-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Harimau Malaya!!

Last night sempat menonton perlawanan Malaysia vs Singapore. Actually both perlawanan aku tengok.. Kalau masa lawan kat Singapore, Aku agak kecewa ngan pertahanan Harimau Malaya and also penjaga gol masa tu.. but untuk perlawanan semalam aku amat berbangga dengan goal keeper Malaysia.. Walaupun masih kecewa dengan bahagian pertahanan tapi keseluruhan aku amat berbangga dengan prestasi pemain Harimau Malaya...

Walaupun hakikatnya Malaysia kalah dari segi aggregat.. tapi aku yakin, masa depan Harimau Malaya akan lebih cerah.. Cuma, peluang utk ke piala dunia terpaksalah tunggu lagi 6 tahun yerk... Masa jaringan bgol pertama, memang aku sangat teruja.. Yes! One more to go!! but when Singapore score, cam tak percaya.. Tapi kalau diteliti di bahagian pertahanan, memang tak mustahil kan! Most of the times, pintu goal kita memang terbuka luas.. Mengharapkan Goal Keeper berani mati tu menyelamatkan pintu goal dari dibolosi...

Tapi apapun, aku memang berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pemain2 Harimau Malaya!!! I believe, Malaysia will become better in future.. Go Malaysia Go!!

Treasure Hunt-Part 2

Sambung balik citer pasal Treasure Hunt tu ok... We all check-in kat Reinassance Hotel dalam pukul 4 ptg.. After that I'm waiting for my hubby and kids kat lobby sambil menikmati welcome drink.. When they arrived, terus naik bilik...

Ask them dah makan ker belum.. Masa stop kat Masjid MITC tadi, dah bagi la nasi lemak dan air.. tapi my hubby tak makan lagi.. Kakak pun x makan lagi.. Kakak kan cerewet sikit.. sebab tu la.. susah nak bagi dia makan kalau travel nie...  So after solat asar ajak diorang keluar utk makan.. Tapi kene cepat la.. sebab aku nak balik bersiap untuk dinner plak kan... Just pergi makan kat Dataran Pahlawan Food Court. Then rushing balik..

Plan malam, aku bawa baby gi dinner and hubby bawak anak2 yang lain jalan-jalan sekitar melaka...

Kul 8 malam turun untuk company annual dinner.. Tema malam tu adalah Retro 70's. Tapi aku tak la follow tema sangat.. Susah la... Tak carik baju pun.. hehehe.. Tak pe la... Janji join jugak kan... Our team dapat tempat ke sepuluh untuk Treasure Hunt dengan hadiah RM400 Cash.. (Dapatlah sorang seratus.. Jadilah... Walaupun target nak dapat 1st Place yang menawarkan hadiah RM4,000 tunai...

And for lucky draw, I get the 4th prize. Hadiahnya Ipod Nano Watch..  Alhamdulillah... Actually amat berharap nak dapat Grand Lucky Draw.. Hadiah dia Canon Powershoot G12. Tak pun 2nd place, boleh dapat Ipad2.. huhuhu..Tapi better than nothing kan! Tapi Ipod tu tak la dapat terus. After knowing who's the winner, baru diorang order.. sebab nak buat personalized engraving.. I choose to engrave NQ Teams (Mewakili anak-anakku..). That's I'm so lucky to have them!

Layan photos dulu.. masa dinner key... Nanti sambung lain...

Disinilah kami menginap....


Husna.. Seronok follow mama ke dinner..  

 

Denagn kawan-kawan office..



 Group Treasure Hunt Kami- 10th Place..

Antara yang bertuah malam tu..

 After dinner.. we all gi jalan-jalan keliling Melaka.. Nanti aku story lain key...

Update Pregnancy

Sebelum nie aku pernah post yang aku dah start bleeding utk pregnancy kali nie kan.. For the last 5 days, bleeding aku x berhenti.. walaupun bukan continuously bleeding but boleh dikatakan pagi, tengahhari, petang dan malam akan ade kesan bleeding.. Walaupun dalam quanityt yang tak banyak.. Last Sunday, the blood turn to black colour.. Perut ada sikit rasa tak selesa.. So yesterday go and meet doctor..

After the scanning process, boleh nampak that the pregnancy not going so well. In other word, kemungkinan besar the pregnancy will not survive..Sedikit rasa hampa.. sebab aku mengharapkan kehadiran baby boy.. But maybe belum rezeki.. Tapi doktor advise aku utk stop breastfeeding till next Thursday.. Manalah taw ade peluang utk pregnancy to survive.. So today, aku try to follow the advise.. sebab aku realise gak la... lepas breastfeeding, biasalah bleeding yang kuar lebih banyak...

So, tunggu jer la results next week camne.. Deep in my heart, I hope it's will survive.. But kalau tak survive pun, I believe it's must be the best for the baby.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.. :)

Treasure Hunt- Part 1

Dah lama nak masukkan entry utk company Treasure Hunt.. Tapi x sempat2.. Last weekend we all join company event i.e 'Trisystems Treasure hunt & Amazing Race' from HQ( Bukit Jelutong) ke Melaka (Ayer Keroh). Bermula dari pukul 7.30am and habis pukul 5.00pm.

Aku group ngan Sani, Ziey and husband Ziey.. First time join Treasure Hunt.. So agak risau gak la.. x dapat nak teka, what is the outcome.. hahaha.. Basically kene follow tulip la.. to discover the treasure.. Ada 25 tricky question, 5 treasure to be find and 3 task to be completed.

Unfortunately, we all ni dengan pantas bergerak, so tak banyak la gambar sepanjang aktiviti tersebut. Laluan utk Treasure Hunt ialah HQ to Subang Jaya terus ke Nilai 3, then masuk Pedas Linggi, Terus ke MITC Melaka. Then continue ke Jonker Walk- Air Keroh. Nanti aku update citer lain... ok.. Layan photos dulu...


Ni jer gambar yg boleh upload.. Yang lain apsal ntah.. rejected by server plak.. Nanti aku try lagi..

Wordless Tuesday



Cerita akan menyusul kemudian..

Perubahan Emosi

Bila nak start buat pregnancy check-up nie? Sejak pregnant nie, emosi aku agak berubah.. First few weeks ok jer.. but skrg nie makin tak menentu.. Agak berlainan dari emosi sebelum nie.. Food preference pun dah agak berubah.. Actually aku tak banyak karenah bila pregnant.. But this time, aku lebih prefer somethings yang simple dan suke makan somethings yang simple! Agaknya sebab dah gemuk kot!!! huhuhu...

Khamis nie nak try puasala.. sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang semakin hampir.. Hopefully time puasa nanti aku ok... kan?

Ya Allah... permudahkanlah urusan ku dalam menuyusan anak ku dan pada masa yang sama memastikan kandungan ku ini sihat dan membesar seperti yang sepatutnya...

Mengunjungi Kuala Perlis..

Last week balik Perlis.. Melawat mak mertua yang semakin uzur.. Currently she's diagnose for 'Blood Cancer Multiple Myeloma'. Doakan kesihatan dia key!

Balik Perlis for sure aku akan ajak cik abang melepak kat Kuala Perlis untuk menikmati laksa.. Actually sejak aku mengandung nie.. food preference aku agak berubah.. Aku suke makan sup dan laksa.. Pagi mesti take heavy breakfast cam nasi kerabu or fried rice.. tgh hari nak makan benda yang selain nasi..  Alangkah indahnya dapat menikmati laksa... nyam2.. Biasa mak mertua akan buat laksa everytime we all balik... but now, her condition will not allowed her to prepare that special dish..

Menikmati Laksa di waktu matahari hampir tenggelam.. after that, lepak di pesisir pantai... Seronoknya.. boleh rileks...

Jagung Dah Berbuah!!

Tak sempat mengunjungi kebun minggu nie utk membersihkan kawasan.. Ntah ape dah jadi kan.. Kerinduan nak mengunjungi kebun terubat jugak.. Semalam sempat gi jenguk kebun.. Just tengok ape dah jadi kat kebun kan.. Mula-mula sampai tengok.. Masya-Allah.. semak sudah!!!. Tapi Jagung dan bendi dah berbunga dan berbuah.. Seronok!! tetapi at the same time, pokok2 tu dah kene serang ngan penyakit... :). Itulah hasilnya kalau tanam dan tinggal.. Aku kalau boleh cuba nak elakkan sembut racun.. Tapi kene cari jalan la camne nak kawal serangan penyakit tanpa menggunakan racun.. Anybody have any info?

Layan.. Latest picture untuk jagung dan bendi itu..

Jagung dah berbuah..


Bendi yang lebat berbunga..



Hubby tengah sibuk buang rumput2..


Tengok.. si baby seronok dapat main tanah.. Pasni sibuk suruh basuh tangan.. sebab kotor...



Hajat hati nanti nak tanam cili padi or serai banyak2 la.. :)

Bleeding Sudah...

Alamak.. I got a minor bleeding la just now!! Ni tanda yang tak elok nie... So camne? Maybe I should get a concultation from doctor.. Maybe I need to stop the bf.. Warghhh... Sedih oooo

Makan-Makan bersama Account Department

Ni pun topic tertunda.. Tak sempat nak cite banyak.. Ni lunch yang aku join dengan budak-budak akaun department.. Aku dijemput oleh En.Akmal to join the lunch.. Lunch is sponsored by En.Akmal.. Nyam-nyam.. Sangat kenyang ok!!

Thanks En.Akmal.. Lain kali bolehla belanja lagi yer.. :)

Menikmati Lunch di Restoran Kayu Manis- Bukit Jelutong..






Gambar nie actually disnap bila dah nak habis.. so banyak menu yang dah selamat masuk perut.. :) Really enjoy the lunch!! Best sangat.. 

Update Kebun!

Dah lama tak cerita pasal kebun!! Maklumlah.. Agak sibuk sampai tak sempat nak update blog...
Last week kunjungan ke kebun membawa rasa bahagia.. hahaha.. Sebab apa? Sebab tgk pokok jagung dan pokok bendi kami yang semakin subur... Bestnyer...

Pokok jagung dah mula mengeluarkan putik bunga begitu juga dengan pokok bendi... Hopefully akan berbuah dengan lebat (walaupun kami tak jaga setiap hari- cuma pada hujung minggu jer kan...). So, layan jer la latest photos as we taken last weekend..

Nampak tak? Bendi dah mengeluarkan kuntum bunga :)



Pokok jagung yang semakin sihat dan besar...


Kebun kami yang sekangkang kera... Jadilah...

New Project- FSM Certification by TUV

This year we all ade new project i.e to obtain new certification by TUV i.e Functional Safety Management (FSM). Basically this certification will be based on IEC 61508 & IEC 61511. It's a big job for the team! We have undergo the pre-audit assessment for Gap analysis conducted by TUV Germany.

3 days in a row membuatkan terasa penuh info dalam kepala.. Dengan target of achievement yang agak singkat i.e within 6 months.. banyak benda yang nak kene buat and to be concentrate for. The project will be lead by Engineering Team i.e dibawah Kak Nik.. Walaupun banyak deviation yang diorang ractify.. I believe our team will be success in obtaining the certification..

Gap analysis conducted by Mr. Kanti (TUV Germany) and Mr. Lauri (TUV Japan). Both auditors quite friendly and Mr Lauri we call him Superman. Muka dia memang iras-iras actor yang memainkan watak Clerk Kent (Christopher Kent).

This our team for the TUV Certification..


In the discussion Room..


Souvenier from the auditor (Mr. Kanti & Mr. Lauri)


So.. doa-doakan kejayaan kami!! Best of luck!! Gambate!!

Kenapa Perlu Marah?

Hari ini cuaca agak panas.. Agaknya sebab tu ramai orang nak marah-marah kot. :)
Sebagai manusia memang kita dikurniakan dengan nafsu amarah yang kalau tak bibendung akan mengundang padah, boleh memutuskan silaturrahim.. Itu yang paling penting untuk kekalkan.. Tali silaturrahim yang bukan senang nak dikekalkan.. Kadang-kadang, disebabkan satu insiden kecil, putus silaturrahim yang telah bertahun-tahun dibina..

Aku.. aku suke bergurau.. walaupun kebanyakan org yang mungkin tak mengenali aku akan mengatakan aku nie nak tunjuk lagak, nak tunjuk pandai, asyik nak menang jer... hahahaha.. itu kelemahan aku.. tapi kadang-kadang aku tak kisah diatas persepsi orang terhadap diri aku.. Sebab bagi aku, kawan yang terbaik adalah kawan yang boleh menerima kekurangna kita, yang boleh membimbing kita dan boleh menegur kita bila kita tersasar...

Tapi hari ini aku agak tersentap bila aku dikaitkan dengan seseorang yang memang agak tak rapat dengan aku... Perkaitan yang boleh dikatakan selalu membuat darah aku naik la.. Tapi org yang comment tu tak taw kan.. si aku boleh buat ignorance jer.. Tapi sakit hati pun ade jugak.. Sebab cara dia seolah-olah aku punca utama pertelingkahan itu... Huh! mungkin itu cume tafsiran aku.. Anyway, maybe jugak dia tak bermaksud camtu kan!!

Kesimpulan aku.. untuk diri aku sendiri.. Kalau aku nak bergurau sekali pun.. jangan kaitkan dengan sesuatu yang sensitif!! :).. Insya-Allah... aku cuba untuk terus memperbaiki diri aku.. Walapun aku rasa bukan aku yang bersalah!! (Manusia mana pernah nak mengaku salah kan!)
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie