-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Kontes Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku



Kontes ni dianjurkan oleh Zaidah sempena besday dia and also incoming Mother's Day.. Aku join kontes ni bukan sebab hadiah atau apapun memandangkan ada syarat2 yg tidak mampu aku penuhi.. Aku join kontes ini sekadar ingin meluahkan betapa pentingnya ibu yang menjadi sumber inspirasiku...

Ibu Kaulah Sumber Inspirasiku..

Kelahiran aku kedunia mungkin bukan apa yg kau harapkan.. Tapi aku bersyukur ibu, kerana kuatnya semangatmu mengandungkan aku tanpa seorang lelaki yang bergelar suami disisimu.. Jerih perit yg kau tanggung kerana mengandungkan aku hanya dirimu yang tahu.. Walaupun setelah aku dilahirkan, engkau tidak lagi membesarkan aku tapi aku bersyukur kerana semua pengalaman itu membuatkan aku menjadi seorang insan yang tabah..


Ibu.. walaupun tidak ada satupun gambar kenangan kita berdua, tapi dihatiku telah terukir potretmu.. Doakan aku ibu, semoga aku beroleh segala kasih sayang dan rahmat dariNya dalam meniti kehidupan ku di dunia ini... Sesungguhnya ibu, jasamu mengandungkan ku tidak mampu aku balas dan aku semakin mengerti pengorbanan seorang ibu kerana aku jua bergelar ibu... Ibu, aku sentiasa menyayangi mu walaupun tidak pernah aku ucapkan dengan kata-kata...


Buat ibu yang membesarkanku.. tiada satu katapun yang mampu membalas segala jasa dan pengorbanan mu... Biar jauh mana sekalipun kakiku melangkah.. jasa dan kasih sayangmu terpahat kukuh disanubariku... Terima Kasih Ibu...





1 Nukilan Rasa:

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie