-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tauhu Bakar

Semalam aku demam.. Agaknya akibat makan rebung hari tu kot... Huhuhu.. Sebelum demam tu kuat sempat gak la aku buat tauhu bakar untuk makan petang and muffin untuk budak-budak tu...

Ni la rupa Tauhu bakar itu.. yg nampak sume sayur2 jer kan.. hehehe..
Resepi Tauhu Bakar

Tauhu dibakar sesuka hati
Taugeh dicelur
Ubi Sengkuang dihiris memanjang & halus
Timun dihiris memanjang & halus

Semua bahan2 tu dipotong dan disiram kuahnya..

Cara membuat kuah Tauhu bakar
Cili boh atau cili giling (aku lebih suke guna cili kering diblender)
Gula pasir / Gula perang (aku lebig suke guna gula melaka)
Bawang putih diketuk
Bijan digoreng tanpa minyak

Cara-cara
Semua bahan2 dimasak sehingga pekat (kecuali bijan)
Bila dah pekat masukkan bijan & ready to serve..


Ini pulak rupe muffin yg aku buat tu.. Disebabkan mangkuk muffin tak dek.. so aku guna kertas utk buat kuih tu jer.. so muffin dia x merekah ler.. Janji budak2 tu suke...


Muffin ni actually muffin vanilla yg memang simple nak buat.. yg coklat tu aku alter sikit jadikan choc chip muffin.. Bahan2 dia same jer cuma utk choc chip tu aku masukkan serbuk koko and choc chip jer...


Resepi Muffin Vanilla

Bahan-bahan


8 tbsp mentega, dicairkan
4 cawan tepung
2 cawan gula
2 cawan susu segar
4 tbsp baking powder
1 tsp garam
2 biji telur
1 tbsp esen vanilla

Cara-Cara
Gaulkan kesemua bahan hingga sebati
Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin
Bakar selama 20minit/180C.

5 Nukilan Rasa:

  1. ciannyer dia demam...jaga kesihatan bebaik...memang skrang nie ramai yang demam...

    BalasPadam
  2. Mak ai demam2 pun masih dpt masak yg kaw kaw... cayo lah. Semoga cepat sembuh.. Demam sbb nk dah start kejer kot.. :)

    BalasPadam
  3. Betul la Zai.. skrg musim demam..yg pelik demam ptg sampai malam... siang ok sikit..

    Alin, mungkin gak la.. teringat kerja terus migrain datang.. hahaha. Tak pun sebab x dpt join gi langkawi...:(

    BalasPadam
  4. cik mai...rebung tu jgn la mkn smpi anak dh besaq. sejuk tau. tu yg blh smpi demam tuh. ada org smpi kancing gigi sbb mkn rebung

    BalasPadam
  5. sampai kancing gigi? huhuhu.. takutnya.. lepas nie x makan dah.. syok la cik hubby saya boleh makan sorang2..

    BalasPadam

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie