-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Camping di Teratak RiverView Tanjung Malim..

Last weekend we all pergi camping ngan jiran tetangga di Teratak Riverview Tanjung Malim.. Pergi on Friday Night (After work) sampai la hari Ahad tu (30/10/2009 to 1/11/2009). Aku ngan family pergi lambat sikit la.. sebab lepas balik kerja nak settle kerja2 mendobi kat rumah kan.. Sebab kalau tak settlekan dulu, nanti on Sunday tu mesti penat giler.. Silap2 bertimbun kain2 baju nak nak kene cuci.. After dinner and settle sume keje kat rumah we all pun bertolak ler ke sana dengan bantuan GPS... Sebab tak pernah pergi kan...

Bertolak dari rumah pukul 10 malam.. sampai pekan tanjung malim dalam pukul 11mlm.. sampai kat situ, berpandukan GPS we all tak jumpa tempat nak masuk ke sana.. Sebab pelik sikit dan yang paling penting tak nampak simpang nak masuk ke sana.. Lebih kurang 4 kali la berpusing-pusing kat area situ tak jumpa2 jugak.. Lastly we all berhenti kat UPSI dan tanya sorang brother kat situ.. Dia kata after 2nd trafiic light masuk simpang belah kanan.. So we all try sekali lagi dengan kelajuan yang minima... heheheh finally nampak signboard 'Teratak Riverview'

So bila hubby masuk simpang tu.. betul2 cam masuk hutan.. sebab dia 4WD track kan.. Pastu gelap jer... We all tawakkal jer.. Aku dalam hati takut gak sebab kiri kanan hutan dan gelap gelita.. Dah lama masuk cam tak nampak sign ade org sekitar situ... Biasalah kan, bila gi tempat yg tak biasa dan dalam keadaan gelap gelita, sekejap pun rasa lama kan... Betul-betul berpandukan jalan yang ditunjukkan oleh GPS... Trill gak la... Dalam hati aku byk2 baca Ayat Kursi.. hehehe penakut gak aku nie kan... Sape tak takut ooiii.. dah lah tgh pregnant, ngan anak2 lagi kat belakang.. ngan tak dek org sekeliling.. Kalu jadi ape2.. camne?

Tiba2 ade sebiji motor lalu.. Hubby tahan that guy and tanya kat mana Teratak Riverview tu.. That brother tu kata just go strait sampai jumpa titi besi.. terus jer... Agak lama gak la.. finally we all jumpa tempat tu.. Sampai kat parking, dah pukul 12 malam.. hehehe.. Tgk jiran2 aku tgh 'berkubang' dalam sungai.. Tgh2 malam babe.. mandi sungai..

Nak ke tapak camping kene lalu jambatan gantung.. Aku dukung Huda while my hubby usung beg2.. Gayat gak la.. sebab Hudakan dah berat.. X leh nak pegang 2 tangan, huhuhu... Then inilah antara gambar2 yang aku snap.. Malas nak upload semua.. sebab lambat.. hehehh..


Pemandangan sungai dari atas jambatan gantung.. Cantikkan...

Ni la rupa khemah we all.. Al-kisahnya khemah tak dek camni.. tapi disebabkan hari hujan, utk mengelakkan dalam khemah basah.. beginilah rupanya khemah we all selepas dipayungkan dengan additional kanvas... heheheh

Huda dalam khemah.. seronok betul dia!!

Huda berendam sambil makan..



Wafa and the geng.. Main gelongsor kat tempat takungan air.. Ala2 kolam gitu... Konon-konon kat wet world la tu... hehehe


Aktiviti memasak...



Gambar posing hubby dan anak-anak.....

Walaupun tak dek aktiviti selain berendam, tempat tu memang sesuai la utk bawak anak-anak gi camping.. Yang penting kawasan sungai dia sesuai utk budak2.. Tak dalam sangat... Insya-Allah.. Lain kali we all datang lagi.. Tapi next time aku nak buat 4wd aktiviti, flying fox and menyusuri jeram ngan pelampung.. Masa tu tak leh la time pregnant kan!!!






0 Nukilan Rasa:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sudi Singgah.. Silalah tinggalkan jejak yer.. Insya-Allah.. nanti saya jenguk kembali :)

Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie