-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Apam lagi..

Hajat hati nak re-arrange blog design.. Tapi x sempat lagi la... huhuhuhu... Sibuk sangat buat apam? hehehehe

Ni order dr Officemate.. alin yang comey.. hehehe.. Actually ni member lunch aku, tapi lately bz bebeno dia.. dah lama x kuar same2.. Hopefully dia suke la... walaupun sebenarnya dia mintak esok, tapi aku minta dicepatkan sebab esok nak buat tempahan utk hantaran bertunang. Sempena anniversary dia yg ke-4, aku doakan dia sentiasa berbahagia bersama keluarga dan anak2 yang comel tu (geramnyer nak cubit pipi Damia).

Walaupun dia mintak angry bird sume, tapi since dia mintak 150pcs, aku pun offerla buat 3 corak... :)


1. Apam Polkadot- saje taruk gambar hati satu tu.. ;)


2. Angry Bird

3. Ladybird

Wordless Wednesday

Apam Comel

Latest order.. Apam Ladybird & Angry Bird.... Apam Polkadot x sempat ambik gambar.. bateri habis daa....
Yang nie just flavour without filing... Hopefully she like it!


Dah banyak order terpaksa ditolak.. X cukup kaki tangan dah nie... Maaf yer kawan-kawan..:(

Aktiviti di kebun

Sekarang musim memukat ikan.. layan photos hasil memukat yerk..



 Tgk.. pokok mangga yang ditanam oleh partner aku dah berbunga.. Bunga sulung nie.. best :)

Lagi order

Sekarang nie ramai yang order angry bird plak.. ni gambar terbaru yer.. dah agak malas nak snap gambar.. huhuhu..


Pasang Pagar

Last weekend, husband & partner aku gi pasang pagar kat kebun.. Almost setahun pembelian tanah tersebut, we all cadang nak buat project cili fertigrasi (secara kecil-kecilan). Kenapa kecil-kecilan? sebba sayang nak korbankan pokok2 buah yang dah ditanam..

So, partner aku ajak pasang pagar.. dah beli pagar, bermulalah episod pemasangan pagar tersebut... Kesian gak la tgk diorang pasang pagar.. sakit habis jari & tangan..

Jom layan gambar diorang dok pasang pagar... :) Nampak cam professional tak? hehehe...






Harap-harap berjayalah project yang kami rancangkan tu... Nanti weekend ni aku ambik gambar keseluruhan kebun yang dah siap dipasang pagar yer...

Pemandangan di waktu petang

Semalam balik dari kerja, inilah pemandangan yang captured my eyes.. Subhanallah... Sangat cantik.. Walaupun diambil hanya menggunakan camera phone ajer (Bilalah nak dapat DSLR sebijik nie :(... ) Subhanallah...






Maha Suci Allah.. yang menciptakan seluruh alam...

Apam lagi

Latest photos of order received from last week






Sume order mix filing... Hopefully they are satisfied..

Kejadian Hari Sabtu

Kejadian hari sabtu lepas yang ingin aku kongsi... Jumaat malam selepas menghabiskan tempahan polkadot untuk delivery sabtu, aku tidur dengan nyenyak.. Pagi-pagi kene bangun awal, kejutkan anak-anak sebab nak keluar dari tumah pukul 7 pagi.. Nak buat delivery polkadot dan singgah plak ke sekolah anak (KAFA As-Shabab, Taman Sri Muda untuk Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang). Kebetulan plak lampu di bilik air terbakar, so terpaksalah guna lilin..

Didalam kelam-kabut untuk mengejar masa, kami bergegas dari rumah pada pukul 7 pagi. After delivery apam polkadot, terus menuju kesekolah anak.. Register dalam pukul 8 pagi... Sekitar majlis bukan topik utama cerita ku ini.. so aku skip jer la... :)

Balik rumah dah sampai pukul 12.30 tghhari.. Bukak pintu dan aku notice, ade asap dan lantai semua dipenuhi dengan habuk hitam.. Subhanallah... panik sekejap sebab rasanya aku tak bukak dapur gas pun pagi nie... Tak kan lupe tutup dapur gas kot? Pergi ke dapur tapi everythings normal. What happen? Aku pandang ke pintu bilik air.. Rupa-rupanya bilik air yang terbakar... Astagfirullah.. Otak dengan cepatnya menangkap kronologi kejadian.. Ni mesti kes lupa nak padamkan lilin nih!

Keadaan dalam bilik air itu memang hitam  (dinding & syiling x nampak rupa). Di luar bilik air atas pintu pun hitam kesan asap.. Flush air terbakar dan terpelanting ke luar (memang rentung dan paip air habis hangus.. Masya-Allah.. Kecuaian yang membawa padah! Kalaulah api itu merebak, mesti sudah rentung rumah kami.. Tapi mungkin keadaan bilik air yang basah dan lembab membantu mengawal kebakaran dari merebak..

Kesian suami ku.. satu hari bertungkus lumus membersihkan rumah.. Semua benda kene basuh balik disebabkan habuk hitam yang melekat disetiap penjuru rumah. Semua kain2 terpaksa dibasuh semula.. Sekurang-kurangnya.. biarlah kejadian ini menjadi iktibar untuk kami sekeluarga supaya sentiasa berwaspada...

Walaupun ini semua ujian, sekurang-kurangnya Allah amat menyayangi kami.. Cuma sedikit ujian yang Dia timpakan dah mampu membuatkan aku goyah..  Astagfirullah...

Ya Allah.. perkukuhkan keimananku.. jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur dan perkukuhkanlah kasih sayang antara kami semua..

Harga Apam Polkadot

Diatas permintaan kawan-kawan, dibawah adalah senarai harga apam polkadot yang aku ambik:-

MOQ: 50pcs
Apam Polkadot
Without filing- RM13

With filing-RM15
Flavour without filing- RM15
Flavour with filing-RM20

Angry Bird/Ladybird- additional charges RM5 per 50pcs.
Filing yg available:  blueberry/strawberry/chocolate/kaya/white bean/kiwi
Flavour yg available: Vanilla/ Pandan/Orange/Blueberry 

Order 2 days in advance... :)

Apam Polkadot

Lately tempahan apam polkadot agak banyak.. so, aku just nak upload gambar utk tempahan-tempahan yang dah diterima... Layan...











November Stories- Upcoming HSE Month 2011


Maaf kawan-kawan...
Sangat lama tak update blog yer... kesibukan yang teramat sangat...
Nest month HSE team company aku akan launch HSE Month for 2011. So, banyak preparation yang perlu dibuat. Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya committee aku sangat memberikan kerjasama only a few people yang agak negative kan.. Sebab HSE nie cam kerja sukarela.. x dapat ape-ape imbuhan kan!

But for me, personally aku suke.. sebab at least banyak yang kite boleh contribute to the company and also company staff. BUkan ape.. walaupun aku sendiri semakin bertambah berat badan.. tapi aku suke kalau dapat encourage org2 lain utk menjalani hidup yang lebih sihat dan juga dapat bersama-sama membuat aktiviti yang lebih sihat.Cuma aku risau jugak la.. takut tak dapat participant dari staffs.. Maklumlah.. diorang nie sume rajin bekerja.. Bab2 sosial nie, dari pengamatan aku, cume segelintir yang suka involve..

Walaubagaimanapun, HSE Committee dah bekerja keras untuk menjayakan program ini.. Thanks to all the committee yang personally bagi aku, giving a good support kan!Untuk next month, antara aktiviti yang we all dah plan adalah seperti berikut:-

1. Gotong-Royong
2. Blood Donation
3. Donation & Recycle Weeks
4. HSE Day Away- FRIM,Kepong
5. In-door Game Competition (ping-pong, checkers & carom)

Harapan aku, committee2 yang buat kerja tu akan dapat perhatian sikit dari pihak management.. Sekurang-kurangnya a token of appreciation.. Banyak dah jugak yang diorang contribute to the company on the HSE matters kan. Semoga HSE matters bukan sekadar di pinggiran.. :)

Congratulations Team! Keep a good teamwork and together we prove that we can do it!.

Banyak Nak citer.. Tapi...

Ha.. tengok tajuk tuh! Banyak betul benda yang aku nak citerkan.. tapi itulah.. limitation of time and also kesibukkan dalam menjalani kerja harian membuatkan semua benda yang nak diceritakan semakin terpinggir... Aduh! Yang penting Friday nie aku ade presentatiion unutk SHO Paper 4 aku.. Doakan aku berjaya yer.. Insya-Allah... nanti2 bila betul2 aku free.. aku buat entry berganbar yer .. Tapi tak janji :(

Kerja..

Dah malas dah nak sambung citer bulan september... Dah boleh consider basi kan? So boleh diabaikan la yerk... Aku nak kongsi satu citer yang sedang berlaku padaku di tempat kerja ku ini... Recently one of big person at our company just tendering her resignation. I pray for her best in future.. Tapi, yang aku nak citer nie.. aku sangatlah tak puas hati dengan cara pengurusan pihak Human Resources kat opis aku nie..

Aku tak kisah kalau organization nak rombak ker ape ker.. but please make it betul2.. All chnages on the organization tolong lah update dan buat proper ok!

Since the place is vacant.. my immediate boss skrg kene la turun menggantikan position tu (yang sebenarnya dipecah kepada dua). Department aku yang cume dua org nie (aku ngan boss aku) dah tinggal aku sorang. Yang paling aku tak puas hati, aku kene fully in-charge for the department i.e QA and HSE matter!. Walaupun recently aku just promoting as senior executive, for me the responsibility of the executive and Head of Department totally difference! Yang paling aku sakit hati, no black and white on that changes, tup-tup HR mgr simply buat announcement to all employees that now I'm fully in-charge for the department. Sebelum nie aku memang ade bagi taw yang aku tak nak accept that responsibility! but diorang suke2 jer bagi jugak that responsibility to me without any black and white! Sangat sakit hati key!!!

Bila aku tanya apsal tak dek black and white, jawapan dia same jer.. since no changes on your designation and job scope, only the responsibility instead reporting to QHSE Mgr now you directly report to Managing Director! Aku tak faham! How she define that there is no changes sedangkan responsibility and accountability kan dah lain! Poyo betul lah!

Huh! aku sakit hati nie!! Rasa cam nak lancarkan perang jer!!

Forgiveness: The glue for broken heart.

I feel fragile right now.. but this quote make me feel better.. Thanks azza... it's make me relieve.. Thanks You Allah..

Pray for those who hurt you. 
Pray for those who do not accept you. 
Love them for the sake of God. 
Pray that they realize their wrongs before they face their Lord. 
Pray that no one ever has to go through the same thing you did at the hands of this person. 
Love your oppressor for the sake of God, because love is the only emotion that is strong enough to penetrate a hardened heart, but know it will take time. 
Perhaps years, but you will be a better person because you chose to take the higher route: 
Forgiveness.

Ya Allah.. Permudahkanlah segala urusanku.. Tunjukilah aku jalan yang terbaik untukku.. Perkukuhkanlah semangatku.. Sesungguhnya Allah, Kau lebih mengetahui segala yang telah, sedang dan akan berlaku.. Ku serahkan segala urusanku kepadaMu...

Lindungilah aku ya Allah.. dari segala kesulitan, kesusahan dan kekufuran.. Kasihanilah aku ya Allah.. Janganlah Kau tinggalkan aku walaupun aku seringkali melupaiMu.. Ya Allah, Terima Kasih Ya Allah.

Cerita Bulan September -Part 4

Masih lagi bercerita pasalbulan membayar kifarah yer.. Lepas aku hilang sakit gigi, next monday hubby pulak admitted ke SALAM.. Due to slip disc problem.. so dia admitted from 12/09/2011 hinggalah 15/09/2011. The whole week yer..So aku jadi ibu tunggal la sepanjang minggu tu.. Nak dijadikan cerita.. Rabu malam Khamis pada pukul 11.30 malam paip dalam rumah aku pecah! Aduh.. syahdu betul la.. sebab anak-anak sume dah tido.. tinggal baby jer dok menangis nak suruh aku tidokan dia.. At first aku tgk air menitis dari paip air.. lama-lama makin laju.. So aku cubalah tutup kat luar.. tapi disebabkan aku x pernah tutup punca air, aku tak taw yang paip utama tu tutup cume sikit.. Aku pusing kepala paip tapi cam loose gitu..

At the same time baby dok menangis sampai aku tension, sebab tak tau nak buat ape.. Tiba-tiba paip tu tercabut dan disebabkan preassure air yg kuat, tak sampai seminit dalam rumah aku banjir.. Nak tak nak aku terpaksa menjerit memanggil jiran sebelah minta tolong... Baby memang nangis ketakutan.. Dahla aku call hubby tak angkat-angkat.. Sedih ooo... Rasa memang cam ibu tunggal plak!!! Nasib baik jiran aku datang dan tolong tutup paip utama.. Then husband jiran aku tolong repair kepala paip tu temporary..

Tapi tgk rumah dah tunggang langgang... Air penuh rumah termasuk semua bilik tidur... Warghh... rasa nak nangis pun ade... Sebab aku tak pernah alami benda nie kan... Biasanya kalau rumah banjirpun cik abang ade.. Dia yang settle semua.. Ni terpaksalah aku settlekan semua.. Jiran aku siap repair kepala paip tu dah kul 1 pagi.. Baby memang mengamuk la.. nak tidur.. Sebab dia still bf, so aku memang la kene lay down with her.. Disebabkan aku dah basah lencun, so aku just tukar baju then tidurkan dia...  Sangat letih ar... lepas dia tido, aku mop lantai.. tapi disebabkan banjir, so aku target ruang tamu, dapur dan bilik tidur jer.. Yang lain2 x settle lagi.. Then prepair baju sekolah anak-anak esok...

Dekat pukul 4 baru tido then bangun balik kul 6.30 pagi..Siapkan anak-anak gi sekolah dan barang2 baby utk ke babysitter, aku pun drive ke Klinik Kesihatan Seksyen 19. Nak gi kerja aku dah weng.. letih plak tu.. Tak cukup tido lagi..So aku gi cabut gigi and take mc.. First time cabut gigi.. so tak taw ape nak estimate. Masa cabut gigi okla.. letak bius.. Aku terus gi SALAM.. tengok hubby dalam wad sambil mengadu kejadian malam tadi.. Tapi kepala rasa weng sebab ubat bius dan rasa sakit sudah datang...so cakap kat abg nak balik..

Balik rumah telan ponstan terus tertido...  kebetulan plak letrik plak tak dek.. walaupun rumah tak siap cuci lagi.. Ingat petang baru nak start balik (after bangun dari tido). Bangun Tido dalam pukul 1.30pm. At the time hujan tengah lebat.  Aku bangun dan bersihkan semua rumah.. Sangat letih key! Baru nak rileks, tiba-tiba tengok air banjir sudah naik ekoran hujan lebat yang masih belum berhenti.. Dah lama kawasan we all tak banjir..  Makin alam air makin tinggi.. hujan masih lebat.. Call hubby bagitau.. kira-kira 2.30pm air dah start masuk rumah.. wargghhh... baru jer lepas bersihkan rumah sebab banjir malam tadi.. letih pun tak hilang lagi.. dengan kesan cabut gigi yang masih berdenyut-denyut.. Betul-betul ujian dari Allah...

Tak leh nak buat ape dah.. so biarjer la air masuk..Nanti aku sambung update with photos sekitar banjir yang melanda...

Cerita Bulan September -Part3

Kalau minggu pertama citer pasal raya.. Sekarang nak citer minggu kedua bulan september ni... Masuk minggu kedua (from 5hb onwards- pertama ke kedua ha??).. sakit gigi aku datang semula!!! Arghh.. this time lagi teruk ar... Berdenyut2 tak hingat la... So tak tahan sangat, on Monday which I'm suppost masuk kerja balik after long holiday, aku pergi Klinik Kesihatan Seksyen 19. Tak x berani pergi swasta sebab haritu pun lepas buat tampalan gigi aku kene infection sampai seminggu nak baik la.. Bila pergi klinik kesihatan, doktor tu cakap gigi tu sepatutnya kene remove la.. (or alternatively buat rawatan akar). Tapi dia x boleh on that day sebab gusi aku dah bengkak.. so ambik antibotik and ubat tahan sakit...

Malam menjelma, kesakitan itu semakin kuat berdenyut-denyut... Aduh.. Telan ponstan sampai 6 biji still x leh mengatasi rasa sakit itu.. Memang tak leh tido malam la... Pagi tu aku terus ke Salam plak.. Sebab memang tak tahan ooo... Rupe-rupenya gusi aku dah bernanah... So, doktor pecahkan and remove nanah tu... Masya-Allah... memang sakit rupanya bila gusi dah bernanah.... Serik jugakla aku.. So, doktor tukar antibiotik and bagi aku a very strong ponstan..  Alhamdulillah.. that ponstan worked for me.. Lepas telan jer, memang pengsan la tido...

Sakit gigi ini membuatkan aku MC untuk seminggu.. Dalam hati dah tekad, hilang jer bengkak gusi, aku nak cabut jer gigi nie.. Eliminate the source yang menyebabkan aku sakit.. huhuhu...  The whole week aku tak masuk kerja... The following week ingatkan boleh la masuk kerja.. tapi cik abg aku pulak hospitalized... Kenapa? Nanti aku sambung yer... Tungguu.....

Cerita Bulan September-Part 2

Sekarang cite part dua plak.. Sambut raya di Kelantan.. This year balik Kelantan agak singkat la.. So, tak sempat jalan-jalan sangat... Cume gi kenduri saudara mara jer la.. Raya kelima gi meminang bakal adik ipar untuk adik aku di Pasir Mas.. Meminang plus bertunang terus.. Tapi at the time, tak banyak gambo diambil.. sebab anak aku kan jenis tak nak ngan org.. Tak boleh letak langsung.. Akibatnya.. x dek la gambo yg best2...

Insya-Allah.. Majlis perkahwinan next year bulan 3... Layan photos yg kureng memuaskan nie... (actually gambo we all jer.. hahaha)







Itu jer la gambo nak upload... Nanti citer lain plak.. Part 3- Bulan membayar Kifarah...

Cerita Bulan September-Part 1

Terlalu lama rasanya aku tak update perkembangan dalam blog nie kan! Sejak balik dari menyambut Aildilfitri, inilah baru pertama cerita yang boleh ku kongsi... Pendek lata aku kene buat banyak2 part la kan.. Sebab semua cerita yang tertangguh.. :)

Bermula dengan cerita hari raya... Tema aku tahun ni hitam hijau..  Tapi gambar tak ambik.. Ade satu jer kot.. Sat aku nak korek.. ade tak... Nasib baik ade jugak sekeping.. tu pun tak bape nak elok.. Tapi oklah sebagai kenang-kenangan...




Gambar nie diambil pada petang hari raya pertama... Raya pertama tahun ie kami sambut di Perlis.. Walaupun turn aku, tapi memandangkan condition mak mertua yang tak berapa sihat dan cuti yang agak panjang, aku ajak hubby beraya dikampung dia dulula...

Next day (Raya kedua), kami bertolak balik ke Kelantan.. Bertolak pukul 12 tgh hari.. sampai Pasir Putih, Kelantan 12 tgh  malam... Ha.. 12 jam you.. Bukan ape.. We all sampai Tanah Merah kul 7.30 ptg.. Tapi jem dari Tanah Merah ke Machang punyalah lama.. Dua jam tak bergerak!! Finally dah tak tahan sangat, we all guna jalan kampung (lencongan) berpandukan GPS.. Memandangkan semua dah letih.. we all stop makan dulu then sampai balik perjalanan...

Yang penting perjalanan kali nie, aku menyaksikan sudah banyak hutan-hutan di Grik yang telah diterokai.. Aduh.. Sayang sungguh.. melihat aktiviti pembalakan yang semakin bermaharajalela... Layan photos yang sempat aku snap...

Nampak tak? Hutan2 yg diterokai sampai gondol.. :(


 Suasana di perhentian R&R.. Puncak bukit.. sejuk..hujan plak tu!


Itu jer la dulu.. Nanti sambung balik key!

Luahan Perasaan

Rasa sakit hati sangat!!!! Di bulan yang penuh barakah nie, di saat ini, ketika ini.. aku sangat SAKIT HATI!!! Tuhan jer yang tahu!!

Mana Mak?

Sebuah cerita yg ku terima dari e-mail..

Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”



Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.



Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"



Ateh  menjawab, “Entah.”



Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.



Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.



Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.



Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.



Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.



Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"



Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.



Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  



Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.



Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.



Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."



Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.



Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.



Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.



Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.



Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.



Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat."



Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.



Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.



Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.



Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.



Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.



Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "



Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."



"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..



Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    



Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa
. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Wordless Monday


Update gambar kebun jer!

Kebun dah memberikan hasil... just update gambar...




Seronok petik jagung... Isinya sangat manis dan lemak.. Tapi lupa nak snap gambar.. Dah selamat masuk perut... huhuhu

2 in 1 entry..

Entry aku kali ini adalah 2 dalam satu.. Maaf yer.. sebab kesuntukan masa sekarang nie..
First entry aku nak citer pasal pregnancy aku.. Dah confirm that the pregnancy will not make it.. After almost 3 weeks, the pregnancy finally leave us behind.. It’s gone! The scan show that it’s not exist anymore.. Kalau last 2 weeks pergi scan still nampak formation dia dalam kantung itu.. last week dah x dek.. Meaning the pregnancy is not surviving..  Ada sikit rasa sedih tapi Allah know better.. Tambahan pulak our financial this year not so good…

Actually last Sunday, aku mengalami pendarahan yang banyak sehinggalah hari isnin.. At the time also, darah keluar bersama beberapa ketulan darah beku.. At the time, naluri aku memang dah mengatakan yang pregnancy ini tak akan mampu bertahan.. Khamis aku pergi jumpa doctor as per appointment.. lepas scan, it’s show that there are still remaining leftover inside the womb. Doctor bagi ubat untuk menolong pengeluaran tersebut. However the medicine doesn’t help me..

The recent Sunday, pergi balik jumpa doctor tapi results dia still same.. the remaining still inside. Tapi not in large quantity.. so, I take a risk for a month to see and hoping that the things will go out with my next period. Kalau tak, I have no other option.. Terpaksalah undergo the D&C process… Which actually I’m prefer not to… Doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk kami sekeluarga…

Cerita kedua.. of course la pasal puasa kan! Tahun nie aku berazam nak puasa penuh, tapi disebabkan miscarriage nie yang memerlukan medicine intake, aku dah tinggal la satu hari… Buat kawan-kawan yang x sure boleh puasa ke tak, actually aku ada surf info for this. For my case, aku wajib berpuasa dan sembahyang seperti biasa… for details info.. boleh try masuk halaqah.net key!

This year, cabaran mendidik anak-anak berpuasa agak tinggi.. Kalau dulu bolah la control sikit anak-anak.. tapi this year aku dah suruh kak ngah berpuasa sama… So, banyak betul cabarannya… Kak Ngah manage to control tapi bila dah hampir berbuka puasa, dia mesti dah tak tahan dan curi2 makan.. Dugaan betul kat dia.. maklumlah.. adik-adik yang lain x berpuasa lagi kan.. time nak berbuka diorang dah rasmikan makanan.. Kak Ngah mesti tak tahan kan! Semalam siap curi2 minum air dalam bilik air.. Subhanallah anakku… Tapi sekurang-kurangnya dari lepas sahur sampai pukul 6.30ptg dia still boleh tahan la…

Kakak pulak.. 1st day sekolah aku dah cakap. Hari ni puasa so mama tak bagi duit belanja.. Tapi anak jiran aku cakap dia makan aiskrim kat sekolah. Geram betul aku! Bila aku tanya dari mana dapat aiskrim sedangkan mama tak bagi duit belanja, dia kata kawan belanja makan! Aduh!!!  Dekat sekolah camne nak kawal kan! Kantin sekolah pun bukak!! Boleh tak nak suggest supaya kantin sekolah ditutup dalam bulan puasa? Murid2 yang tak berpuasa kenelah bawak bekal dari rumah…

Weekend jer, bila semua ada kat rumah.. memanglah meriah rumah we all.. Bila semua dah lapar.. masing-masing buat hal.. Asyik bergaduh jer… Semua nak tunjuk baran masing-masing.. mama dengan papa terpaksalah put extra ‘sabar’ dengan karenah diorang kan!. Time puasa lapar giler.. tapi bila dah berbuka tak mo makan plak.. makan sikit dah kenyang.. sebab minum air banyak kan! Kadang-kadang geram jugak kan! Tapi mengenangkan kita masa budak2 dulu pun camtu jugak kan! So.. camtu la perasaan mak ayah kita masa melatih kita berpuasa kan J. Terima Kasih Mak sebab bersabar dengan karenah anak-anakmu…

Buat suamiku.. bersabarlah.. sama-samalah kita saling menegur satu sama lain sekiranya kita melebihi batasan dalam bulan puasa ini.. Terima kasih sebab sentiasa disisiku..

Buat anak-anakku… berlatihlah berpuasa .. semoga akan dapat membiasakan diri.. Mama sentiasa mahukan yang terbaik untuk kamu semua…

Sesungguhnya Ramadhan amat melatih kita mengawal diri kita dari segala nafsu amarah, nafsu makan dan minum yang keterlaluan dan nafsu-nafsu lain yang mengundang kemudaratan..  Terima Kasih Allah.. kerana masih memberikan aku kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini…
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie