-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mengingkatkan Kualiti dan Kuantiti Susu Ibu Ketika Hamil

Aku mencari info camne nak increased supply susu ibu semasa hamil.. Sehinggalah aku bertemu artikel ini.. Juga dari duniasusuibu. Teruja sungguh membaca artikel ini... Ya Allah.. permudahkanlah urusan aku dalam menyusukan anak ku ini...

S : Saya sering membaca fakta penyusuan susu ibu oleh pakar bertauliah di dalam majalah ini. Ini termasuklah cara menambah kuantiti susu ibu. Salah satunya dengan mengambil makanan tambahan berasaskan soya. Semasa kandungan, 17 minggu, saya masih menyusukan anak yang berusia 10 bulan. Setelah mencuba untuk memperoleh susu yang banyak daripada makanan tambahan berasaskan soya tersebut, susu saya terus kering. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Adakah kerana makanan tambahan tersebut, faktor usia (35 tahun) atau kandungan ini?
Dania Hariza
Sg. Buloh, Selangor

J : Sejujurnya, ibu tidak perlu bergantung kepada apa-apa produk atau makanan tambahan untuk memastikan penghasilan susu yang baik tetapi lebih kepada teknik dan amalan penyusuan yang betul. Jika menyusukan anak atau memerah susu di pejabat dengan kerap, puan mampu untuk menghasilkan susu yang secukupnya untuk bayi. Daripada segi pemakanan, amalkan prinsip makan bila lapar, minum bila dahaga. Tidak perlu makanan atau minuman “khas”. Puan juga tidak perlu berpantang daripada sebarang makanan atau minuman.

Berkenaan soya, ia sememangnya kaya dengan protein. Jika puan mengambil apa-apa makanan tinggi protein yang membekalkan 10 – 15% keperluan kalori seseorang ibu yang menyusukan anak, ia berkemungkinan membantu dalam penghasilan susu. Walau bagaimanapun, ia tidak seharusnya dianggap sebagai makanan wajib! Ini kerana ada pelbagai sumber protein yang lain seperti daging, ayam, ikan, keju, sayur-sayuran hijau dan lain-lain. Ambil makanan seimbang supaya ia membekalkan nutrien yang secukupnya.

Untuk pengetahuan puan, sekiranya seseorang ibu yang dalam tempoh penyusuan hamil, dia berkemungkinan akan mengalami masalah penghasilan susu. Ini biasanya terjadi di pertengahan tempoh kehamilan. Ini disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Walau bagaimanapun, ini bukan bermakna penyusuan ibu harus dihentikan! Ia bukanlah penghalang untuk anak puan yang berumur 10 bulan untuk terus memperoleh kebaikan daripada penyusuan susu ibu.
Dalam kes ini, puan tidak perlu risau berkenaan kuantiti susu yang semakin berkurangan dan tidak ada keperluan untuk puan mengambil sebarang herba atau pil untuk membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia sangat tidak digalakkan malah tidak akan berkesan! Oleh itu, saya syorkan puan cuba untuk memanjangkan tempoh penyusuan ibu. Maksimumkan tempoh masa penyusuan selagi puan dan bayi selesa dan gembira melakukannya. Sesungguhnya penyusuan susu ibu adalah lebih daripada makanan. Ia turut menyemarakkan kasih sayang. Antara cadangan yang dapat saya berikan adalah seperti berikut :

1. Sebarang jenis pil jenis domperidone dan herba contohnya halba tidak boleh diambil semasa hamil.
2. Banyakkan sentuhan kulit-ke-kulit, tidur bersama (co-sleeping), bermain atau apa sahaja aktiviti yang membolehkan anda dan bayi melakukannya bersama-sama.
3. Makan vitamin yang disyorkan oleh doktor. Amalkan pemakanan sihat dan minum secukupnya.
4. Fokus kepada amalan pemakanan sihat untuk bayi yang berumur 10 bulan. Pada umur sebegitu, sumber nutrisinya bukan diperoleh daripada susu ibu semata-mata tetapi daripada pemakanannya! Ingat, makanan yang saya maksudkan bukan susu formula! Hanya makanan seimbang yang akan membekalkan nutrisi secukupnya kepada bayi!
5. Di pusat sumber Susuibu.com, kami ada pelbagai koleksi buku berkaitan penyusuan susu ibu, nutrisi dan bermacam-macam lagi. Antara buku yang kami ada yang sesuai untuk bacaan puan adalah Tandem Nursing and Beyond -Breastfeeding through a Pregnancy.
6. Jika puan ingin berjumpa dengan Perunding Laktasi bagi mendapatkan maklumat lanjut, layarilah www.ilca.org dan cari direktori Find a Lactation Consultant atau dapatkan nasihat daripada seorang doktor yang dapat memberikan sokongan positif terhadap niat puan untuk meneruskan penyusuan susu ibu sepanjang tempoh kehamilan.

Ha.. tgk! hamil pun boleh jugak survive kan!! So, kawan-kawan.. doakan kejayaan aku yer.. Semoga semangat aku terus kuat selagi aku terdaya.. :)

Penyusuan Ketika Hamil TIDAK Memudaratkan

Aku menemui artikel ini ketika melayari Google.. Sumber dari duniasusuibu ini sangat membantu aku dalam meneruskan perjuangan aku...

Jom.. for our sharing & knowledge...

Soalan:
Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak kedua yang baru berumur lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan dua orang anak dalam satu masa memandangkan saya bertubuh kecil. Persoalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan boleh merencatkan penghasilan susu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?
Zuraini Mohamad Redhuan Sepang, Selangor
 
Jawapan:
American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.
Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.
Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.

Alhamdulillah... jawapan yg diberikan sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan aku dalam meneruskan penyusuan tersebut.. Gambate Mai! Usaha pasti berjaya!!! 

It's confirm!!!

Akhirnya.. segala rasa hati telah pun disahkan!! Lately aku cepat letih, mood tak menentu di mana EBM ku semakin berkurangan.. Setelah berkira-kira.. akhirnya aku tekadkan hati.. Cuba mendapatkan kepastian.. Semalam aku dengan nekadnya mencari kepastian untuk segala rasa hati yang terpendam...


Nampak tak? Itulah results pregnancy test aku semalam. Nampak tak double line tu? Meaning yang aku positif pregnant!!! Adusss..... Journey aku utk menyusukan Husna sampai dua tahun mungkin agak sukar.. Tapi Insya-Allah.. aku akan kuatkan semangat dan dengan harapan body aku boleh sustain...

Kehadiran yang bukan dalam perancangan tapi aku pasrah.. Mungkin kali ini Allah akan mendengar doa-doaku... Semoga kali ini rumah kami akan diserikan dengan kehadiran seorang putera pulak.. Tapi sekiranya masih seorang puteri.. kami masih akan menerima seadaanya...


Walaupun sebelum ni aku pernah menyusukan kak Ngah sampai 2 tahun pada masa yang sama aku pregnantkan Huda, tapi cabaran sekarang memang makin mencabar.. Ya Allah.. kuatkan semangatku...

Dinner: Spaghetti Olio

Malam tadi teringin plak nak makan sphagetti.. Tambahan pulak mood memasak agak kurang kan... So, malam nie semua org kene makan sphaghetti.. Dah bosan asyik buat bolognasie, hari nie bukan sphaghetti yang simple i.e olio... (spaghetti org malas key!)


Ni aku gune spaghetti no.3.. so sangat halus key... (Lupa nak snap gambar sebelum makan.. ni balance jer yg tinggal..)

Ni la resepi aku malam tadi (resepi org malas + perabih barang yang ade jer..)

Bahan-Bahan
Sebungkus spaghetti (rebus sampai lembut)
1/2 kg udang (kupas kulit)
4 ulas bawang putih (cincang )
Cili kering di potong kecil-kecil (Lagi sedap kalau guna cili flakes)
sedikit lada hitam (giling)
Minyak zaitun
Daun celeri
Sedikit daun parsley

Cara-Cara
Tumis bawang putih sampai wangi
Masukkan cili kering, goreng sampai wangi
Masukkan udang, garam & sedikit perasa ayam (kiub ayam pun ok)
Masukkan Spaghetti yg dah ditoskan
Masukkan daun celeri & parsley
Taburkan sedikit lada hitam
Dah siap utk dimakan.....

Kursus Homemade Coklat

Sekarang dah cam trend utk homemade coklat kan.. Aku cam terfikir-fikir nak masuk kursus tu.. Just for fun.. Maybe boleh jugak buat side income.. Lagipun, the chocolate making looks fun..

Haritu survey2 la kursus membuat coklat.. Kebanyakan kos utk kursus tu dalam rm250 utk basic.. The lowest one yang aku survey adalah dalam rm180. But I'm thinking nak ambik kursus yang rm380 dimana kursus tu lengkap sekali dengan semua peralatan yang diperlukan utk membuat coklat.

Buat punya buat, I found this website.. e-book yang dia tawarkan utk membuat coklat is about rm70. Nampak menarikkan! So aku subcribe la... :)  And at the same time register to become the affiliate.. So check it out! Click here.. e-book coklat

Manalah taw, suatu hari nanti e-book nie boleh jadi panduan untuk kite menambahkan pendapatan kite...

Aduh! Bosannya...

Jam dah menunjukkan pukul 4.30pm.. Arghhh... lambatnya masa berlalu... Rasa dalam hati cam nak balik jer... Hari nie mood blues betul la... Tak dek mood nak buat kerja dan tak dek idea nak tulis procedure.. Beku jer rasa kepala nie...

Bosan..bosan.. Rasa nak balik sekarang jugak!!! huhuhu

The Pursuit of Happyness

Last wednesday I'm just watch a movie at TV2. Dah lama tak concentrate kat movie nie.. The movie is 'Pursuit of the Happyness' lakonan Will Smith and anak dia (kalau tak silap aku). Touching betul aku tgk movie tu.. simple story but very meaningful..



Basically cerita dia berkisarkan dari kisah benar. Chris Gardner (lakonan Will Smith) merupakan seorang salesman yg cerdik dan berbakat tetapi pendapatan dia tak menentu. Sehinggalah wife dia minta diorang separated. Tapi Chris mintak anak mereka- Christopher stay with him so that he will take care of his son. (Mak dia berhijrah to LA kalau tak silap aku la).

Bermula dari saat itu, dia struggle utk memberikan kehidupan yang lebih baik utk anak dia.. Chris dihalau dari rumah sewa sebab tak mampu nak bayar sewa, dia mintak extend and sanggup mengecat rumah tu sendiri semata-mata nak extend waktu so that he can find a better place. Tapi tuan rumah cuma bagi tempoh seminggu. One day, masa dia tgh cat rumah, ada polis datang dan bring him to the police station. So he have to spend a night at police station due to unpaid car park summons. Kesian sungguh! Tambahan plak the next morning he have an interview kat satu company.

Pagi tu, lepas release jer dari jail, dia terus pergi utk interview dengan pakaian semalam yg penuh cat (selebek giler la..). Tapi disebabkan dia nie memang power, dia diterima bekerja sebagai management training selama 6 bulan tanpa sebarang gaji. Gaji cume based on sale yg dia boleh buat (kene jual mesin pengimbas jisim tulang). During the periods, macam-macam happen kat dia.. Sampailah they lost a place to stay..

Tapi anak dia sangat memahami.. tapi kesian la.. terpaksa sacrifies kan... Diorang pernah terpaksa tido dalam public toilet sebab tak dek tempat nak bermalam... Dalam tempoh 6 bulan, dia memang struggle nak pastikan yang performance dia bagus so that he will hired for the 'broker position. Tapi sesungguhnya, usaha keras dia memang berbaloi dengan attitude yang baik.. He never complaint, very hard-working dan have a very good time management so that he can achieve what he dreamt of.

Di penghujung movie tu, sebak rasa hati aku sebab bila dia diterima bekerja sebagai broker, he said....
'a have a little feeling in my heart... and the feeling is called happiness...' Peringatan untuk diri aku sendiri... Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha keras... :)

Activity Weekend..

Last Sunday, aku ngan family attend wedding member office hubby kat Dewan Perdana Felda, KL. Tapi sayang sungguh.. tak ambik gambar ngan pengantin la pulak.. Sebab masa we all dah siap makan, cari pengantin dah tak jumpa.. huhuhu.. Ni gambar yg we all snap kat sana.. Anak-anak ku cukup suke.. sebab bebas berlari kan.. Ni semua gambar yang disnap di sekitar wedding place- Dewan Perdana Felda..









After gi wedding aku ingat nak balik jer.. Tapi kakak plak tak mo balik.. ajak jalan-jalan.. iyelah.. dah bosan.. Cuti sekolah tak gi mana-mana.. So cakap kat hubby jom la gi muzium.. So, we all just bawak diorang gi muzium.. ronda-ronda.. Lagipun skrg nie tgh ade pameran orang asli...









Ni gambar we all ngan burung2.. X cantik sebab aku snap atas gambar.. Maklumlah.. Instant photos.. Tak dek Softcopy..




Kebun Kami Sekarang

Last Saturday we all pergi lah berkunjung ke kebun kami.. Sampai2 jer.. terkejut tgk keadaan yang agak semak.. Agaknya sebab skrg nie asyik hujan, so rumput cepatlah naik kan... Tapi yang bestnya tengok pokok-pokok yang di tanam nampak subur.. :) Ada harapan nak merasa hasil nanti nie..

Jom layan updated photos kat kebun.

Dr jauh.. Ni la rupenyer.. Yang tgh naik tu pokok jagung ngan pokok bendi..


Belakang dia pokok pisang.. Satu mati, tinggal 2 pokok jer..


Belakang pokok pisang pokok mangga.. Ni tak taw mangga jenis ape.. Jiran yang bagi.. X taw akan berbuah ker tak.. Tapi tanam jer la.. Bagi kawasan tu redup sikit..


This one.. pokok durian... Musang King.. :)


Actually banyak lagi pokok yang we all tanam i.e rambutan- gading, anak sekolah & gula batu, pokok betik, mangga chokanan, belimbing buluh, 5 perdu buluh madu, serai, dan beberapa pokok kecik2 cam serai, ulam raja dan cili...

Lepas gi kebun, Hubby bawak gi ronda-ronda kat sungai yang berhampiran..

Tgk2.. best tak? Sungai ni actually muara... ade la aktiviti nelayan di sekitar nie..

 Jeti.. Boleh mancing taw!

 Seberang sana hubby cakap Teluk Gong..


Anak-anak menikmati panorama.. :)


Ni la tempat nelayan berlabuh.. best2

Mengunjungi Morib..

Dah lama aku tak berkunjung ke Morib... Last sekali pergi sana sekitar tahun 2003 kalau tak silap.. Tu pun dengan member office lama. Last saturday on the way pergi kebun, cik abang bagi suggestion nak singgah morib.. Just for sight seeing... Disebabkan bertolak dr rumah pun agak lambat, then tak dek la bagitaw anak-anak nak gi sana.. we all just buat-buat tak taw la... Sampai pekan Banting barulah si kakak perasaan yang we all tak gi kebun lagi..

Kakak: Kenapa mama tak gi kebun? Kata nak gi kebun..
Aku: Ni nak gi kebun la nie..
Kakak: Mana ade.. kebun dah lepas dah..

Aku ngan husband senyum2 jer.. Saja tak nak bagitau.. Nanti for sure diorang nak mandi punya kan.. hehehe.. Aku memang tak prepare utk diorang mandi.. sebab dulu dalam fikiran aku Morib ni agak kotor.. so tak dek org mandi key! Takut nanti gatal-gatal plak badan..

Sampai Morib.. tgk dah banyak perubahan... Kebetulan plak ade Agro festival.. Tapi tak gi la.. sebab susah nak dapat parking.. Dah cantik Morib sekarang.. Dah ala-ala PD la sikit.. Much better kot.. :). Kebetulan plak air tgh pasang.. So ramai gak la yang mandi manda.. Walaupun airnya tak la sejernih Laut Cina Selatan.. Tapi bolehla setakat mengubat rindu nak mandi laut.. Tapi aku definitely tak bagi budak-budak tu mandi.. Iyelah... takut plak gatal nanti.. Diorang nie kulit sensitif key! Yang paling penting sebab tak bawak pun extra baju.. hehehe... (Tu yang utama diorang tak leh mandi..)

So.. Layan jer la photos yg sempat di'snap'..

Ombak yang menderu...


Pemandangan diwaktu petang..


Anak-anakku.. seronok dapat ke pantai.. walaupun hanya bermain di gigi air..




Mum's and kids..

 Papa & Husna..


Meninggalkan petang itu dengan janji akan datang lagi dan anak-anak dibenarkan mandi manda.. hehehehe..


'Cepat... Nak gi kebun pulak!!! '

Apa nak masak?

Weekend hari tu, aku sangatlah malas nak memasak sebab barang-barang dapur dah banyak yang habis dan tersangatlah malas nak keluar shopping.. So, cakap kat hubby.. goreng ikan keli dah la... maklumlah.. ikan keli yang we all bela kat belakang rumah tu kan dah boleh dimakan... Actually.. dah lama boleh dihabiskan.. Hasrat hati nak masukkan benih baru.. tapi hubby cakap nak try bela ikan puyu plak.. (Atas suggestion org MBSA masa diorang dtg buat inspection utk jentik-jentik...)

Kat rumah cume ade daging dalam peti ais.. minyak masak pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan... So, kenelah masak something yang simple jer kan.. Bukak peti keluarkan daging, kelapa and rebung (hasil tuaian rebung sangat banyak key! Tak larat nak makan dah). Then cakap kat hubby.. gi tangkap ikan keli sikit.. So menu malam tu cumalah ikan keli goreng (utk hubby dan anak-anak, sebab aku tak makan ikan keli ) dan gulai daging bersama rebung...

Ni la lauk kami pada malam itu..

Gulai rebung..


Ikan keli yang baru ditangkap dari kolam..


Dah selamat cik hubby bersihkan..


Tinggal lagi aku goreng jer... hehehehe..


And ready to be served...


Anak-anak aku sangat suke makan ikan keli nie... Yang penting hari nie, menu utama kami malam itu semua hasil titik penuh sendiri.. rebung yang ditanam dan keli yang dibela.. :) Sangat puas hati key!

Anniversary Ke-8

1st June yang lepas genaplah sudah 8 tahun perkahwinan kami.. Alhamdulillah.. dalam 8 tahun ini, banyak betul dugaan dan cubaan yang diharungi.. Tapi Syukur.. aku semakin matang menjalani kehidupan harian.. Dengan kehadiran 4 org cahayamata.. kehidupan kami memang riuh rendah.. dengan gelak tawa dan tangisan anak-anak.. rumah yang sentiasa kecoh... Yang penting, husband wish dengan dengan pebuh kasih sayang...
hehehehe...
Alhamdulillah... Alhamdulillah..

So sempena anniversary aku n husband ambik cuti.. First agenda gi breakfast kat tempat we all selalu gi makan time bujang2 dulu (masa bertunang..) This time bawak anak-anak.. Then terus ke kebun.. menziarahi kebun... Pokok-pokok jagung dah mula naik tapi sayang sebab pokok ubi kayu dan belimbing aku dah dipatah-patah oleh monyet2 hutan... Tak per la.. nampak gayanya kene share rezeki ngan diorang la kami.. :)

Petang bawak anak-anak pergi melawat muzium Shah Alam.. Itupun sebab kakak mintak nak pergi muzium.. Letih jugak ronda muzium sebab dia ada 4 tingkat.. Basically semua pasal sejarah selangor.. Good for her to learn.. Sayang sekali sebab kamera tak dek... So tak ade sebarang rakaman gambar... :(
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie