-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kejadian Hari Sabtu

Kejadian hari sabtu lepas yang ingin aku kongsi... Jumaat malam selepas menghabiskan tempahan polkadot untuk delivery sabtu, aku tidur dengan nyenyak.. Pagi-pagi kene bangun awal, kejutkan anak-anak sebab nak keluar dari tumah pukul 7 pagi.. Nak buat delivery polkadot dan singgah plak ke sekolah anak (KAFA As-Shabab, Taman Sri Muda untuk Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang). Kebetulan plak lampu di bilik air terbakar, so terpaksalah guna lilin..

Didalam kelam-kabut untuk mengejar masa, kami bergegas dari rumah pada pukul 7 pagi. After delivery apam polkadot, terus menuju kesekolah anak.. Register dalam pukul 8 pagi... Sekitar majlis bukan topik utama cerita ku ini.. so aku skip jer la... :)

Balik rumah dah sampai pukul 12.30 tghhari.. Bukak pintu dan aku notice, ade asap dan lantai semua dipenuhi dengan habuk hitam.. Subhanallah... panik sekejap sebab rasanya aku tak bukak dapur gas pun pagi nie... Tak kan lupe tutup dapur gas kot? Pergi ke dapur tapi everythings normal. What happen? Aku pandang ke pintu bilik air.. Rupa-rupanya bilik air yang terbakar... Astagfirullah.. Otak dengan cepatnya menangkap kronologi kejadian.. Ni mesti kes lupa nak padamkan lilin nih!

Keadaan dalam bilik air itu memang hitam  (dinding & syiling x nampak rupa). Di luar bilik air atas pintu pun hitam kesan asap.. Flush air terbakar dan terpelanting ke luar (memang rentung dan paip air habis hangus.. Masya-Allah.. Kecuaian yang membawa padah! Kalaulah api itu merebak, mesti sudah rentung rumah kami.. Tapi mungkin keadaan bilik air yang basah dan lembab membantu mengawal kebakaran dari merebak..

Kesian suami ku.. satu hari bertungkus lumus membersihkan rumah.. Semua benda kene basuh balik disebabkan habuk hitam yang melekat disetiap penjuru rumah. Semua kain2 terpaksa dibasuh semula.. Sekurang-kurangnya.. biarlah kejadian ini menjadi iktibar untuk kami sekeluarga supaya sentiasa berwaspada...

Walaupun ini semua ujian, sekurang-kurangnya Allah amat menyayangi kami.. Cuma sedikit ujian yang Dia timpakan dah mampu membuatkan aku goyah..  Astagfirullah...

Ya Allah.. perkukuhkan keimananku.. jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur dan perkukuhkanlah kasih sayang antara kami semua..

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie