-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cerita Bulan September-Part 1

Terlalu lama rasanya aku tak update perkembangan dalam blog nie kan! Sejak balik dari menyambut Aildilfitri, inilah baru pertama cerita yang boleh ku kongsi... Pendek lata aku kene buat banyak2 part la kan.. Sebab semua cerita yang tertangguh.. :)

Bermula dengan cerita hari raya... Tema aku tahun ni hitam hijau..  Tapi gambar tak ambik.. Ade satu jer kot.. Sat aku nak korek.. ade tak... Nasib baik ade jugak sekeping.. tu pun tak bape nak elok.. Tapi oklah sebagai kenang-kenangan...




Gambar nie diambil pada petang hari raya pertama... Raya pertama tahun ie kami sambut di Perlis.. Walaupun turn aku, tapi memandangkan condition mak mertua yang tak berapa sihat dan cuti yang agak panjang, aku ajak hubby beraya dikampung dia dulula...

Next day (Raya kedua), kami bertolak balik ke Kelantan.. Bertolak pukul 12 tgh hari.. sampai Pasir Putih, Kelantan 12 tgh  malam... Ha.. 12 jam you.. Bukan ape.. We all sampai Tanah Merah kul 7.30 ptg.. Tapi jem dari Tanah Merah ke Machang punyalah lama.. Dua jam tak bergerak!! Finally dah tak tahan sangat, we all guna jalan kampung (lencongan) berpandukan GPS.. Memandangkan semua dah letih.. we all stop makan dulu then sampai balik perjalanan...

Yang penting perjalanan kali nie, aku menyaksikan sudah banyak hutan-hutan di Grik yang telah diterokai.. Aduh.. Sayang sungguh.. melihat aktiviti pembalakan yang semakin bermaharajalela... Layan photos yang sempat aku snap...

Nampak tak? Hutan2 yg diterokai sampai gondol.. :(


 Suasana di perhentian R&R.. Puncak bukit.. sejuk..hujan plak tu!


Itu jer la dulu.. Nanti sambung balik key!

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie