-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

It's confirm!!!

Akhirnya.. segala rasa hati telah pun disahkan!! Lately aku cepat letih, mood tak menentu di mana EBM ku semakin berkurangan.. Setelah berkira-kira.. akhirnya aku tekadkan hati.. Cuba mendapatkan kepastian.. Semalam aku dengan nekadnya mencari kepastian untuk segala rasa hati yang terpendam...


Nampak tak? Itulah results pregnancy test aku semalam. Nampak tak double line tu? Meaning yang aku positif pregnant!!! Adusss..... Journey aku utk menyusukan Husna sampai dua tahun mungkin agak sukar.. Tapi Insya-Allah.. aku akan kuatkan semangat dan dengan harapan body aku boleh sustain...

Kehadiran yang bukan dalam perancangan tapi aku pasrah.. Mungkin kali ini Allah akan mendengar doa-doaku... Semoga kali ini rumah kami akan diserikan dengan kehadiran seorang putera pulak.. Tapi sekiranya masih seorang puteri.. kami masih akan menerima seadaanya...


Walaupun sebelum ni aku pernah menyusukan kak Ngah sampai 2 tahun pada masa yang sama aku pregnantkan Huda, tapi cabaran sekarang memang makin mencabar.. Ya Allah.. kuatkan semangatku...

2 Nukilan Rasa:

  1. mula2 nak ucap tahniah.... kena kuatkan semangat...mcm cdah pon start preggy balik bila hasif 1 tahun 5 bulan...susu yg dipam mmg merudum hasilnya, selalu bwk balik 15oz....bila preggy jer merudum sampai nak dpt 3oz pun susah...kita sebagai ibu dah berusaha sebaik yg mungkin, sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui....tp skang kandungan cdah dah 28 week...hasif masih suka mengempeng...terutamanya mlm2....

    BalasPadam
  2. Terima Kasih yer... Bila cdah start stop pump kat office? Itulah.. semangat memang kene kuat.. tambahan pulak ramai yang cakap suruh stop Breastfeeding kan... Tapi kesian sangat sebab dia sangat attached nak menempel.. skrg nie lagi kerap, agaknya sebab susu dah drop kan..

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie