boleh menjejaskan kesihatan bayi.
* Jaundis dan risikonya
Ibu bapa diingatkan bahawa jaundis yang teruk boleh menjejaskan otak dan merosakkan otak bayi.
Ia berlaku khususnya kepada bayi yang mempunyai sel darah merah yang abnormal, kekurangan G6PD dan Rhesus yang tidak sesuai dengan ibunya. Keadaan ini menyebabkan paras bilirubin menjadi sangat tinggi di dalam darah. Apa yang tidak diketahui sehingga ini ialah sama ada kerosakan otak akan berlaku juga pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal. Namun terdapat bukti-bukti saintifik menunjukkan jaundis jarang berlaku pada bayi yang mempunyai sel darah merah yang normal.
Kebaikan paras bilirubin rendah mahupun ringan tidak dapat dipastikan tetapi sesuatu yang pasti, bilirubin mempunyai agen anti- oksidan namun kepentingannya tidak diketahui. Apa yang diketahui ialah paras bilirubin yang rendah tidak memudaratkan bayi.
Majoriti bayi yang menghidapi jaundis yang teruk membesar menjadi kanak-kanak yang normal. Bagaimanapun hanya segelintir yang menghadapi jaundis teruk semasa episod jaundis dan terdapat tanda penyakit itu, mempunyai risiko menghidapi cerebral palsy atau palsi serebrum dan pekak.Tanda-tanda penyakit palsi ini mungkin tiada sehinggalah bayi membesar dan berkembang.
Bayi perlu menjalani pemeriksaan dengan tekal oleh pakar pediatrik bagi mencari bukti kehadiran palsi serebrum. Biasanya pemeriksaan perlu dijalankan dua hingga empat kali setahun untuk tempoh dua tahun pertama. Bayi yang menghidap jaundis biasanya mengalami najis berwarna kekuningan atau kehijauan. Najis berwarna pucat di kalangan bayi itu memberi isyarat penting bagi anda untuk membawanya berjumpa doktor untuk rawatan seterusnya.
Najis berwarna pucat bermakna terdapat penyekatan saluran hempedu di antara hati dan usus kecil. Pesan Dr. Roliza, jaundis biasanya tidak memudaratkan namun jangan diambil mudah. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapat rawatan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

My Little Prince

Alhamdulillah.. hari dah masuk hari ke-empat kelahiran baby yang dinanti...My hubby and me still do not give any name to the baby... Inilah kelahiran yang paling trill dalam hidup aku. Pertaruhan antara hidup dan mati yang mengakibatkan episod tangisan dalam bilik bersalin.. Jom aku share sikit pengalaman bersalin kali ini...

14/10/2012- Tepat kul 6 pagi bangun, solat dan prepare untuk dimasukkan ke labour room. 6.30 pagi, aku dimasukkan ke labour room. Since there is no progress on my condition, I have to be induce sebab leaking tak leh lebih 24 hours.. or else, it may give a complication to mother and baby...

Aku memang fobia kalau induce ni.. sebab sakitnya Allah saja yang taw... So I request to take an epidural.. After epidural given, they start to drip the medicine for induce.  Malangnya sampai kul 12 tghhari still tak dek perubahan.. walaupun contraction semakin kuat, tapi jalan belum terbuka untuk baby keluar..

Kul 12.30 tghhari doctor check and she informed that the baby position slightly moved from the current position.. maksudnya, agak songsang sikit.. So doctor betulkan semula tapi still tak dek perubahan.. Kul 1.30ptg, still tak dek perubahan.. Pintu rahim baru terbuka 5cm.. Masya-Allah.. Lama betul compare to previous experience.. Doctor suruh husband aku gi solat dan minta agar dipermudahkan.. She also going for prayer... When she come back, she inform me that the baby heart beat rhytm dah tak cantik. Every time contraction happen, heart beat dia drop.. Aku dah sedih nie.. Bila hubby masuk balik, aku inform hubby apa yang doctor cakap.. sambil tu, airmata dah turun dah... Ya Allah... kuatkan semangat baby untuk keluar jumpa mam dan papa..

Doctor tunggu sampai kul 2.30 ptg.. dengan harapan boleh bersalin normal lagi.. Tapi almost 3pm, condition aku tak dek improvement and heart beat baby makin lemah... She ask us to make a decision for operation... My hubby cakap ok asalkan selamat.. Doktor cakap kat aku, she have try her best but she couldn't wait any longer as the baby condition is getting worse... Aku dah nangis dah.. Sedih dan takut.. risau baby tak ok..

They ask my husband to wait outside and change my attire for the operation. They called all relevant doctor to standby for the emergency operation. Then doctor explain the operation procedure, risk and reason why they need to perform the operation. Tapi dia cakap, kalau rasa nak bersalin, cakap then we try one more time for normal. When she passed the pen for me to sign the letter, I feel that the baby is coming out.. Aku inform doctor.. that the baby is coming out..

Doctor terus attend and said that the baby is coming out.. dah nampak jalan.. Subhanallah... I ask them to call my hubby since I want him to be with me.. Semangat aku dah hampir hilang tadi... This time doctor ask me to push.. Aku push 5 kali baru boleh  keluar baby.. Subhanallah.. He born naturally without going through the operation.. Doctor kata, Alhamdulillah.. sebab masa sebelum tu, memang dinding rahim still tebal dan risk utk bersalin normal tinggi.. Tapi Allah maha berkuasa.. dengan izinNya, tepat pukul 3 ptg baby selamat dilahirkan dengan berat 3.6kg...

This is my little prince... Namanya Insya-Allah akan mama & papa berikan nanti...


 1st Day at Shah Alam Specialist Medical Centre...

 Hadiah dari kawan-kawan mama & from the management.. Thanks..

Inilah saya hari ini.. Mama cakap saya kuning sikit...

Admit Sudah.....

Sekarang aku kat SALAM... Kene admit dah.. walaupun tak dek rasa sakit lagi.. Sebabnya water dah leaking dalam kul 1.30 ptg tadi... Sementara menantikan detik-detik ketibaan baby.. meh la aku abadikan sikit pengalaman bersama baby nie...

March 2012- 1st check-up lepas aku suspect aku pregnant.. As usual aku pergi ke Klinik Popular di Bandar Baru Klang.. Sebab apa aku pergi sana? Sebab aku dah biasa dengan doktor tu.. He's is the doctor that attend to my first baby delivery kat QHC Medical Centre, USJ. Confirmed pregnant

July 2012- Aku buat refer to Shah Alam Medical Centre, Seksyen 19 as we plan to celebrate the new born here. Aku pilih Doktor Norneza. Last time the attending doctor is doctor Siti Mariam, but this time since I am planning for the antenatal check-up at night, so we choose Dr. Neza. She's the visiting officer at SALAM. During the scan she told us the baby is boy (Insya-Allah).

10 October 2012- During check-up, Dr. Neza cakap yang laluan baby dah open dalam 3cm but rahim still tinggi and baru 1cm opened and baby still not engage. Aku pun rasa camtu gak tgk condition perut. Tambahan lagi, aku tak rasa sakit pun cume tak larat dah nak usung perut.. Nak tidur malam pun susah dan selalu semput. Dr. Neza bagi mc untuk 3 hari and schedule for induce on Monday if still not delivered. Malam tu dah start kuar lendir + spot blood.. She advise to come to the hospital kalau sakit kuat....

11 October 2012-  Early in the morning makin banyak lendir + darah yang kuar.. But I am still not in pain.. So aku rileks jer la... buat kerja rumah cam biasa cume rasa sikit letih la... Hubbby tanya ade progress tak, aku cakap x dek ape-ape pun... :)

12 October 2012- Still tak rasa sakit.. Lendir + darah dah x kuar cam semalam.. Baby still active moving.. Itu yang penting.. Risau jugak la aku.. Mak call tanya progress, aku cakap tak sakit pun..

13 October 2012- Tengah kemaskan rumah (make over bilik kakak & Kak Ngah), tiba-tiba ada air keluar dengan banyaknyer... Jernih dan tak leh nak tahan-tahan.. basahlah kain batik aku... Aku cakap kat cik abg.. water broken ker?? Confius nie sebab aku tak pernah pecah air ketuban sendiri... Tambahan plak aku tak rasa sakit kan.. Hubby cakap jom gi hospital.. so aku mandi dan kemas barang, hantar anak gi rumah babysitter then gi SALAM.

Sampai SALAM, nurse ambik bacaan denyutan jantung baby.. dia kata ok and aku tak dek tanda contraction... Baby still far but rahim dah bukak 3cm. So kene admit sebab bila water leaking diorang takut kene infection.. So admitla...

Admit dalam kul 3.30pm.. tapi bosan la duduk kat wad sebab aku rasa sihat kan.. tak dek ape nak buat.. Sebab tu update blog nie.. Masuk jer wad, salin baju wad tiba-tiba water leaking lagi.. Tadi nurse tu kata, air ketuban aku still ade, tak habis terus... So ok la... no worries.. Maybe kalau tak bersalin jugak, esok kene do something kot..

And now.. lendir + darah kuar lagi.. but still tak sakit.. aku risau jugak nie.. Normal ker??? Apa-apapun, aku mohon agar Allah permudahkan segala urusan kami dan baby ni lahir dengan sihat dan selamat.. Itu jer yang penting.... Sekarang tunggu doktor Neza sampai utk check and advise :)

Doakan aku dan baby selamat yer.. Tak sabar nak jumpa baby baru nie... Kakak-kakak semua pun dah tak sabar nak tengok newborn :)

Jom layan gambar sikit..

Masa mula-mula check-up.. confirm pregnant :)

 1st refer SALAM... Gender identified...

 Sekarang.. tengah menghitung detik-detik terindah :)


Antenatal record kat salam.... Huh.. lepas ni kene turunkan berat badan kalau nak pregnant lagi.. Tak larat dah nak usung body.. huhuhu...


Okla.. nak rehat jap... Moga-moga Allah permudahkan urusan kami dan kelahiran ini... Amin..


Tukar Service Provider

We all baru jer tukar service provider untuk broadband.. Sebelum ni pakai celcom.. Alamak bercinta nak dapat connection.. Rasa rugi jer bayar bulan-bulan... Sebab tu malas nak update blog.. But this week, since aku akan berada dirumah untuk 2 bulan, we decide to try Digi plak.. Sebab dengar review jiran-jiran Digi punya coverage area rumah we all ok...

Dah 3 hari la try Digi.. So far so good.. Upload gambar pun cepat.. Sangat berpuas hati setakat ini.. Harap-harap lepas ni makin rajin la aku update blog...  Tengok statistics digi nie.. bagus jugak la kan?


Actually ni penting untuk aku.. Sebab aku nak kene buat research utk Paper 4 SHO aku dalam masa pantang nie... Tapi apsal aku tak terima lagi soklan nie?? Huhuhu.. nak kene call NIOSH la camni... This will be my last trial for Paper 4.. Doakan aku berjaya key!!!


Preparation untuk Berpantang

Since last Friday aku dah start bercuti.. starting with Unpaid Leave ler.. Sebab malas nak gi mintak MC kat doctor... Time keje rasa seksa betul nak cukupkan time kat opis.. Bila duduk then bangun pun dah seksa.. Aduh... tu baby belum turun lagi tu.. Kalau dah turun, x taw la kan camne.. Silap-silap tak leh jalan.. huhuhu..

Since aku dah bercuti, aku just lepak kat rumah jer.... Kaki aku akan bengkak bila masuk keje... Normally masuk hari ketiga bekerja, kaki akan bengkak.... maybe sebab banyak duduk kot! Tapi bila dah cuti ni, Alhamdulillah... bengkak kat kaki dah surut dan badan rasa sihat sikit.. Maklumlah.. aku ade masalah tidur malam... pagi kene bangun gi kerja.. lest rest.. so dah start selsema...

Memandangkan baby tak nak kuar-kuar lagi walaupun aku dah masuk 39 weeks and almost 40 weeks, so aku banyak bergerak buat kerja-kerja rumah.. Tapi kerja ape sangat la kan.. sebab anak-anak aku still hantar gi babysitter.. so tinggal sorang-sorang jer kat rumah.... 1st day kat rumah memang la banyak kerja.. sebab nak mop lantai, basuh baju yang bertimbun-timbun, lipat kain yang bertimbun-timbun, lap habuk-habuk etc... so dari pagi sampai petang memang full... Tapi puas hati sebab dah lama x kemaskan rumah all out...

Masuk 2nd day and the rest, just maintenance.. So tak banyak benda dah yang nak buat.. Banyak masa free.. Dah bosan la plak!! huhuhu...Tapi oklah... at least boleh gak aku update blog ker.. ape ker... tak gitu??

Sebenarnya untuk berpantang kali ni aku memilih untuk menggunakan produk shaklee.. Itu bukanlah jamu or product herba.. it's just a vitamin and supplement.. Aku kan tak leh nak makan jamu sangat... sebab aku tak tahan panas... So aku order set berpantang Shaklee from officemate. Aku dikenalkan dengan product Shaklee ni semasa breastfeeding anak ke-empat... So far aku selesa menggunakan product nie... Badan pun ok sikit.. Tak letih sangat...Cuma aku jer jenis yang tak consistent in consuming those supplement.. huhuhu...

Semalam I received the product via poslaju... This the product included dalam set berpantang tu... Ade 5 types of vitamin i.e. Ostematrix, Zink,B-Complex, Vita-Lea & Vita-C.. Nak taw fungsi each type of vitamin tu leh refer ke Alin.. Yang paling best, this set is given to me as a present from her!!! Alhamdulillah... Moga semakin murah rezeki Alin.. Ni la set berpantang dari Shaklee..

Container yang mengandungi info distributor..


  Inilah yang aku suke bila order dari Alin.. siap dapat container comey.... hehehe

 Inilah set supplement Shaklee untuk berpantang....


 Yang ni bukan set Shaklee yer.. Ni preparation aku utk stok EBM... Moga-moga Allah permudahkan urusan kami :)

p/s: Dah 2 hari tanda-tanda bersalin dah keluar.. but aku still tak rasa sakit...Bila Baby nak jumpa mama ni??? Tak sabar dah nie.... huhuhu

Menghitung Hari

Dah lama betul tak update blog kan... Tersangat sibuk kat office.. kat rumah plak broadband memang hampeh.. tak leh nak guna.. huhuhu.. Sementara masih ada sisa-sisa aku kat sini, so aku update la jap blog aku yang dah berkarat ni kan.. huhuhu

Minggu dah masuk week 38 pregnancy aku.. Alhamdulillah.. walaupun dah semakin letih dan tak berapa nak larat dah.. tapi masih boleh menggagahkan diri melakukan tugasan harian.. Alhamdulillah.. suamiku rajin membantu menguruskan tugasan di rumah..

Insya-Allah.. seperti yang telah aku katakan sebelum ni, this time dengan izin Allah aku akan melahirkan bayi lelaki.. Hadiah untuk suamiku yang tercinta.. Sekurang-kurangnya ade teman suamiku dirumah.. Setelah 9 thn dikelilingi puteri2 cilik kami... Tapi mengandung kali ini memang banyak dugaan.. memang banyak perbezaan dengan yang lain-lain.. Apa perbezaannya?? Meh aku la share sikit.. sebab lain org lain kan...

1. Sangat panas key.. Lepas mandi pun leh berpeluh-peluh.. so aku pakai sabun protex yang icy cool tu.. at least ok sikit.. Tidur malam guna air-cond pun still boleh berpeluh... aduh.... Kesian hubby.. dia sejuk pun aku still panas..

2. Cepat marah.. Sangat tak bagus yer... Tapi memang aku cepat melenting dan cepat terasa hati... Kadang-kadang rasa cam banyak sangat dosa plak sepanjang mengandung ni... Astagfirullah... cuba kawal lidah.. tapi kadang-kadang bila terlepas tu susah nak kontrol.. cakap sampai puas hati. Huh! sangat tak suke perangai nie.. Bila fikirkan balik kesian mangsa2 itu.. terutamanya anak dan suamila...

3. Sangat cepat letih.. buat kerja sikit dah mengah.. maybe sebab pregnant kali ni perut buncit ke depan kan... so rasa sangat berat.. Sakit pinggang dan urat2 memang dah terasa sejak masuk 6 bulan kandungan.. huhuhu.. Kalau duduk tu, nak bangun sangat susah...

4. Malas makan vitamin.. Frankly speaking.. aku cuma ambik supplement for the first 3 months.. lepas tu x ambik dah... Ntah ape nak jadilah... Tapi Alhamdulillah... aku jarang cramp dan jarang ade masalah kesihatan kecuali keletihan

5. Suke membebel... sangat2 ok... Tak taw la camne nanti anak aku nie.. Doa aku moga dia tidak mengikuti jejak langkah mama dia yang tak elok nie... Na'uzubillah....

6. Tak sabar dah nak bersalin.. disebabkan tak larat sangat dah nak usung perut.. sedangkan masa inilah Allah ampunkan dosa-dosa dan malaikat doakan kesejahteraan kita.. Tapi aku memang x larat sangat dah nak bawak perut... huhuhu

Itu je la dulu yang aku sharekan yer... Sebab kepala sudah rasa pening-pening.. Nak tido.. hahaha... Yang penting ni time kerja.. Tak elok taw curi tulang banyak-banyak.. Rindu plak kat sadiq .. Baru 2 kali dapat jumpa.. 1st time masa raya kat Perlis, 2nd time masa diorang turun KL... huhuhu.. Comey jer budak tu.. geram!! hehehe

Oklah... doakan aku selamat bersalin yer... Tak sabar dah nie.. Nak dukung baby baru.. dan tak sabar jugak jadi bf mum balik... hehehe
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie