-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Cuti Sekolah!!

Cuti sekolah sudah bermula.. aku still x dek perancangan nak bawak anak-anak ke mana utk bercuti.. Yang pasti, kakak dah mintak nak pergi wet world...  Aku ngan husband still tak decide camne.. Adushhh.. cam pening kepala plak.. sebab nak ambik cuti, cuti dah tinggal nyawa-nyawa ikan.. huhuhu

Susu Terakhir Buat Si Kecil

Sebuah cerita yang aku kongsikan bersama.. Cerita yang aku copy paste dari facebook.. Wallahualam kebenarannya tapi ku abadikan disini pengorbanan seorang ibu.. Subhanallah.. Sesungguhnya layaklah dikatakan surga ditapak kaki ibu.. kerana kasih ibu hingga ke syurga...


Susu Terakhir Buat Si Kecil.

 
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.


Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya

 Sebaknya dada aku.. huhuhu

Update EBM

This month Husna dah masuk 1 tahun 3 bulan.. Semakin mencabar cabaran menyusukan dengan susu badan.. Maklumlah.. Target sampai 2 tahun kan... Sekarang nie.. Nak dapatkan 12 oz sehari pun susah... Yang paling menyedihkan stok untuk bulan ini aku cume berjaya buat sebanyak 48oz compare to last month sebanyak 128oz. Adusshhh... the month is going to end soon.. tapi increment on the EBM x menunjukkan sebarang perybhana lagi.. Apa yang aku pump sehari cume cukup untuk supply for next day... huhuhu.. Alangkah susahnya hati ini...

Last kejadian yang aku berjaya mendapatkan 8oz sekali pump adalah pada 12/5/2011 @ 12 noon.. Selepas itu.. aku cume boleh dapat around 4oz to 3oz per session.. Adushhh...

Itulah hasil terakhir yang aku dapat 8oz sekali pump in single session. Kejadian pada 12 May 2011 lebih kurang 12 noon.. Lepas tu.. dah x dek la... Sekarang nie sekali pump paling banyak pun 4oz jer.. Adusshhh... Camne nak sustain nie? Risau gak la.. sebab Ramadhan is coming.. So aku kene buat preparation dari segi stok EBM utk anak aku tu.. Aku tak nak kantaoi masa bulan Ramadhan nanti.. Ntah.. Rasa tak ready lagi la nak mixed her milk.. huhuhu

Sekarang aku try my best to get at least 4 pumping session in a day.. Kat opis aku cume boleh buat 2 session.. Lagi dua session kene buat kat rumah ler... Yang penting aku target mesti dapat at least 12 oz sehari.. Sekurang-kurangnya walaupun tak tambah stok, at least aku tak gunakan stok sedia ada like previous-previous month!!

Alhamdulillah... aku bersyukur keputusan ku membeli Medela Freestyle sekurang-kurangnya membantu aku dalam waktu-waktu kritikal begini.. Walaupun agak susah nak jaga.. sebab dia kene cleans throughly so that tak dek kekotoran melekat, tapi function dia memang sangat convenience dan simulation dia amat membantu sepanjang process expressing.

My best friend- freestyle

Ya Allah.. Permudahkanlah urusanku dalam menyusukan anakku.. Perbanyakkanlah susuku sepaya sentiasa mencukupi untuk anakku.. Kuatkan semangatku dalam menempuh semua cabaran-cabaran yang mendatang Ya Allah...

Pemandangan waktu senja





Gambar nie aku ambik didalam kereta sewaktu pulang dari kebun.. Aku rasa sangat cantik dan unik... Just nak share the photos without any entry yang berbangkit.. :)

Sempurnakah??

Hari nie terlewat bangun!!!!! wake-up at 6.45am... Kelam-kabut ar.. nak bersiap, nak buat EBM lagi.. Kang tak dek susu plak baby ku hari nie.. Maklumlah.. sekarang nie keadaan EBM ku agak merosot ekoran pengambilan antibiotik since last week (something yang aku try avoid.. tapi terpaksa jugak ambik). Cik hubby plak kene sampai awal ke office hari nie.. so we all x sempat la nak breakfast sama-sama this morning.. Tak pe la... nanti cover balik kan!!

Sebagai ibu, aku teringin nak jadi seorang ibu yang sempurna utk anak-anakku dan sebagai isteri, sempurna untuk suamiku.. Tapi hati, adakalanya mudah terusik dengan benda-benda kecil. Sensitif kah aku?? Agaknya semakin meniti usia yang makin meningkat membuatkan hati cepat terasa.. Ku mohon, agar hati ini sentiasa aman.. ku mohon agar hati ini sentiasa tenteram dan ku mohon agar hati sentiasa dipelihara oleh Allah.. Semoga sentiasa dibimbing dan diberi petunjuk serta hidayahNya...



Ya Allah, Sebagai hambaMu yang selalu lupa, tunjukilah aku jalan yang lurus,jalan yang Kau redhai, jalan yang Kau rahmati.. Tetapkan hatiku pada agamaMu, Cukupkan keperluanKu agar aku tidak meminta-minta.

Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan aku dalam menyusukan anakku, agar menurut segala Syariatmu, Perbanyakkanlah susuku agar sentiasa mencukupi untuk anakku, murahkanlah rezeki kami dan bimbinglah kami, Kasihanilah kami, redhailah kami..

Ya Allah, Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, zuriat yang mengasihani kedua ibu bapanya dan zuriat yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. Ya Allah, Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami, Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil dahulu, tempatkanlah mereka di dalam golongan orang yang beriman..

Amin....

Nasi Goreng Cinta Sayang

Aku.. sangat suke makan nasi goreng lately.. Ntah.. x taw pasal ape.. Tapi cume nasik goreng cili padi di Kopitiam Eton-Bukit Jelutong ngan Nasi Goreng cili padi yang digoreng oleh cik hubby...

Dalam sebulan dua nie, memang kerap gak la.. aku suruh cik hubby tolong gorengkan nasi untuk aku...Memang kesukaan aku ler.. Nasi goreng yang simple tapi sangat menepati citarasaku... Agaknya sebab makan dengan sepenuh hati dan dimasak dengan kasih sayang kot... hehehehe.. Thanks abg.. kerana masih mampu melayan karenah isteri yang kadang-kadang cam tak masuk akal.. :)

Inilah nasi goreng yang digoreng oleh cik hubby malam tadi... hehehe


P/s: Aku tukar tajuk dr 'nasi goreng power' ke 'nasi goreng cinta sayang'. Sebab cik hubby aku masak dengan penuh kasih sayang.. :)

Kebun Kami

Bulan dua haritu, we all telah membeli sebidang tanah lot di Teluk Panglima Garang. Tanah nie aku beli share dengan member opis.. 42' x 72'.. so we all bahagi dua.. sorang dalam 21' x 72'.. Tanah pertanian tapi masing-masing ade tujuan yang berbeza beli tanah nie.. Member aku nak buat project burung walit sedangkan aku cume nak tanam pokok buah-buahan.. so nanti ade jugakla pokok buah yang boleh dituai bila musim buah....

Actually harga tanah nie RM23,900. Tapi dengan pembelian cash, dapatlah RM 1,500 discount.. Actually, kawan aku nak beli cash, aku nak beli secara ensuran.. Tapi disebabkan dia nak buat project burung tu cepat, so we all buat perjanjian la... We all buat 3 months installment dengan syarikat tu then aku buat 6 months installment.. Maksudnya.. dia coverkan 3 bulan installment aku utk 3 bulan pertama dan selepas 3 bulan tu aku bayar kat dia.. Alhamdulillah.. aku mendapat seorang teman yang tidak berkira dan pembayaran semua atas dasar percaya...Aku harap antara aku dengan kawan aku nie akan sentiasa ada persefahaman sebab ade orang kadang-kadang sebab tanah or harta or duit nie sanggup putus saudara, berbunuhan dan macam-macam la.. Tapi parah jugak la kan.. Nak tunggu installment aku ngan dia settle.. Sekarang nie tak leh la nak bantu husband menyara keluarga sampailah installment aku settle... Sabar yer... Susah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian... hehehe.. Selepas bayar duit muka rm3,700.. monthly installment aku RM1,500 sebulan untuk 6 bulan.... Insya-Allah akan habis next month...

Ok, berbalik pada cerita tanah aku tu... sekarang nie every weekend we all gi sana.. bersihkan longgokan kayu-kayu kelapa sawit tu.. banyak betul yang nak dibersihkan... Dah hampir 2 bulan tak habis-habis lagi.. Padahal tanahnyer kecik jer... Tapi tulah... tak larat gak la nak buat semua sekali.. serang nie we all dah start tanam 3 pokok rambutan, sepokok mangga (taoi dah mati..), sepokok petai, sepokok durian.. yang lain-lain we all dah tanam rebung madu (dalam 5 perdu), serai, jagung dan beberapa pokok jagung manis.. Hopefully akan hidup la pokok tu sebab we all cume pergi during weekend or time cuti jer kan...

Ni aku taruk la sikit photos pembersihan kebun we all... Cik abang aku paling suke pergi kebun.. walaupun tak dek lagi pokok... Doa-doalah pokok-pokok tu hidup.. nanti boleh jugak nampak rupe kebun...

Layan jer la photos nie key!!






Seminar KSSR di SK Tmn Sri Muda 2

Last Saturday.. Our program is full ngan aktiviti sekolah anak-anak.. In the morning.. ada parenting day utk TASKI ABIM di Masjid Al-Falah, Taman Sri Muda.. Yang ini aku tidak dapat menghadirkan diri.. So hubby pergi sebagai wakil menemani Kak Ngah.. Tapi aku dpt join sekejap dr pukul 12 tgh sampai 12.45.. Satu kursus yang menarik yang mengjar kite, asas menjadi parent yang cemerlang, diajar dengan doa-doa dan aktiviv kerohanian disamping aktiviti mewarna, azan dan selawat utk anak-anak..

Pada petangnya, aku menghadiri taklimat utk KSSR i.e Kurikulum Standard Sekolah Renah. KSSR ni akan menggantikan KBSR.. SO, anak-anak tahun satu tahun 2011 merupakan perintis urk program ini... KSSR basically lebih menekankan pencapaikan anak-anak dr segala segi seperti moral, selain kurikulum.. Anak-anak skrg akan dinilai mengunakan band.. somethings like KPI utk kite yang berkerja.. Tak banyak yang nak aku ulaskan tapi basically, I wish the best for my daughter..

Cebisan photos utk point2 dalam KSSR..

Dimulakan dengan ucapan dr Guru Besar..

Point2 dalam KSSR yang sempat aku snap..



Sambutan Hari Ibu

Tahun ni dah 8 tahun aku melayari bahtera kehidupan berumah-tangga.. Cepat betul waktu berlalu.. Dari baju saiz 'S' dah sampai ke 'XXXL' huhuhuhu...  Sebagai ibu kepada 4 org cahaya mata, tiada yang lebih indah selain melihat anak-anak yang membesar dengan sihat dan cerdas... Keletah anak-anak yang menghiburkan dan kadang-kdang mengundang rasa geram dihati.. Tapi aku sebagai ibu, aku sentiasa mahukan yang terbaik utk anak-anakku...

Memulakan hari ibu dengan ucapan 'Happy Mother's Day' from my hubby... He's also send an MMS utk ucapan... :) kaka pulak bagi kad ucapan yang dibuat sendiri... Hubby bagi seluar 'aerobic'.. hahahaha.. Motivasi utk kehidupan yang lebih cergas.. Just layan kad ucapan dr kakak..


Hubby Besday!!!

Last Saturday, besday hubby!! Aku tak la prepare hadiah just buy a cake & card.. Next month la aku bagi hadiah.. sempena father's day kan!! Just layan photos hubby semasa potong kek yer... (Gambar tak cantik sebab x ready pun..)

" To my hubby, Semoga segala yang dicita-citakan tercapai dan semoga bahagia selalu, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki".

Kek utk hubby...

Sekitar 'pembakaran lilin'.. hehehe


Besday 'Boy'
Si Husna yang lebih excited tgk lilin atas kek..


Hubby ngan anak-anak.. Masing-masing nak potong kek


Upcoming Besday Hubby

Mencecah usia 8 tahun perkahwinan kami... Esok my hubby birthday!! Aduss... ape aku nak bagi utk hadiah dia yek??  Actually itulah dilema aku setiap tahun.. Nak bagi present kat husband punyalah susah.. Ker aku kurang memahami dia??? MEMANG PUN kan!!!

Nantilah.. aku beli jer la ape benda yang aku berkenan.. hahaha 'yg aku berkenan' tuh! bukan apa yang hubby nak kan!! Bagus punya isteri...

For my hubby.. bersabarlah dengan isteri kamu nie... :)

Siput Sedut Goreng

Dah berkurun aku tak makan siput sedut.. Tiba2 teringin plak nak makan.. so belilah siput sedut dalam 1/2 kg.. Sebab kat rumah tu cuma aku ngan hubby jer yg makan.. budak2 tu confirm la tak makan kan!

Selalunya siput sedut aku masak lemak cili padi jer.. tapi semlm rasa cam nak cube kelainan la.. so aku try la buat siput sedut goreng... Rupanya sedap jugak kalau siput sedut tu digorengkan... lebih kenyal.. Tapi as usualla.. aku kalau buat ape2 wajib pedasla kan.. Actually lately aku dah kemaruk makan makanan yang pedas2.. dah lama aku kurangkan makanan yang pedas nie...

Tgklah pic sidut sedut goreng aku... nyum2..

Ni yang belum dimasak key!


Ini yang sudah siap dimasak... Sedap tahap gaban!!! hahahaha


Resepi ciptaan sendiri key!! walaupun original recipe aku ceduk dr my resepi tapi aku as usual.. tak pernah follow original recipe ok!

Bahan2
Siput sedut- 1/2 kg
bawang putih - 2 ulas
bawang merah- 4 ulas
halia- 1 inch
Serai-2 btg
cili kering- ikut suke (nak pedas guna la banyak sikit)
sos tiram
sos cili
kicap

Cara-cara
1. Semua bahan hendaklah dikisar kecuali sos2 ok
2. Tumis sampai naik minyak then masukkan serai yang diketuk
3. Bila dah naik bau, masukkan segala jenis sos
4. Masukkan garam + gula sedikit
5. Masukkan air dan siput sedut
6. Masak dengan api yang kecil sehingga kering

So, kawan-kawan.. selamat mencuba...

Follower

Aku tak faham langsung la camne follower aku punya pic/icon tak display... Puas sudah ku cuba.. macam2 dah ku cuba.. tapi x berjaya gak... Kalau sape2 pernah mengalami problem yang same, silalah beri tunjuk ajar padaku key!
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie