-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

My daughter Wafa...

Today is my daughter open day at her kindergarden... So, aku purposely take time-off coz teringin gak nak tgk gelagat anak aku kat sekolah... Although lately aku agak panas baran sikit, tapi ada masanya kesian tgk anak aku yg sorang tu...

Walaupun dia agak agreasif dan naughty, tak mo dengar cakap tapi dari segi minda, she is a very fast learner.. maybe sebab tu dia agak aktif... Semalam aku mimpi yg bukan-bukan pasal anak aku yg sorang nie.. bila wake-up, it's almost 5am... Takut gak.. walaupun org kata mimpi mainan tidur.. tapi dengan condition skrg nie tak berapa save utk anak2 kecil.. terasa la gak takut bila mimpi yg bukan-bukan nie..

Ya Allah.. Aku mohon padaMu.. Lindungilah anak-anak ku dari segala bentuk kejahatan manusia... Aku yakin, kalu aku diuji dalam bentuk lain, aku mampu kuatkan semangat, tapi kalu di uji dari segi anak-anak.. rasanya akulah insan yang paling lemah...

I am thinking of changing my daughter kindergarden next year.. Sebenarnya aku ngan hubby memang plan nak hantar dia gi tadika islam.. tapi last year tak sempat nak survey.. Insya-Allah.. next year hopefully aku dapat hantar dia ke tadika yg lebih baik.. yang mampu memberikan ilmu dunia dan akhirat...

Wafa.. permata hati pertama aku.. budak yg agresif and outspoken (macam mak dia).. suka usik adik-adik.. selalu menguji kesabaran org sekeliling... tapi disebalik semua itu.. dia seorang yang sensitif and cepat memahami... Tak kisah apa pun org kata pasal anak aku yg sorang nie.. yang penting.. dialah permata hati yg kelahirannya paling dinantikan... Almaklumlah... anak sulung.. excited dia lain sikit....

But no matter what.. I try to be the best for all my kids...

Hari-hari yang menguji kesabaran..

Lately aku tak sempat nak bukak blog sebabnya full ngan audit.. lepas audit utk SAMM renewal audit utk ISO plak.. Pastu terkejar-kejar nak buat Internal Audit.. Aku tak suke buat audit kalau org tak committed.. but what to do kan... terpaksalah.. sebab tu kan keje aku.. Sebab tu aku lebih suke buat akaun berbanding QA sebab akaun tak yah deal ngan org sangat.. Tak yah layan karenah org yg kadang-kadang boleh melunterkan semangat utk bekerja... huhuhuh

Sejak pindah building baru nie, keje aku berlambak-lambak tapi nak settlekan punyalah lambat sebab deal ngan ramai org... Pending sebab org yg tak beri kerjasama bukan sebab aku tak buat keje.. tapi biasalah kan.. kalu benda tu under our responsibility, org lain tak bagi kerjasama kita gak yang kene... Tension gak kadang-kadang...

Lagi-lagi rasa cam ISO nie just utk marketing jer.. bukan utk improvement... Kadang-kadang aku tak faham lah!!!!

Hari Yg Penuh Kejutan..

Dah lama tak bukak blog. Hari nie masuk ym nampak cik zura tulis 'ain admitted'. Masuk blog dia tgk entry tu.. Rupa-rupanya isteri cik din dah admitted.. Aku pun call la cik din... tanya khabar dah apa kes.. He told me that his wife admitted due to high blood pressure... Dah dekat nak bersalin ni macam-macam.. Hopefully ain selamat menjalani process menjadi ibu nie.. Anak sulung ni memang banyak dugaan...

On the afternoon.. aku call la erasensa (opis lama aku). Rindu plak kat 'adik poyo' aku tu.. Sapa lagi kalu bukan shida... hahahaha.. but surprisingly, dia dah berenti... HA???? Macam tak caye je la... Aku immediately call h/phone dia... rupa2nya ada cerita di sebaliknya... Tak pe la shida, ada hikmah disebaliknya...

Aku doakan shida, cik din dan semua kawan-kawan aku moga dapat yg terbaik dalam hidup... Cam rindu plak nak gathering ngan kengkawan lama... Bila nak jumpa pun tak tau la...

Hakikatnya........

Just to share something that I get from e-mail sempena hari ibu...

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)
Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..... ..... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya
Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie