-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bicara Hati

Aku ade baca blog kawan aku, dia kate yang dia semakin hari semakin sayang... hehehehe

Aku? Semakin hari semakin ape yek? hahahaha... Biarlah jadi rahsia ku jer.. malas ar nak kongsi.. hahahaha... Tapi one things for sure, semakin lama hubungan kite, makin banyak komitment and semakin banyak dugaan.. Itu yg kalau tak jaga hubungan jadi hambar dan ramai yang rasa tak seronok dengan hubungan tersebut..

Aku? I did notice some changes in the relationships as the times goes by.. Sekarang nie lebih banyak kene jaga & pujuk diri sendiri.. kadang-kadang bosan! Kadang-kadang ok!..  Tapi sekarang aku nak rileks.. buat no comment.. (I reserve may comment for myself). Boleh camtu??

Safety Officer Examination

Confirmation on the Safety & Health Officer examination already received on 6th December 2010. Alangkah risaunya hati aku.. Sebabnya rasa cam tak bersedia jer... huhuhuhu...

Paper I shall be on 28/12/2010, Paper II and III will be on 29/12/2010. Soalan utk paper 4 pun dah dapat which is  shall be submitted latest by 25th January 2011.

I have to study since banyak dah theory yang aku dah lupe... huhuhu... Doakan kejayaan aku...

Just makan-makan

Dah lama tak update pasal anak-anak kan? Sebenarnya tak dek ape yang aku nak update sangat.. So, aku upload gambar anak-anak yang terkini dah la kan!. Gambar nie aku ambik masa bawak diorang gi makan-makan KFC kat Bukit Kemuning... Layan....

Husna.. Dah pandai duduk, berdiri dengan support, bertatih dengan support..

 My favourite photos...
 Style senyum dia sekarang bila taw org nak ambik gambar...
 Kak Ngah & Huda.. Seronok makan KFC
 Kakak yang dah rajin bertudung sekarang nie..
 Nyum2...

Seronok tengok anak-anak yang semakin membesar...

Launching HSE Month

1st December, Aku bersama HSE Committee di tempat aku telah melancarkan bulan HSE. Alhamdulillah.. segala perancangan berjalan dengan jayanya....

Layan our photos..

Our HSE Comittee Members

During the events..



 Bacaan doa pembukaan


Time makan-makan..

1st Aid Demonstrations..


Dengan Kak Raziah.. Breastfeeding mother (teman jemaah)

Banyak aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan nie.. Insya-Allah.. nanti aku update dari masa ke semasa..

Jalan-Jalan ke Bukit Cerakah

Last Sunday bawak anak-anak jalan-jalan ke Bukit Cerakah, Shah Alam. Saja ke sana since Saturday we ols tak dek gi mana-mana.. Just lepak kat rumah jer kan.. Ahad tu bertolak dr rumah pun dah kul 3pm.. Reach there kul 3.30.. Pay entrance fees rm3 fro adults and RM1 for kids 12 years and above. Niat hati nak rent bicycle.. tapi sebab ade baby susah la plak kan.. So we ols jalan kaki jer la... Nak naik bas crowded sangat..

We ols cume jalan-jalan ke Taman Padi, Taman Rumah Idaman, Taman Haiwan, Taman Arnab, then pergi Rumah 4 Musim. Tapi tutup la plak.. So lepak-lepak kat Taman permainan jer...

Then hujan turun plak!! Apalagi... terus kelam kabut berjalan balik.. Nak naik bas pun sama.. too crowded.. malas nak tunggu sama.. Jadinyer.. sempat la mandi hujan sikit... hahaha..

Layan ajelah...








Wafa n Results Examnya 2010


7 November 2010 is my eldest daughter convo for her Tadika ABIM for the whole Selangor. Konvokesyen di Dewan Seksyen 11, Shah Alm. On that day she will perform ' A Little Khalifah' song..

We reach there at 7.45am, register & terus masuk dewan. Majlis akan bermula pada pukul 9 pagi.. Since she need to do early prepartion for her 'show', so we all pergi awal.. Bila masuk dewan, selak buku yg diberikan, mata aku terpandang senarai Pelajar Cemerlang & Terbaik utk negeri Selangor bagi Tadika ABIM Shah Alam. Di ruangan Peajar Terbaik, nama anak aku ada disitu.. ( Pelajar terbaik & Cemerlang is not being told in advance). So, we both are very surprise.. She's at no.5 among the best students! Alhamdulillah... bukan senang nak tercalon dalam pelajar terbaik bagi Tadika ABIM di seluruh Shah Alam. Alhamdulillah.... So, harini banyak kali la dia naik pentas...

Doaku utk anak ku ini, semoga dia membesar dengan penuh kasih sayang dan mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan juga di akhirat... Amin...

Layan her photos during the event..Sijil Pelajar Terbaik & Tamat Tadika


 Trofi Pelajar Terbaik
 Tengah beratur utk memerima sijil..



 Selepas menerima trofi & hadiah berupa beg sekolah

 On the Stage with other Best Students..


 With her teacher & Sister- Cikgu Su & Kak Ngah

 With me, her mother..
  and her father...
 

Sorry.... gambar kurang memuaskan sebab salah set resolusi... huhuhu...Nak upload video persembahan dia lama betul.. malas la aku..Tak per la.. aku buat personal collection jer la..

October Bulan Ujian

Dah lama betul aku tak update blog.. Kesuntukan masa amatlah membataskan aku utk berblog.. October merupakan bulan yang paling menuntut kecekalan aku.. Bulan yang membuatkan aku muhasabah diri.. dan sepatutnya menjadi bulan yang mampu melembutkan hati aku...

October, Bulan yang memerlukan komitment aku yg extra dalam tugasan aku.. dan bulan itu juga aku menerima pelbagai berita buruk.. Kalau tak kuat semangat, ntahla...

Secara ringkasnya.. Kronologi October 2010 utk aku..

Whole Month: Busy with ISO 9001 project
7hb ~ 11hb : Mak admitted due to Chronic Kidney Failure (which really give a deep impact to us!)
8hb : My uncle passed away
12hb: Dpt berita atuk dah uzur..
13hb: Atuk passed away....

Yang aku sedih sekali, tidak satu pun yg mampu aku hadirkan diri disebabkan dateline utk ISO project aku dah tight.. X boleh bercuti... Alangkah sedihnya hati ini...

Walaubagaimanapun, ku kirimkan doa dari kejauhan.. Semoga mereka sudi memahami keadaanku di saat itu..

Major Task for The Year

Alhamdulillah... Major task aku tahun ni dah berjaya disempurnakan... Finally kami dah achieve ISO9001:2008 certification for the whole group of companies (7 companies at the same times) without engange any consultant... Task yang amat memerlukan comitment dari aku disaat banyak komitment utk keluarga yg perlu diberi perhatian..Hampir sebulan berkampung di office utk menyiapkan semua task2.. review semua perkara...

Dalam masa sebulan aku n en.boss bertungkus lumus menjana idea utk achieve the certification. Finally we did it!! Congratulations to all staff yg sama sama berkerjasama... :)

Sakit..

Semlm aku dpt panggilan dr kakak sepupuku yg membesar bersama kira2 pukul 12.30 tghhari... Dia inform aku kata mak aku sakit ala2 minor strok.. Aku mintak kebenaran En.Othman utk bercuti dan balik kg.. sebab hari nie sepatutnya aku kene monitor training yg aku dah arrange utk ISO 9001:2008 for all our staffs. Tapi nak buat camne, dah emergency aku terpaksa meninggalkan tugasan aku dan menyerahkan kepada Sani utk act on my behalf... Alhamdulillah... sebab aku dpt seorang boss yg cukup memahami...

Balik kerja kemas2 barang terus bertolak balik Kuantan... Hati aku hanya Allah yg tahu...Bertolak agak lambat dr rumah sebab kete plak tibe2 buat hal... Sampai Kuantan dah 2.30pg... sangat lambat sebab dah mengantuk sangat so banyak berhenti.....

Alhamdulillah.. hari nie mak dah ade improvement.. Paling aku x leh lupe respond mak bila tgk aku... Betapa happynya dia...

Sekarang mak cakap pun x bape nak ok.. Aku cam susah sikit nak faham, but Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya dia tak terukkan.. Semoga mak selalu sihat.. dan semoga aku berkesempatan membalas semua jasa mak dalam membesarkan aku....

Husna dah tumbuh Gigi!!!

Bulan ni Husna dah 6 bulan!!. Berat dia masa gi cucuk haritu dah 7.9Kg.. Slightly increase from previous weight.. Malam tadi aku notice yang dia dah start tumbuh gigi... Sebab tu sekarang nie dia x mo hisap susu sangat...  Dengan excitednya aku inform Hubby.. Antara conversation aku ngan hubby...

Aku: Abg.. Husna dah tumbuh gigi ar  (dengan excitednyer)
Hubby: Tipe ar... dia baru 6 bulan, takkan dah tumbuh gigi..
Aku: Betul... Apela.. 6 bulan memang dah start teething ar.. Cuba abg masukkan jari rasa..
Hubby: Iyela... (Selepas memasukkan jari ke mulut si comel...)

Wah... anak mam dah pandai.. dah tumbuh gigi.. Hopefully dia akan membesar dengan sihat.. :))

Sekarang Husna dah pandai bergerak dan dalam proses nak cuba2 merangkak...

Trisystems The Biggest Loser

New program for HSE has been launch i.e 'The Biggest Loser'. Aku letak program nie dalam HSE program to encourage all employees to gain an ideal weight. The program mengambil masa selama 3 bulan bermula september until november 2010. Untuk qualified masuk, peserta mestilah mempunyai BMI 25 and above dan untuk merebut hadiah yg ditawarkan mestilah mengurangkan sekurang-kurangnya 5% dari berat badan original..

Alhamdulillah, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan... nanti2 aku update progress bila berkesempatan.. ni la gambar antara2 peserta yg memasuki program ini...


Wish all the best and good luck!.. Semoga kita akan sama-sama menjalani kehidupan yang lebih sihat.. :)

Sahur yang terbabas...

Hari ke tiga berpuasa.. camne aku leh tak sedar utk bersahur???? Aduss... Alarm sikit pnya kuatpun boleh tak sedar.. tanya hubby pun dia sama, tak sedar... Terbangun kul 6.40am. Wafa siap tanya ngape dia tak bangun sahur hari ni... huhuhu...Nampak gayanya tak puasala anak aku hari nie.. Sayang sungguh..Hasrat nak masuk keje awal hari nie x jalan gak ar... ingat nak balik kul 4.30 hari nie.. Nampak gayanyer balik kul 5 gak ar...

Disebabkan aku tak bangun bersahur, hati aku agak resah.. Takut gak ar milk supply drop.. But Alhamdulillah... 2x pumping kat office dapat gak ar 12oz... Tersangatlah bersyukurnya aku... Body still ok, masih boleh tahan ar... walaupun dahaga sikit... Tapi aku masih kuat menjalani ibadah puasaku ini sambil menyusukan anak aku.. Insya-Allah... aku yakin boleh.. Target aku nak berpuasa penuh this year.. So dapatlah aku berpuasa penuh untuk 2 tahun berturut-turut.. Semoga Allah memberikan aku kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini sambil memudahan urusanku menyusukan anakku itu... Amin...

 Terfikir gak ar... Kan banyak lemak dalam badan aku nie... time camni la lemak-lemak nie nak membantu aku utk survive.. hikhikhik.. Aku tak kisah, asalkan susu utk anak aku sentiasa mencukupi aku akan terus berusaha memberikan yang terbaik utknya...

Husna sekarang 5 bulan beratnya dah 7.5Kg... That's prove that she got enough milk.. Sayang anak mama..

Husna 5 Months

Cukuplah sudah Husna 5 Months... Dia membesar ngan kuat & sihat... Bahagianya hati mama melihatkan perkembangannya yang positif. Next month dah boleh start introduce makanan kat dia..

Sekarang dia dah pandai menirap & terlentang dan menirap semula.. Dah boleh pusing2.. dah start nak 'gostan'.. yang paling penting she so nice.. x banyak perangai.. menangis bila lapar or mmengantuk jer.. other than that, she carry herself very well...

Doa mama agar Husna membesar dengan sihat...

Sedih & Terkilan

Ingat tak entry aku pasal we all plan nak hantar anak sulung aku WAFA ke sekolah rendah agama Integrasi.. Last month she have sit for the test and the result already come out. Unfortunately dia tak dapat.. Alangkah sedihnyer hati aku.. dan dia juga kecewa.. keep on asking why she don't get the school. Because she say that she can answer the test agak baik..

Disebabkan we all pun x taw her passing mark (it's school P&C), so nak question byk2 pun tak guna. Hari nie aku ngan hubby pergi sekolah tu untuk buat rayuan. The administration said that they accept only the appeal but no guarantee that it's will be processing... Aku harap-harap pihak sekolah boleh consider utk rayuan tersebut.

FYI, for next year thn 1, seramai 500++ candidate yang dtg mencuba nasib utk merebut 200 tempat yang ditawarkan... peluang untuk anak-anak yang sederhana saja pencapaian dia memang susah sikit la... sebab test dia meliputi BM,BI,Math, Jawi, Penulisan, Mewarna dan juga oral. Semua test tu conducted in 2 hours time. Wafa cakap yang dia x sempat nak siapkan... Maybe sebab itu kut she couldn't get flying mark kan..

Walaupun result yg mengecewakan itu sudah keluar, tapi aku masih berharap pihak sekolah SRAI seksyen 19 can consider our appeal. Doakan yang terbaik utk anak aku key!

Wedding Hazirah & Dzar

Congratulations my cik ar & dzar for their wedding... We ols sempat gi yang belah lelaki jer... Majlis kesyukuran belah lelaki diadakan di Sri Hartamas Plaza, WIndsor. It's like a pool party (casual & santai). AKu gi kejap jer.. lepas makan terus balik sebab tak tahan anak2 nak terjun kolam.. hahaha..

Photo family ngan pengantin....



Buat Hazirah & Dzar.. Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat kalian berdua.. Semoga cepat2 dapat cahaya mata... :)

Kesihatan tak menentu..

Dah lama tak batuk.. masuk minggu ni dah seminggu aku batuk + selsema.. antibiotik pun dah habis telan (which resulting my milk supply drop drastically..) Tu pun doctor bagi a very mild antibiotik.. So aku dah habiskan antibiotik tu.. (sebab tekak dah ade infection sikit kan.. telan jugak ar..) Tapi sampai sekarang pun still x ok lagi.. makin teruk ade ler.. cume tekak tu dah kurang la sakit..

The sad things is, the whole family dah berjangit including my little princess... Hopefully my baby akan sihat sebab aku sangatla risau nanti takut dia kene bronkitis plak which may lead to asthma. Maklumlah baby x leh makan ubat ( x digalakkan.. ). Agaknyer sebab dah tua nie kan, aku batuk sampai sesak nafas. Doctor siap tanya samada aku ade asthma ker.. So far aku x dek asthma tapi manalah tau bila dah tua nie kene asthman plak.. kan!!! itu jer la perkembangan terbaru aku..sat gi aku entrykan we ols gi kenduri kawin officemate.. :)

HUSNA DAH 4 BULAN!!

Semalam cukupla sudah Husna 4 bulan... Senangnyer hati aku melihat anak aku yg semakin sihat dan membesar bagaikan johan... Perkembangan Husna dah masuk 4 bulan nie...

- Dah pandai menirap dan mampu bertahan lebih lama dr biasa.
- Dah suke tengok TV
- Kadang2 dah pandai merengek nak suruh aku dukung bila nampak aku lalu
- Kalau tgh BF, aku bercakap ngan suara yg agak kuat, dah pandai stop dr BF n bagi 'renungan maut'
- Suke sangat bersembang and rajin senyum..

Semoga Husna membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.. Amin....

My New Medela Freestyle

End June recently, I just bought a new pump menggantikan single pump aku yang baru 2 bulan ku gunakan.. Reason aku beralih kepada Medela Freestyle kerana dia double pumping and compact. Lagipun menggunakan double pumping is better than single pumping.. Aku sayang gak la kat Safety Plus gen2 aku tu.. sebab it's not so bad cuma disebabkan ia single pump, dia ambik masa sikit utk aku menjalankan aktivi pumping kat office i.e menyebabkan aku selalu kene terburu2 bila pumping. So bila terburu-buru, kurangla sikit production aku kan..

Medela Freestyle aku nie amatlah stylish dan comfortable. Lagipun ia dilengkapi ngan ION battery dimana aku x perlu la beli bateri 2A lagi bila x dek bekalan letrik kan.. contohnya semasa travel dalam kereta.. Selepas memikirkan semasaknya aku mengambil langkah berani utk invest dlm pump nie.. dan Alhamdulillah.. sejak menggukan pump nie, aku dah boleh cover stok EBM yang semakin merosot sejak aku gi Training SHO.. Hopefully, aku akan lebih rajin dan mampu menyimpan stok yang banyak dan mencukupi utk anak aku...

Big thanks untuk kak Raziah yang sanggup mengorbankan turn kutu dia bulan nie demi aku..( Thanks gak kat Alin for the idea..:) Disebabkan itu aku mampu membeli my new Freestyle (It's a big lump sum of money key!).. and thanks also to my hubby yang sentiasa memahami...

So sekarang aku nak let go pump aku tu.. And pump yang aku nak let go nie brand new sebab aku tak pernah guna lagi. Pump safety plus aku hantar servis and get a new one as replacement.. Sape2 berminat boleh contact aku.. hehehe

Ya Allah, Permudahkanlah urusan aku dalam kehidupan ku, Perbanyakkanlah susuku agar sentisasa mencukupi untuk anak ku, Permudahkanlah urusanku untuk menyusukan anakku mengikut syariatMu.. Amin..

Certified Safety Officer

Sorry... Sekarang nie dah lama bebeno aku x update blog.. Bukan ape.. x sempat..

Sekarang nie aku tengah mengambil course 'safety & health officer' kat NIOSH, Bangi... Aku ambik modular course i.e every month aku akan attend kuliah for one week. This course shall be end on September soon. Aku plan to sit for the exam on December. Doakan aku yer..


Course ni agak mencabar and seandainya lulus exam and also registered ngan DOSH, tanggungjawab yg akan digalas tersangatlah berat. No wonder gaji 'Certified Safety Officer' and reach up to RM10K. Aku? Aku ambik course ni sebagai cabaran dalam hidup aku... Next year aku plan nak ambik degree... Insya-Allah aku akan berjaya... Amin...

Petua banyakkan susu

Info from anamarza.

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:
  • Cekur Manis
Image
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com





  • Kacang Tanah
Image
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
  • Air Longan
Image
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)



  • Halba dan Jintan Hitam
ImageTerdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

  • Bunga Melur
ImageBunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
  • Lobak Putih
Image Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.



  • Pucuk Betik
ImageAir rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.



  • Tuaman Daun Sirih
ImageSapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak



  • Jantung Pisang
ImageJantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.



  • Makanan Tinggi CLA
Image
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
  • Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu

  • Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
  1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
  2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
  3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – goreng atau sup.
  4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan pada makanan sebelum dimasak.
  6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan pada roti atau cicah pada lempeng susu beroat
  7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
  8. Barli – air atau bubur barli.
  9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dan tempe.
  12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
  13. Air horlicks
  14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akan menyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurang kalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlah kalsium ya!)
  15. Teh hijau jepun
  16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuk sendi dan membantu penghasilan susu.
  18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum air dan kacangnye sekali.
  19. Ubat homeopati.
Pemakanan bagi ibu menyusu nie info yang aku ambik dari myhealth.gov.my . Kenapa? Sebab sekarang nie aku asyik lapar dan agak risau dengan corak pemakanan aku...

Just for info & sharing...

Pemakanan Semasa Laktasi

Mengapakah Pengambilan Makanan Yang Seimbang Penting Semasa Menyusukan Bayi ?

Ini adalah kerana :
  • Untuk membekalkan diet yang mencukupi bagi menggantikan simpanan tenaga yang berkurang semasa menyusu bayi
  • Bagi menggalakkan pemberian dan penghasilan susu badan yang mencukupi untuk perkembangan bayi
  • Bagi memperoleh kembali berat badan yang ideal ( iaitu mengurangkan berat badan yang meningkat semasa mengandung)
  • Mengelakkan pengurusan pemakanan yang salah dan boleh memudaratkan diri sendiri dan bayi


Apakah Panduan Asas Pemakanan Semasa Saya Menyusukan Bayi?

Dengan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, panduan asas pemakanan perlu diikuti iaitu :

  • Kepelbagaian - Hendaklah makan dari semua kumpulan makanan makronutrien dan mikronutrien
  • Mengikut porsi - Digalakkan meningkatkan pengambilan makanan dari kumpulan makanan seperti sayur - sayuran, buah - buahan dan bijirin penuh.
  • Kesederhanaan - Menghadkan pengambilan kuantiti makanan yang mengandungi tinggi lemak tepu, kolesterol, gula, garam dan alkohol.
  • Aktiviti - Mengseimbangkan aktiviti fizikal dan pengambilan diet dalam seharian.

Berapa Banyakkah Penambahan Kuantiti Makanan Dalam Diet Sehari Perlu Di ambil?

Paras 1: Bijirin, hasil bijirin dan roti
Saranan sukatan : 12 hidangan/sehari
 
Satu hidangan Bijirin :
  • ½ cawan nasi
  • ½ cawan mi/mihun/pasta
  • ½ tosai
  • ⅓ capati
  • 1 keping roti (putih/gandum)
  • 1 cawan bubur nasi kosong
  • 3 biskut tawar
  • 3 sudu makan oat (tidak dimasak)
Paras 2 : Buah dan Sayur
Saranan sukatan:3 - 4 hidangan/sehari
 
Satu hidangan Sayur :
(3 - 4 hidangan) /sehari
  • ½ cawan sayur berdaun hijau (sudah dimasak)
  • 1 cawan sayur berdaun hijau atau ulam (belum dimasak)
Satu hidangan Buah :
(3 - 4 hidangan) /sehari
  • 1/2 biji jambu, mangga
  • 1 biji pisang, epal, lai,pir, oren
  • 1 potong betik, nenas, tembikai
  • 3 biji kurma
  • 4 ulas nangka, cempedak 8 biji langsat, longan, anggur

Paras 3 : Ikan, Ayam, dan Daging
Saranan sukatan : 5 hidangan/sehari
Satu hidangan Ikan, Daging, Ayam::
  • ½ ketul peha ayam (saiz sederhana)
  • ½ ekor ikan kembung (saiz sederhana)
  • 2 ketul daging tanpa lemak (saiz kotak mancis)
  • 1 biji telur

Paras 4 : Susu dan Hasil Tenusu
Saranan sukatan : 3 hidangan/sehari
 
Satu hidangan Susu dan Produk Susu
  • 1 gelas susu (250 ml)
  • 4 sudu makan susu tepung
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju 

Paras 5: Minyak, Garam dan Gula
Saranan sukatan : Kurangkan

Apakah Kumpulan Makanan Yang Perlu Saya Makan Lebih Semasa Menyusukan Bayi?

Perlu meningkatkan pengambilan makanan yang bersumberkan bahan nutrien seperti :
Kalsium Sumber : susu, produk kacang soya, keju, dadih dan sayuran hijau.
Pilihla produk yang diperkaya dengan kalsium.
Kalsium suplemen di sarankan bagi ibu yang kurang pengambilan diet
Vitamin A  Sumber : hati, sayur berdaun gelap, buah dan sayur berwarna  oren
Vitamin B Kompleks Sumber: ikan, daging tanpa lemak, susu dan hati
Suplemen perlu di sarankan bagi ibu mempunyai simpanan vitamin B komples yang rendah  (terutamanya ibu yang mengamalkan vegetarian)
Vitamin C  Sumber :buah –buahan (oren, betik, kiwi)
Tambahan suplemen tidak perlu bagi ibu yang mengambil makanan seimbang mencukupi

Adakah Perlu Mengambil Suplemen (Makanan Tambahan) Dalam Diet ?

  • Bagi ibu yang mengambil makanan mengikut saranan panduan pemakanan semasa laktasi, suplemen tidak diperlukan.
  • Tetapi, terdapat ibu menyusu yang perlu mengambil nutrien tambahan (suplemen) bagi memenuhi keperluan nutrien khusus, jika pengambilan diet tidak mencukupi.
  • Perlu diketahui, suplemen tidak boleh menggantikan hidangan makanan yang tetap.
  • Supplemen boleh diambil menurut nasihat Doktor atau Pegawai Dietetik.

Bagaimana Pula Dengan Pengambilan Cecair Semasa Menyusukan Bayi?

  • 87 % daripada  susu ibu  adalah air
  • Di sarankan 8 – 10 gelas air setiap hari dan di galakkan minum segelas air setiap kali menyusukan bayi.
  • Anda juga boleh mengambil jus, susu, sup dan teh herba.
  • Minum lebih air bila bersenam atau berpeluh  dengan banyak semasa cuaca panas.

Adakah Saya Perlu Berpantang Mengambil Makanan Selepas Bersalin?


  • Antara makanan yang dikategorikan adalah mengikut persepsi kepercayaan masing –masing. Contoh seperti :

    • Makanan 'sejuk'         -kangkung, taugeh, kobis, timun, betik,nangka
    • Makanan 'panas'        - telur, ayam, daging, organ dalaman
    • Makanan 'berangin'    - teh, sayuran berkanji
    • Makanan 'tajam'        - nanas
    • Makanan beracun     - makanan laut dan kebanyakan jenis ikan

  • Tradisinya, para ibu akan mengelak mengambil makanan 'sejuk' dan digalakkan mengambil makanan 'panas' semasa berpantang.
  • Kesimpulannya, berpantang ini adalah hanya mengikut kepercayaan. Ibu yang menyusu dinasihatkan jangan hanya mengambil makanan daripada satu kumpulan sahaja.
  • Hendaklah pelbagaikan makanan seimbang terutama dari kumpulan buah dan sayur yang membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh badan.

Our Anniversary!!

Hari nie cukuplah sudah 7 tahun perkahwinan kami.. Cam x rasa jer time flies so fast.. Dah tua dah aku.. Anak pun dah empat... Malam tadi wish hubby hepi anniversary..

Pagi tadi tgh bersiap2 gi kerja hubby datang kiss pipi kiri & kanan sambil wish hepi anniversary... Siap saying I luv U lagi... hehe.. happy nyer aku (hubby aku ni cukup susah nak say I Love You). Hmmm.... rasa malam nie nak gi makan kat luar ar...

"Ya Allah, berkatilah perkahwinan kami dengan zuriat yang ramai dan anak-anak yang soleh".

p/s: letih drive semalam x hilang lagi.. huhuhu

Husna Dah Meniarap..

Dah lama x update pasal Husna kan.. Hari nie 1st day dia boleh meniarap.. i.e 2 1/2 bulan.. Time lunch we all sume tgh makan and as usual she will be alone. Tgh makan aku tgk dia dah meniarap atas totonya... Aku ingatkan dia terbalik ker (sebab dia memang dlm process nak meniarap sebelum nie). I told my hubby utk angkat dia dan baringkan semula.. Not even 5 minutes dia meniarap lagi... Betapa gembiranya aku.. My baby dah tunjukkan progress yg memberangsangkan...

On the evening, I left her alone in bedroom.. Bila aku masuk, aku tgk dia dah menirap semula... So aku snap la her photos... jom layan photo Husna on her 1st day boleh meniarap... (kualiti gambo kureng memuaskan sebab aku gune phone.. harap maklum..)

Dah lama x berkesempatan nak update blog.. Next week aku akan ke kerteh atas urusan kerja.. Banyak benda nak aku settlekan sebelum pergi.. antaranya kene carik baju utk wedding adik aku.. Since their theme colour is pink so we all sume kene pakai pink colour n aku x pernah ade baju warna pink.. ahaks...

Since esok cuti, maybe aku boleh luangkan masa berjalan2 carik baju itu... oklah.. nanti2 aku update lagi... bye2

Award Pro Memasak

dapat award ni dari blog Cik Zura




3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
1. Tomyam (Wafa sgt suke)
2. Udang masak ler ape-ape pun (Najwa suke)
3. Sambal Telur (Hubby suke)

3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
1. Pelbagai muffin
2. Pelbagai Dadih
3. Pelbagai kek

3 jenis biskut kegemaran time raya
1. Tat Nenas
2. ketupat (blh consider kuih ker)
3. kuih kacang

Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak
1. x tau sape yg rajin masak... Buat kawan2 yg rajin memasak ku tujukan award ini utk mu!!!

Anak-anakku...

Aksi anak-anak ku berposing.....



Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie