-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

2 in 1 entry..

Entry aku kali ini adalah 2 dalam satu.. Maaf yer.. sebab kesuntukan masa sekarang nie..
First entry aku nak citer pasal pregnancy aku.. Dah confirm that the pregnancy will not make it.. After almost 3 weeks, the pregnancy finally leave us behind.. It’s gone! The scan show that it’s not exist anymore.. Kalau last 2 weeks pergi scan still nampak formation dia dalam kantung itu.. last week dah x dek.. Meaning the pregnancy is not surviving..  Ada sikit rasa sedih tapi Allah know better.. Tambahan pulak our financial this year not so good…

Actually last Sunday, aku mengalami pendarahan yang banyak sehinggalah hari isnin.. At the time also, darah keluar bersama beberapa ketulan darah beku.. At the time, naluri aku memang dah mengatakan yang pregnancy ini tak akan mampu bertahan.. Khamis aku pergi jumpa doctor as per appointment.. lepas scan, it’s show that there are still remaining leftover inside the womb. Doctor bagi ubat untuk menolong pengeluaran tersebut. However the medicine doesn’t help me..

The recent Sunday, pergi balik jumpa doctor tapi results dia still same.. the remaining still inside. Tapi not in large quantity.. so, I take a risk for a month to see and hoping that the things will go out with my next period. Kalau tak, I have no other option.. Terpaksalah undergo the D&C process… Which actually I’m prefer not to… Doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk kami sekeluarga…

Cerita kedua.. of course la pasal puasa kan! Tahun nie aku berazam nak puasa penuh, tapi disebabkan miscarriage nie yang memerlukan medicine intake, aku dah tinggal la satu hari… Buat kawan-kawan yang x sure boleh puasa ke tak, actually aku ada surf info for this. For my case, aku wajib berpuasa dan sembahyang seperti biasa… for details info.. boleh try masuk halaqah.net key!

This year, cabaran mendidik anak-anak berpuasa agak tinggi.. Kalau dulu bolah la control sikit anak-anak.. tapi this year aku dah suruh kak ngah berpuasa sama… So, banyak betul cabarannya… Kak Ngah manage to control tapi bila dah hampir berbuka puasa, dia mesti dah tak tahan dan curi2 makan.. Dugaan betul kat dia.. maklumlah.. adik-adik yang lain x berpuasa lagi kan.. time nak berbuka diorang dah rasmikan makanan.. Kak Ngah mesti tak tahan kan! Semalam siap curi2 minum air dalam bilik air.. Subhanallah anakku… Tapi sekurang-kurangnya dari lepas sahur sampai pukul 6.30ptg dia still boleh tahan la…

Kakak pulak.. 1st day sekolah aku dah cakap. Hari ni puasa so mama tak bagi duit belanja.. Tapi anak jiran aku cakap dia makan aiskrim kat sekolah. Geram betul aku! Bila aku tanya dari mana dapat aiskrim sedangkan mama tak bagi duit belanja, dia kata kawan belanja makan! Aduh!!!  Dekat sekolah camne nak kawal kan! Kantin sekolah pun bukak!! Boleh tak nak suggest supaya kantin sekolah ditutup dalam bulan puasa? Murid2 yang tak berpuasa kenelah bawak bekal dari rumah…

Weekend jer, bila semua ada kat rumah.. memanglah meriah rumah we all.. Bila semua dah lapar.. masing-masing buat hal.. Asyik bergaduh jer… Semua nak tunjuk baran masing-masing.. mama dengan papa terpaksalah put extra ‘sabar’ dengan karenah diorang kan!. Time puasa lapar giler.. tapi bila dah berbuka tak mo makan plak.. makan sikit dah kenyang.. sebab minum air banyak kan! Kadang-kadang geram jugak kan! Tapi mengenangkan kita masa budak2 dulu pun camtu jugak kan! So.. camtu la perasaan mak ayah kita masa melatih kita berpuasa kan J. Terima Kasih Mak sebab bersabar dengan karenah anak-anakmu…

Buat suamiku.. bersabarlah.. sama-samalah kita saling menegur satu sama lain sekiranya kita melebihi batasan dalam bulan puasa ini.. Terima kasih sebab sentiasa disisiku..

Buat anak-anakku… berlatihlah berpuasa .. semoga akan dapat membiasakan diri.. Mama sentiasa mahukan yang terbaik untuk kamu semua…

Sesungguhnya Ramadhan amat melatih kita mengawal diri kita dari segala nafsu amarah, nafsu makan dan minum yang keterlaluan dan nafsu-nafsu lain yang mengundang kemudaratan..  Terima Kasih Allah.. kerana masih memberikan aku kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini…

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie