-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cerita Bulan September -Part 4

Masih lagi bercerita pasalbulan membayar kifarah yer.. Lepas aku hilang sakit gigi, next monday hubby pulak admitted ke SALAM.. Due to slip disc problem.. so dia admitted from 12/09/2011 hinggalah 15/09/2011. The whole week yer..So aku jadi ibu tunggal la sepanjang minggu tu.. Nak dijadikan cerita.. Rabu malam Khamis pada pukul 11.30 malam paip dalam rumah aku pecah! Aduh.. syahdu betul la.. sebab anak-anak sume dah tido.. tinggal baby jer dok menangis nak suruh aku tidokan dia.. At first aku tgk air menitis dari paip air.. lama-lama makin laju.. So aku cubalah tutup kat luar.. tapi disebabkan aku x pernah tutup punca air, aku tak taw yang paip utama tu tutup cume sikit.. Aku pusing kepala paip tapi cam loose gitu..

At the same time baby dok menangis sampai aku tension, sebab tak tau nak buat ape.. Tiba-tiba paip tu tercabut dan disebabkan preassure air yg kuat, tak sampai seminit dalam rumah aku banjir.. Nak tak nak aku terpaksa menjerit memanggil jiran sebelah minta tolong... Baby memang nangis ketakutan.. Dahla aku call hubby tak angkat-angkat.. Sedih ooo... Rasa memang cam ibu tunggal plak!!! Nasib baik jiran aku datang dan tolong tutup paip utama.. Then husband jiran aku tolong repair kepala paip tu temporary..

Tapi tgk rumah dah tunggang langgang... Air penuh rumah termasuk semua bilik tidur... Warghh... rasa nak nangis pun ade... Sebab aku tak pernah alami benda nie kan... Biasanya kalau rumah banjirpun cik abang ade.. Dia yang settle semua.. Ni terpaksalah aku settlekan semua.. Jiran aku siap repair kepala paip tu dah kul 1 pagi.. Baby memang mengamuk la.. nak tidur.. Sebab dia still bf, so aku memang la kene lay down with her.. Disebabkan aku dah basah lencun, so aku just tukar baju then tidurkan dia...  Sangat letih ar... lepas dia tido, aku mop lantai.. tapi disebabkan banjir, so aku target ruang tamu, dapur dan bilik tidur jer.. Yang lain2 x settle lagi.. Then prepair baju sekolah anak-anak esok...

Dekat pukul 4 baru tido then bangun balik kul 6.30 pagi..Siapkan anak-anak gi sekolah dan barang2 baby utk ke babysitter, aku pun drive ke Klinik Kesihatan Seksyen 19. Nak gi kerja aku dah weng.. letih plak tu.. Tak cukup tido lagi..So aku gi cabut gigi and take mc.. First time cabut gigi.. so tak taw ape nak estimate. Masa cabut gigi okla.. letak bius.. Aku terus gi SALAM.. tengok hubby dalam wad sambil mengadu kejadian malam tadi.. Tapi kepala rasa weng sebab ubat bius dan rasa sakit sudah datang...so cakap kat abg nak balik..

Balik rumah telan ponstan terus tertido...  kebetulan plak letrik plak tak dek.. walaupun rumah tak siap cuci lagi.. Ingat petang baru nak start balik (after bangun dari tido). Bangun Tido dalam pukul 1.30pm. At the time hujan tengah lebat.  Aku bangun dan bersihkan semua rumah.. Sangat letih key! Baru nak rileks, tiba-tiba tengok air banjir sudah naik ekoran hujan lebat yang masih belum berhenti.. Dah lama kawasan we all tak banjir..  Makin alam air makin tinggi.. hujan masih lebat.. Call hubby bagitau.. kira-kira 2.30pm air dah start masuk rumah.. wargghhh... baru jer lepas bersihkan rumah sebab banjir malam tadi.. letih pun tak hilang lagi.. dengan kesan cabut gigi yang masih berdenyut-denyut.. Betul-betul ujian dari Allah...

Tak leh nak buat ape dah.. so biarjer la air masuk..Nanti aku sambung update with photos sekitar banjir yang melanda...

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie