-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mengingkatkan Kualiti dan Kuantiti Susu Ibu Ketika Hamil

Aku mencari info camne nak increased supply susu ibu semasa hamil.. Sehinggalah aku bertemu artikel ini.. Juga dari duniasusuibu. Teruja sungguh membaca artikel ini... Ya Allah.. permudahkanlah urusan aku dalam menyusukan anak ku ini...

S : Saya sering membaca fakta penyusuan susu ibu oleh pakar bertauliah di dalam majalah ini. Ini termasuklah cara menambah kuantiti susu ibu. Salah satunya dengan mengambil makanan tambahan berasaskan soya. Semasa kandungan, 17 minggu, saya masih menyusukan anak yang berusia 10 bulan. Setelah mencuba untuk memperoleh susu yang banyak daripada makanan tambahan berasaskan soya tersebut, susu saya terus kering. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Adakah kerana makanan tambahan tersebut, faktor usia (35 tahun) atau kandungan ini?
Dania Hariza
Sg. Buloh, Selangor

J : Sejujurnya, ibu tidak perlu bergantung kepada apa-apa produk atau makanan tambahan untuk memastikan penghasilan susu yang baik tetapi lebih kepada teknik dan amalan penyusuan yang betul. Jika menyusukan anak atau memerah susu di pejabat dengan kerap, puan mampu untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi. Daripada segi pemakanan, amalkan prinsip makan bila lapar, minum bila dahaga. Tidak perlu makanan atau minuman “khas”. Puan juga tidak perlu berpantang daripada sebarang makanan atau minuman.

Berkenaan soya, ia sememangnya kaya dengan protein. Jika puan mengambil apa-apa makanan tinggi protein yang membekalkan 10 – 15% keperluan kalori seseorang ibu yang menyusukan anak, ia berkemungkinan membantu dalam penghasilan susu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya dianggap sebagai makanan wajib! Ini kerana ada pelbagai sumber protein yang lain seperti daging, ayam, ikan, keju, sayur-sayuran hijau dan lain-lain. Ambil makanan seimbang supaya ia membekalkan nutrien yang secukupnya.

Untuk pengetahuan puan, sekiranya seseorang ibu yang dalam tempoh penyusuan hamil, dia berkemungkinan akan mengalami masalah penghasilan susu. Ini biasanya terjadi di pertengahan tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna penyusuan ibu harus dihentikan! Ia bukanlah penghalang untuk anak puan yang berumur 10 bulan untuk terus memperoleh kebaikan daripada penyusuan susu ibu.
Dalam kes ini, puan tidak perlu risau berkenaan kuantiti susu yang semakin berkurangan dan tidak ada keperluan untuk puan mengambil sebarang herba atau pil untuk membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia sangat tidak digalakkan malah tidak akan berkesan! Oleh itu, saya syorkan puan cuba untuk memanjangkan tempoh penyusuan ibu. Maksimumkan tempoh masa penyusuan selagi puan dan bayi selesa dan gembira melakukannya. Sesungguhnya penyusuan susu ibu adalah lebih daripada makanan. Ia turut menyemarakkan kasih sayang. Antara cadangan yang dapat saya berikan adalah seperti berikut :

1. Sebarang jenis pil jenis domperidone dan herba contohnya halba tidak boleh diambil semasa hamil.
2. Banyakkan sentuhan kulit-ke-kulit, tidur bersama (co-sleeping), bermain atau apa sahaja aktiviti yang membolehkan anda dan bayi melakukannya bersama-sama.
3. Makan vitamin yang disyorkan oleh doktor. Amalkan pemakanan sihat dan minum secukupnya.
4. Fokus kepada amalan pemakanan sihat untuk bayi yang berumur 10 bulan. Pada umur sebegitu, sumber nutrisinya bukan diperoleh daripada susu ibu semata-mata tetapi daripada pemakanannya! Ingat, makanan yang saya maksudkan bukan susu formula! Hanya makanan seimbang yang akan membekalkan nutrisi secukupnya kepada bayi!
5. Di pusat sumber Susuibu.com, kami ada pelbagai koleksi buku berkaitan penyusuan susu ibu, nutrisi dan bermacam-macam lagi. Antara buku yang kami ada yang sesuai untuk bacaan puan adalah Tandem Nursing and Beyond -Breastfeeding through a Pregnancy.
6. Jika puan ingin berjumpa dengan Perunding Laktasi bagi mendapatkan maklumat lanjut, layarilah www.ilca.org dan cari direktori Find a Lactation Consultant atau dapatkan nasihat daripada seorang doktor yang dapat memberikan sokongan positif terhadap niat puan untuk meneruskan penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Ha.. tgk! hamil pun boleh jugak survive kan!! So, kawan-kawan.. doakan kejayaan aku yer.. Semoga semangat aku terus kuat selagi aku terdaya.. :)

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie