-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Menyusu sampai 2 tahun?

Aku percaya.. semua ibu yang menyusukan anak-anaknya kalau boleh nak menyusukan selama mana yang boleh.. Paling kurang 2 tahun kan? Tapi bagi ibu-ibu yang bekerja.. kadang-kadang tuntutan kerja membataskan keyakinan utk menyusukan anak sehingga dua tahun... Aku sendiri..Disaat kekangan kerja membataskan ruang utk menambahkan sesi pumping kat tempat kerja.. Target 3 kali sehari selalunya cuma mampu sehingga 2 kali sahaja.. Sekali pun selalu key! Akibatnya... supply susu memang drop giler ar.... Melangkah ke setahun 2 bulan.. supply semakin meruncing... Sekarang aku dah start guna stok bulan 3 yang sudah hampir ke penghujung.. Warghh!!! risaunyer hati... Walaupun aku pernah menyusukan anak sehingga dua tahun.. Tapi cabaran tak seperti sekarang... Kadang-kadang hati tertanya sendiri.. Mampukah aku?

Review back tips in increasing milk supply... As usual.. Demand vs Supply... Tu yang paling penting kan!. Aku selalu terjah blog2 org yg berpengalaman menyusukan anak sehingga 5 tahun.. Kesimpulan yang aku buat adalah jangan sesekali putus asa key! Walaupun setiap pumping session aku sekarang nie jarang dapat memenuhi tuntutan harian.. aku masih yakin aku boleh bertahan... Aku tak mau sesekali fikir jenama susu ape aku nak bagi kalau susu tak cukup! Aku percaya.. mesti cukup punya...  Aku akan cuba amalkan balik cara pemakanan seperti yg dulu2.. banyak ambik serat, banyak minum air.. dan yang paling penting.. sentiasa berusaha utk yang terbaik...

Sedikit sedutan dr susuibu.com..


bg kes saya
anak saya minum susuibu sahaja sampai usia 5 bln 28 hari usia 5 bln 29 hari sampai 2 tahun 2 bulan dia makan solid food dan minum susu ibu serta minum air masak sahaja

tiada mknn atau minuman berperisa gula.garam etc sampai usia dia 2 thn 2 bulan
saya stop perah ketika usia anak 2 tahun 2 bulan tapi anak saya masih menyusu badan sampai usia 5 thn selepas usia 2 thn 2 bln tu dia mkn dan minum seperti manusoia biasa yg lain cuma dia tak minum formula milk..dia minum susu ibu dan susu cecair yang lain..tak ambil sebarang susu powder

Kalau org lain boleh, kenapa aku tak leh?? Betul tak??? Ya Allah.. Permudahkan segala urusan aku dalam menyusukan anakku mengikut syariatmu.... Kuatkan semangatku.. Jangan masukkan aku dalam golongan org2 yang berputus asa... Amin..

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie