-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Makan secara sihat..

Just for sharing and also as knowledge for myself.. di ceduk dari satu website yang I found very interesting...

Originally artikel from here.. Jom baca ramai2..

Petua Pemakanan Cemerlang


Tanggapan yang betul tentang makanan dan kesihatan ialah semakin kurang anda makan, maka semakin sihat tubuh badan anda. Jika anda mengalami sesuatu penyakit, jangan cari apa yang perlu dimakan untuk memulihkan penyakit, tetapi carilah apa yang anda selalu makan sebagai punca penyakit.
Sekarang ini telah banyak kecelaruan terhadap sesuatu nasihat dan anjuran pengambilan makanan. Jika anda berpeluang berkawan dengan mereka yang mendakwa pakar pemakanan, cuba perhatikan diri mereka, mereka sendiri tidak dapat merealisasikan teori yang diperjuangkan. Kadang kala ada di antara mereka kelihatan perutnya buncit, kadang kala ototnya lembik dan kadang kala mukanya berjerawat, ada juga yang jiwanya tertekan. Mereka juga tidak yakin dengan apa yang mereka katakan kerana apabila dihidangkan, mereka akan makan juga apa yang mereka dakwa “tidak boleh makan”. Mungkin teori yang diuji secara makmal di luar tubuh manusia (yang turut mengandungi kuasa akal dan roh) menemui teori tertentu mengenai nutrisi, tetapi mengapa dalam kes tertentu pengambilanya tidak mujarab malah mendatangkan kesan sampingan.
Terdapat juga teknik penyediaan makanan yang dianggap mampu menghasilkan nutrien dengan baik, tetapi sebenarnya mendatangkan mudarat seperti memerah limau di atas daging atau minum jika tercekik atau pemekatan sesuatu bahan makanan. Ada juga sesuatu makanan yang sepatutnya dimakan tetapi dilarang, dan yang sepatutnya dihindari, tetapi digalakkan. Contohnya minuman ais sepatutnya perlu diambil dengan kerap dan makan berfiber kasar seperti pisang sepatutnya dielakkan, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Dalam dunia perubatan klasik (allopathic medicine), apabila wujud sesuatu penyakit, mereka akan membuat kajian terhadap bahan yang terlebih atau terkurang dalam darah. Contohnya pesakit diabitis, didapati kandungan gula dalam darah berlebihan, maka dinasihatkan agar mengurangkan gula. Atau bagi pesakit yang mengalami tekanan darah rendah, mereka dinasihatkan agar mengambil bayam atau kerang. Atau jika seseorang yang mengalami kolestrol tinggi, pesakit akan dinasihatkan untuk memerah limau di atas daging yang ingin dimakan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu penyakit terjadi, didapati pesakit mengalami kekurang sesuatu zat makanan. Tetapi ini bukanlah bermaksud pesakit perlu mengambil dengan banyak makanan yang dianggap memiliki sesuatu zat. Sepatutnya nutrient yang berkurang hendaklah disukat kadar yang kurang serta kadar yang perlu diambil. Namun begitu, pengambilan nutrient semata-mata bukanlah penyelesaian kepada kekurangan neutrean dalam badan kerana jumlah neutrean dipengaruhi oleh faktor kemampuan tubuh untuk memproses, mencerna dan menggunakan nutrient yang diambil. Selagi organ dan sistem tubuh tidak mampu memproses nutrient, pengambilannya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Organ akan terbeban, nutrient akan disimpan dalam bentuk asid lemak dan urik asid, batu karang akan terbentuk di buah pinggang dan sebagainya.
Lebih malang lagi bagi sesetengah makanan, walaupun terdapat sesuatu nutrient, namun dalam satu makan yang sama terdapat juga bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Contohnya walaupun susu mengandungi banyak kalsium, tetapi susu juga mengandungi banyak protein yang akan membebankan hati dan buah pinggang .
Post ini akan mendedahkan kajian sebenar mengenai petua pemakanan berdasarkan konsep ilmu Colour Vibration Therapy. Kajian ini bukanlah sesuatu yang kontraversi memandangkan terdapat banyak pembuktian terhadap kesan pemulihan dan pengurangan simptom sesuatu penyakit.
Berikut ialah ringkasan pengenai sesuatu nutrient atau makanan serta kesan pengambilannya.
PROTEIN
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Protein tinggi seperti kobis, taugeh Sakit belakang hilang Mata kabur,
Mengambil makanan daging tinggi protein yang banyak seperti daging ayam, kuning telur Badan sasa Gatal kulit, kulit sensitif, berjerawat
Protein tinggi daripada soya seperti susu soya, tauhu, tau fu fa, tempe, kicap soya asli Cergas sementara Sakit kepala, tekak loya
Protein tinggi daripada susu tinggi protein atau susu awal lembu atau susu IGGPlus Badan sasa, hilang sakit belakang, mengurangkan simtpom kencing manis Mata silau, mudah demam secara tiba-tiba, masalah berkaitan buah pinggang, prostat dan masalah kencing
Protein teroksida daripada ikan yang diproses menjadi keropok dan fish ballatau fish cake Tinggi IQ Trouma yang sukardilupakan. Prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Protein tepu iaitu protein yang disalut kolestrol seperti makanan yang diperah limau, keropok lekor Tinggi IQ Strok, koma, sebu atau angin, prostat terganggu, masalah berkaitan kencing
Semua makanan tinggi protein akan menyebabkan seseorang diserang demam secara tiba-tiba, seperti demam urat, demam panas, demam denggi dan sebagainya. Kesan terhadap kanak-kanak ialah masalah kekurangan EQ dengan tanda seperti degil, keras kepala lurus bendul, belajar dengan keputusan kecemerlangan yang tidak seimbang contohnya keputusan peperiksaan seperti 3A, 1 B, 1C untuk UPSR atau 5A, 2B, 2C untuk PMR. Tidak sepatutnya keputusan C untuk pelajar yang bijak dan tinggi EQ nya.
MAKANAN TAMBAHAN
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makanan tinggi zat seperti spirulina dan multivitamin Menghilangkan simptom kencing manis. Memberi kecergasa sementara. Mencegah jangkitan penyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) Gangguan spiritual, kelesuan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein
VitaminC Mencegah jangkitanpenyakit (tidak dapat dibuktikan secara saintifik) Usus berdarah, melemahkan buah pinggang akibat batu karang
LOGAM BERAT
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Logam berat daripada bayam, mengkudu, kerang, hati
Pelupa, tekanan darahtinggi
Logam berat atau makanan berat zat seperti herba yang dipekatkan atau kopi campuran herba
Pelupa, keliru, mudah mengantuk, tekanan darah tinggi
Logamberat daripada kulit ikan yang ciri-cirinya licin danhitam seperti ikan keli, dan semua bahagian kepala ikan (walaupun ikantersebut kulitnya kasar dan cerah)
Pelupa, keliru
Logam berat jugaboleh didapati daripada bahan kimia seperti cat, peluntur, cat anti melekat di kuali atau periuk. Dalam bentuk air, ia boleh didapati di dalam air bertakung yang terjemur di bawah cahaya matahari dan sumber air tidak mengalir. Antara contohnya ialah air yang telah lama disimpan, air telaga yang disekitarnya tercemar dan sungai yang dicemari bahan buangan industri
URIK ASID
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Urik asid daripada makanan berwarna kuning dan masam seperti buah yang telah lama dipetik, jeruk, cuka, makanan yang diperam.
Gout, sendi tulang, kencing manis
Urik asid daripada yis yang digunakan untuk menghasilkan roti dan donat.
Gout, perasaan tertekan
Urik asid daripada daging ayam bandar terutama bahagian kulitnya.
Gout, sendi tulang
Urik asid daripada kopi dan teh yang diambil berlebihan
Gout, sendi tulang, tekanan perasaan, kekeliruan
Minuman bergas dan minuman berjenama Nescefe
Gout, jantung, berdebar,sendi tulang, perasaan tertekan
Semua protein, kolestrol tepu, perasa, perawana dan pengoksidaan makanan akan menghasilkan urik asid
KOLESTROL TEPU
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, perut, hati, serangga seperti belalang atau protein serangga Kekenyangan Buah pinggang lemah, masalah kencing, prostat, antibodi lemah, resdung, alergi
Kolestrol daripada minyak masak berasaskan tumbuhan seperti minyak soya, minyak kelapa sawit, minyak jagung (kecuali minyak bunga matahari, minyak kelapa dan minyak zaitun)
Jantung, mata kabur, tekanan darah tinggi
Kolestrol daripada daging lembu terutama daging berger dan diproses hingga teroksida seperti bakso
Strok, koma, tekanan darah tinggi
Semua kolestrol adalah ikatan protein dengan hidrogen. Kolesrol tepu ialah ikatan yang dicantumkan dengan asid amino seperti vitamin C. Kesan kolesrtol tepu juga menya mai dengan kesan pengambilan protein
TUMBUHAN MISTERI
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Tumbuhan pengurai (atau pengguna ketiga dalam rantaianmakanan) seperti cendawan atau kulat contohn ya seperti lingzhi ataugano atau pelbagai cendawan atau kulat yang dijadikan sayur Mengurangkan aktiviti kanser, cergas sementara Kelesuan yang amat sangat kerana tenaga diserap
KIMIA DALAM MAKANAN
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makananyang diletakkan perasa monosodiom glitumat MSG seperti makanan ringan dan makanan segera
Kesan seperti urik asid, kesan seperti protein tinggi dan kolestrol tepu
Makanan yang diletakkan perasa pedas
Usus berdarah
Makanan yang diletakkan perwarna seperti sirap dan mee kuning
Masalah buah pinggang, masalah kencing, masalah kelenjar prostat
Makanan yang diletakkan penahan seperti buah mata kucing, buah longan
Alergi, masalah penyakit kulit, kesan seperti urik asid
Makan yang dihasilkan secara kimia seperti kopi berjenama Nescafe
Gout, kesan seperti urik asid, tekana perasaan
BUNGKUSAN BERTOKSIK /BERADIASI
Makanan Kesan Sementara Kesan_Sampingan
Makanan yang dibungkuskan di dalam bekas bertoksik seperti polisterin dan botol plastik air mineral
Cirit-birit, gangguan hormon terutama kelenjar pitutari
Minuman yang dibungkuskan di dalam tetra pak seperti minuman kotak tarutama susu kotak kerana bungkusan boleh ditembusi bakteria
Cirit-birit
Makanan dalam tin yang distrilkan dengan radioaktif seperti sardin, laici atau buah dalam tin
Kereputan tulang, gangguan saraf, kesan seperti urik asid
NARKOTIK
Makanan Kesan Sementara Kesan Sampingan
Makanandan minuman berkoko seperti susu perasa coklat atau susu berkoko (milo, vico) kek coklat, coklat bar Cergas, melegakan tekanan perasaan Ketagihan, kelenjar tiroid terganggu, dahaga, hilang selera makan, peluh berlebihan, kehilangan banyak mineral seperti pottasiom melalui peluh, sembelit
Semua minuman kopi yang berkefen dan minuman berjenama Nescefe Cergas, tidak mengantuk Ketagihan, kesan seperti urik asid, kesan seperti makanan tinggi protein, tekanan perasaan, sembelit, buasir atau masalah usus
Kurangkan Herba
Sepatutnya herba diambil atas nasihat pengamal profesional yang arif mengenai herba. Herba tidak sepatutnya dijual secara terbuka di pasaran tanpa preskripsi. Herba yang disediakan dalam bentuk minuman dan makanan kesihatan tidak mendapat sebarang masalah dari segi kelulusan Kementerian Kesihatan dan tidak tertakluk di bawah Biro Kawalan Farmasutikal Kebangsaan. Oleh itu, pengeluaran herba dalam bentuk makanan atau minuman kesihatan banyak dilambakkan di pasaran.
Kawal pengambilan kopi campuran herba
Kini herba dipasarkan dalam bentuk minuman kesihatan. Contoh yang paling banyak ialah kopi herba seperti kopi tongkat ali, kopi lingzhi, kopi gano, kopi mengkudu, kopi kacip fatimah, kopi manjakani dan sebagainya yang dipasarkan dengan pelbagai nama sama ada dicampurkan pelbagai herba atau hanya sesuatu herba sahaja. Walaupun benar dakwaan terhadap terapeutik dalam sesuatu minuman tersebut, namun ia hendaklah diambil mengikut keperluan. Jarakkan tempoh masa pengambilan lebih kurang seminggu sekali dan hanya secawan sekali minum. Jika anda memiliki kemahiran menjalankan diagnosis Applied Kinesiology, sila gunakan kaedah tersebut untuk menguji sama ada anda sesuai mengambil minuman tersebut pada ketika itu atau tidak. Tetapi sekali anda tidak boleh mengambilnya, bukan bermaksud anda tidak boleh mengambilnya buat selamanya, ujilah lagi untuk waktu yang lain pula.
Walaupun minuman kopi yang dicampurkan dengan tongkat ali baik untuk kesihatan dan darah, tetapi pengambilan yang berlebihan terutama kesan daripada kopi yang diambil, ia akan mengakibatkan kadar urik asid tinggi hingga boleh menimbulkan simptom seperti gout, pedih perut, perasaan tertekan, kekeliruan, cepat mengantuk atau mengantuk ketika memandu.
Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma Longifolia Jack
Sebenarnya daripada keseluruhan akar tongkat ali, hanya 20% daripada bahagiannya sahaja yang mempunyai bahan khas untuk kesihatan dan kekuatan lelaki. Tongkat ali akan menjadi betul-betul mujarab tanpa kesan sampingan sekiranya 20% bahagian tersebut dikenalpasti dan diekstrak untuk dijadikan ramuan perubatan tongkat ali.
[kopi_x.jpg]
Bahagian yang lain mempunyai bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh malah mendatangkan kesan sampingan jika diekstrak keseluruhan bahagian akar tongkat ali tersebut. Antaranya ialah bagian akar rerambut, ia mengandugi banyak logam berat seperti fenol, tanin dan polisakarida. Logam berat boleh mengganggu saraf otak di bahagian Medulla Ablongata (NW8) yang boleh menyebabkan kekeliruan.
Terdapat juga beberapa bahan steroid di dalam ekstrak tongkat ali seperti Tanin dan Sildenafil. Sildenafil dalam kuantiti yang sedikit akan memberikan ketenangan dan merangsang Hormon Testosteron. Sildenafil yang diambil berlebihan boleh menyebabkan suhu badan tidak terkawal, mempercepatkan gerakkan jantung. Pengambilan sildenafil berlebihan akan menyebabkan kesan seperti pening kepala seperti migrain dan mata pedih seperti hendak tersembul hingga boleh menyebabkan buta (akibat kerosakan saraf mata) dan mematikan aktiviti otak sehingga mengakibatkan maut.
Hindari pengambilan mengkudu
Terdapat beberapa herba yang tidak sesuai sama sekali diambil tidak kira walau apa keadan sekali pun ialah mengkudu. Walaupun ia mempunyai antipengoksidan, namun ia mempunyai logam berat yang amat tinggi. Logam berat boleh mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2). Campurannya dengan kopi menjadikan logam berat tersebut terlampau aktif dan berasid tinggi. Antara kesan yang biasa terjadi kepada mereka yang mengamalkan meminum kopi yang dicampurkan dengan mengkudu ialah keliru [kesan urik asid yang membebankan Pankreas (NW15) yang mengganggu Medulla Ablongata (NW8)], pelupa dan hilang ingatan sementara [kesan logam berat yang mengganggu Kelenjar Pitutary (NW2)]. Dalam tempoh jangka panjang, ia akan menyebabkan tulang tidak mampu memendam urik asid dan boleh menyebabkan masalah Tulang (NW20) seperti sakit sendi.
Hindari pengambilan cendawan
Simbiosis manusia dengan tumbuhan hedaklah dalam bentuk yang saling seimbang sifatnya. Tumbuhan yang mempertenagakan ialah tumbuhan yang sifatnya memberi tenaga. Keadaan sesuatu sifat tumbuhan mempengaruhi sifat DNA dan RNA tubuh.
Semua tumbuhan berbunga adalah Primary Consumer (atau juga disebut tumbuhan pengeluar) yang berperanan memproses tenaga matahari menjadi tenaga. Manakala tumbuhan tidak berbunga (daripada kumpulan kulat, lumut, alga, paku pakis) adalah tumbuhan bukan pengeluar sebaliknya pengguna secara parasit dan juga pengurai (Third Consumer / Pengguna Ketiga dalam rantaian makanan). Dalam rantaian makanan, manusia ialah pengguna kedua dan kulat serta cendawan ialah pengguna ketiga.
Hukum Tenaga menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi ia boleh diubah dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain. Tenaga dalam rantaian makanan akan mengalir dari pengguna pertama ke pengguna kedua dan berakhir ke pengguna ketiga. Sekiranya manusia mengambil cendawan atau kulat sebagai makanan, bermaksud manusia meletakkan pengguna ketiga di dalam tubuh pengguna kedua. Dalam bahasa yang lebih mudah, tenaga daripada tubuh akan diserap oleh bahan daripada cendawan atau kulat.
Kulat atau cendawan yang biasa berada dalam pasaran ialah seperti Ganoderma atau lebih polular dengan nama Lingzhi. Lingzhi mengandungi bahan yang hanya terdapat di dalam batu arang iaitu Germanium. Memandangkan germanium ini berasal dari benda hidup, ia dipanggil Germanium Organic. Meletakkan germanium di dalam tubuh umpama meletakkan bahan api yang akan menggunakan tenaga di persekitarannya. Selain itu lingzhi juga mengandungi ergosterol, coumarin, manitol, fungal lysozyme, protease acid, protein yang larut dalam air, amino acid, polipeptidase, natrium, kalsium, seng, kobalt, dan mangan yang hampir kesemuanya merupakan logam berat.

0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie