-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Sahur yang terbabas...

Hari ke tiga berpuasa.. camne aku leh tak sedar utk bersahur???? Aduss... Alarm sikit pnya kuatpun boleh tak sedar.. tanya hubby pun dia sama, tak sedar... Terbangun kul 6.40am. Wafa siap tanya ngape dia tak bangun sahur hari ni... huhuhu...Nampak gayanya tak puasala anak aku hari nie.. Sayang sungguh..Hasrat nak masuk keje awal hari nie x jalan gak ar... ingat nak balik kul 4.30 hari nie.. Nampak gayanyer balik kul 5 gak ar...

Disebabkan aku tak bangun bersahur, hati aku agak resah.. Takut gak ar milk supply drop.. But Alhamdulillah... 2x pumping kat office dapat gak ar 12oz... Tersangatlah bersyukurnya aku... Body still ok, masih boleh tahan ar... walaupun dahaga sikit... Tapi aku masih kuat menjalani ibadah puasaku ini sambil menyusukan anak aku.. Insya-Allah... aku yakin boleh.. Target aku nak berpuasa penuh this year.. So dapatlah aku berpuasa penuh untuk 2 tahun berturut-turut.. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini sambil memudahan urusanku menyusukan anakku itu... Amin...

 Terfikir gak ar... Kan banyak lemak dalam badan aku nie... time camni la lemak-lemak nie nak membantu aku utk survive.. hikhikhik.. Aku tak kisah, asalkan susu utk anak aku sentiasa mencukupi aku akan terus berusaha memberikan yang terbaik utknya...

Husna sekarang 5 bulan beratnya dah 7.5Kg... That's prove that she got enough milk.. Sayang anak mama..

Husna 5 Months

Cukuplah sudah Husna 5 Months... Dia membesar ngan kuat & sihat... Bahagianya hati mama melihatkan perkembangannya yang positif. Next month dah boleh start introduce makanan kat dia..

Sekarang dia dah pandai menirap & terlentang dan menirap semula.. Dah boleh pusing2.. dah start nak 'gostan'.. yang paling penting she so nice.. x banyak perangai.. menangis bila lapar or mmengantuk jer.. other than that, she carry herself very well...

Doa mama agar Husna membesar dengan sihat...

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie