-->

 photo mai.jpg
I am Mai, your Shaklee Independent Distributor at Shah Alam,Selangor. COD Area coverage Shah Alam, Subang, Ara Damansara, Kampung Melayu Subang.
Delivery throughout Malaysia . Shaklee ID: 958686 | farizatul2002@yahoo.com| 0126629171|FB:Mazatul Azura Muhamad FB Pages: maishoppe
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Impian yang masih tertangguh

Bismillahirrahmanirrahim..........

Kalau Aidilfitri 2017 aku beraya sebagai WAHM, tahun ni beraya sebagai pekerja di Kingasman Consultancy. Alhamdulillah.. banyak pintu-pintu rezeki yang Allah sedang buka untuk kami. Tapi impian bersama Shaklee masih utuh. Impian nak menaiki tangga Master Coordinator masih kukuh di hati.

Untuk menggapai impian tak semudah menyemai impian. Dari tahun 2013 impian disemai, masih belum tercapai. Masih berharap, masih menyemai impian.. Semoga Allah permudahkan perjalanan bersama shaklee.

MASTER COORDINATOR SHAKLEE 2019. INSYA ALLAH....

Kerjaya Baru

Bismillahirrahmanirrahim..........

Tahun 2018 merupakan tahun yang sangat mencabar. Tahun ni memulakan kerjaya baru sebagai Personal Assistant di Kingasman Consultancy. Kenapa bekerja semula?

Sebelum ni memang target nak full time business. Tapi rupanya mentally belum bersedia nak sepenuhnya WAHM. Tak dapat nak fokus dengan business. Masa lebih banyak untuk menguruskan urusan rumah. So, bila diterima sebagai 'Personal Assistant' terus grab jer. Walaupun dari segi gaji sangat banyak berbeza dengan tempat lama. Cuma disini waktu kerja lebih flexible dan pada masa yang sama masih boleh running business seperti biasa.

Mengharapkan yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Semoga tahun 2019 lebih menjanjikan kecemerlangan yang gemilang.

Berpantang 40 hari atau 44 Hari?

Bismillahirrahmanirrahim..........

Sedar tak sedar esok dah 40 hari berpantang. Rasanya Kali ni berpantang rehat sikit. Majority semua suami yang uruskan. Kalau sebelum ni, minggu kedua dah mula masak sendiri.

Tapi disebabkan mengandung Kali ini agak letih dan memang target nak rehat betul-betul masa berpantang, so Kita rehat..

Ramai jugak yang kata Hari ke 40 mesti duduk diam-diam sebab masa tu semua urat nak sambung balik. Tapi betul ke tak tu, tak tahulah Kan.. walaupun anak dah 7 orang, tapi sebab berpantang sendiri banyak jugak pantang larang yang memang tak mampu nak buat la. Redha..

Badan pun dah rasa sihat, cuma nak repeat mengurut nanti. Lepas ni susah la sikit nak mengurut. Bila dah start menjalani kehidupan biasa.

Seperti biasa, sepanjang berpantang memang consume set bersalin Shaklee disebabkan masalah allergic pada jamu. Sebenarnya sebelum bersalin lagi dah prepare beli pilis Dan Param, tapi tak boleh pakai. Bila pakai seluruh sendi jadi gatal Dan bengkak. Jadi nurse nasihatkan jangan pakai. Bila tak pakai, elok pulak.. bukan rezeki nak berpantang secara traditional.

Alhamdulillah.. semua urusan sepanjang berpantang dipermudahkan.





Selamat Datang Little Prince

Bismillahirrahmanirrahim..........

Alhamdulillah... Tahun 2017 bertambah lagi seorang hero dalam keluarga kami. Welcome Ahmad Syahmi Aqmar.. Dilahirkan pada 15/10/2017 pada 8.53am Di Hospital Shah Alam. Kelahiran yang dipermudahkan walaupun pelbagai dugaan diharungi sepanjang tempoh kehamilan. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

On his first day

Hari ke 3. Anak mama yang lebat rambutnya.

Bila dah dibotakkan Hari kesebelas


Rindu Berblogging

Bismillahirrahmanirrahim..........
Punya lama tak update blog ni.. dah lama jugak tak berblogwalking dengan kawan-kawan. Slow-slow kumpul balik mood menulis... Beza betul masa rajin menulis dengan tak rajin menulis ni. Kalau dulu wajib update blog setiap hari..

So, sempena nak hujung tahun ni.. ambik balik mood menulis sebagai kenangan nanti.. So akan ade banyak throwback story la yer... Rugi pulak kalau tak update blog ni.. ni cam ala-ala kenangan kita ler kan.. So.. I'm Back!!


Related Posts Plugin for http://mazatulazura.blogspot.com
Copyright © 2013-20124 Small Steps To A Big Journey All Rights Reserved Cik Eintan Nurfuzie